Wednesday, November 14, 2012

Muharram kena saman lagi

Satu malam rasa macam boring...i pun gatal-gatal register myeg sebab nak check saman. Mana la tau kot2 ada saman. Lepas register semua, mula2 check saman dengan JPJ, Alhamdulillah tak der saman. Then check dengan PDRM pulak. Alahai ada satu saman speeding kat Kajang(Hulu Langat) pada 5hb8 2012. Kalau tak check tak tahu pun ada saman ni so tak yah susah hati nak bayar. Ke bagus check awal boleh bayar awal samannya tak der la naik. Aku kena bayar RM150.00. Macam nak tangguh bayar dulu saja sebab rasa tak buat salah...:p. Tapi encik HZ dah bagi duit suruh bayar takut nanti makin naik. So hari ni try la bayar saman secara online guna myeg tu. Selepas beberapa kali percubaan berjaya lah membayarnya. Setel.

Saturday, November 10, 2012

Catatan kehamilanku: Minggu 20-23

Minggu 20-21
Masuk minggu 20 baru ler aku faham kenapa Mimi selalu cakap "kenderaan berat". Dah rasa berat nak jalan & susah nak bangun cepat-cepat. Jalan pun nak kena pegang perut jer. Perut aku pun memang membesar dengan jayanya. Alhamdulillah, this week I've hit the halfway mark in my pregnancy. Minggu ni juga aku pegi scan baby lagi sekali.

Baju banyak dah tak muat. Baju mengandung baru beli sehelai jer. Semangat berkobar-kobar nak cari baju mengandung yang comel, selesa dan longgar dengan harga yang berpatutan. Aku ada baca dalam blog yatiechomeyl pasal time dia 20th weeks jugak. So semangat nak menghiburkan hati dengan shopping baju pregnant sangat lah berkobar-kobar. Aku pun pegilah midvalley dengan Cik Siti Hajar & Cik Siti Zurina...deme ni perunding fesyen la katakan. Kalau yang aku pilih selalu diaorang komen.  

Minggu 22
Ini adalah minggu kejutan dari anakku. Suatu malam ketika baring-baring selepas kerja malam sambil menggosok-gosok perutku (ayat skema jap) tiba-tiba rasa tertolak tangan aku. Si kecik dalam perut ini makin aktif. Sangat teruja! Mula-mula terkejut! Lepas tu dia diam kejap pagi-pagi pulak dalam pukul 5 pagi macam tu, start gerak kuat-kuat lagi sampai boleh nampak. Rasa geli-geli sikit dalam perut. Kadang-kadang dia mengeras, kalau time ni rasa sakit sikit la. Nak alih-alih masa tido kena lebih berhati-hati...dan start minggu ni juga badan mula rasa panas dan senang nak berpeluh-peluh. Dok kat opis yang sejuk dengan aircond tu pun kadang-kadang aku rasa panas, padahal sebelum ni siap dengan glove lagi.

Minggu ni juga aku g checkup pada 1/11/2012. Berat sekarang dah 53.7kg maknanya naik lebih kurang 1.2kg seminggu. Nurse nasihatkan supaya kurangkan makan waktu malam. Kalau naik mendadak lagi makanya kena minum air gula lagi...huhuhu. Alhamdulillah result minum air gula hari tu ok. Kandungan gula dalam darah aku adalah normal means no diabetes. Kandungan HB makin turun..:( sekarang dah 9.3gm%. Stress balik sebab macam turun mendadak kan. So aku kena jumpa Dr dan pegawai zat makanan. Jumpa Dr ok jer dia macam tak bagi pressure sangat.

Minggu 23
Minggu emos kejap sebab HZ tak dapat pindah ke Selangor tahun depan. Maknanya kami kena PJJ lagi. .:( Pastu minggu busy untuk HZ sebab minggu last before cuti sekolah. Program akhir tahun yang menuntut komitmen cikgu sekolah kat situ. Bila dia busy kuranglah bagi perhatian kat mak buyung yang tengah emos ni. Apalagi bertambah nak emos la. Yang geramnya merajuk pun dia tak faham...huhuhu. Tapi lepas aku mengamuk sikit2 dia pun faham la...:). Minggu ni mak datang KL. Mak seseorang yang amat memahami anaknya kan. Apa yang terdetik/rasa kat hati aku ni mak dulu yang cakap. Ye lah mak dulu yang merasai apa yang kita rasa. Lelaki mana faham sangat.
Semalam masa tido kaki aku cramp. 1st time jadi masa mengandung ni. Betul la orang cakap, sakit jugak..Tak tahu nak buat apa. Rasa macam nak panggil Cik Embun tolong urut2 ke tapi takut pulak nanti mak terkejut. So sabar jer lah sambil gerakkan kaki slow2. Rasa macam ni lah kot yang Mimi selalu cakap bila kaki dia cramp.

Selesai lah untuk cerita sehingga minggu 23. Dah nak masuk 6 bulan kandungan aku. Kejap je masa berlalu. Harap dipermudahkan masa bersalin nanti dan HZ ada disisi serta Dr perempuan yang menyambut my baby.

Hati tak sabar menanti kepulangan my HZ tersayang malam ni...:) Semoga perjalanannya dipermudahkan.

Tuesday, November 6, 2012

Emos mak buyung

Akhirnya keputusan pertukaran guru untuk sesi 2013 dapat disemak pada 3 November 2012 pada jam 8.30malam. Aku keje day pada tarikh ini. So sampai-sampai je rumah terus check. Keputusan yang menyedihkan, permohonan HZ tidak berjaya. Tak nangis pun mula-mula control macho lagi la depan labtop tu kan sebab ramai orang kat rumah. Pastu call HZ start la hujan. Sedihnya waktu itu terus tak makan malam walaupun perut terasa lapar. Emos perempuan mengandung kan lain macam sikit, selalu nak terlebih-lebih sudahnya pening kepala+selsema pagi esok. 

Rasa macam semua angan-anganku musnah bila dapat tahu HZ tak dapat pindah. Tengok perut lagi sedih, kesian nanti nak bersalin takut HZ tak sempat balik teman. Sape nak azankan & iqamahkan anak kami. Memanglah orang lain boleh tapi sebolehnya aku mahu HZ. Bila aku dah sarat so tak boleh nak fly to Miri lagi so HZ je kena balik. Kalau dia balik sekejap sangat masa yang ada bersama. Jumaat malam balik, ahad pagi-pagi dah nak kena balik Miri. Dah balik sini kena nomad pula. Jenuhlah sebahagian diri yang positif melawan elemen-elemen negatif dalam diri..Hei Mazni Azis berapa ramai lagi orang yang minta tukar bertahun-tahun pun masih tak dapat.. Tengok abang aku sekarang anak-anak dah besar tetap kena berjauhan sebab nak cari rezeki. Ingat mereka yang belum Allah temukan jodoh at least aku ada suami walaupun duduk jauh-jauh. Ingat mak dulu-dulu abah keje askar balik jarang-jarang at least aku  ada henset nak berhubung & selalu juga jumpa walaupun berjauhan. Kalau Allah tentukan HZ ada bersama aku ketika nak bersalin nanti dia kat Miri ke dia kat Semenanjung ke still ada kan. Lagipun aku tak keseorangan disini, hampir semua adik-beradik aku ada kat sini. Bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan.  

Perasaan sehingga sekarang masih on off tapi sudah banyak kemenangan di sudut POSITIF. Aku tak boleh ikut perasaan sangat nanti efek kepada kesihatan (Prof Muhaya yang cakap). Bila kesihatan tak baik kesian kat baby dalam perut ni, keje pun tak boleh buat. So tak yah fikir lebih-lebih, nanti try buat rayuan, kalau tak dapat maknanya kami masih diberi nikmat berjauhan...  

**Tak sabar menanti hari bahagia my BFF...semoga semua urusannya dipermudahkan dan majlisnya berjalan dengan lancar.
***Fikiran juga perlu ditumpukan kepada hala tuju pelajaran mysister setelah permohonannya ke UiTM & POLITEKNIK tidak berjaya. 
****Juga mengharapkan keputusan exam Cik Embun masih meletup seperti semester-semester sebelumnya.