Thursday, January 13, 2011

Hari ke 109

Salam...
Hari ini aku punyai kekuatan untuk menulis blog...setelah hari ke 109 aku di Jepun. Dulu mula-mula menjejakkan kaki ke Jepun bersemangat nak update selalu blog supaya adik beradik aku kat Malaysia tahu ler apa aku buat kat Jepun ni. Tapi apakan daya..Mazni Azis tak pernah berubah..MALAS!!!..

Sekarang dah masuk musim winter. Di Tsukuba tempat aku stay dan belajar salji tak turun lagi tapi banyak bahagian di Jepun ni salji nyer dah tebal pun contohnya di Hokkaido. Tapi aku sempat dah main dengan salji masa bercuti ke Hakone.

Alhamdulillah aku diberi peluang merasai kehidupan disini. Kalau nak datang suka2 guna duit sendiri mesti fikir 2-3 kali kan. Makanan dah bukan jadi masalah utama. Sebab tekak aku dah boleh terima makanan kat sini. Tambahan pula kami rajin masak kat sini. Nasi lemak, laksa, rendang, kari dan macam2 lagilah tak menjadi kerinduan.

Kerinduan utama pastilah rumah saya di Malaysia. Kenapa saya rindu rumah saya?? kerana di situ tinggalnya insan2 yang saya sayang. Baru jer telefon mak. Terasa diri sangat teruk petang tadi apabila adik saya cakap "dah lama ker tak telefon rumah mak dah teringat tu"..Sorry mak. Ada la dalam seminggu kot tak telefon..Tapi sebelum ni, masa nak exam seismic waves sebab terlalu takut dan baca tak faham2 aku selalu telefon mak...mengadu...Miss my mum so much...

Ok perasaan saya tak terkawal, eloklah saya stop dulu...dinner time...:)


Mak saya dan saya di pesta buku PWTC 2010