Finally, Wafi, ummi dan abi telah menjumpai rumah sewa untuk kami sekeluarga. Susah betul nak jumpa rumah sewa sekarang ni. Hampir stress ummi (memang dah stress dah weh). Cepat masa berlalu Wafi dah 7 bulan. Ummi bersyukur sebab dikurniakan Wafi. Ummi gembira adanya Wafi. Setiap keletah Wafi menggembirakan hati ummi. Wafi dah pandai main-main.
~Tepat 7 bulan-06 September 2013~
~Guling-guling saja~
~Anak tak tido abinya yang tido~
Setelah ateh dan atam kembali belajar, ummi jadi ibu dua anak. Jaga Wafi dan Aryan. Hmm satu pengalaman yang baik untuk menjadi penanda aras Wafi dah boleh ada adik ke belum...hehehe. Jaga dua-dua budak ni kena banyak sabarlah dengan si abang bila kacau si adik tu. Lepas abang dah tido baru lah boleh buat apa-apa yang patut sebabnya abang tido lama namun kena pastikan adiknya jugak tido. Kalau adik tak nak tido uli lah si adik pulak. Tapi rasanya ok jer jaga dua-dua tak penat sangat cuma tak dapat memasak dan kemas rumah.
~Main lumba-lumba dengan abang Yan~
~Lega bila dah dua-dua tido :) ---me time!~
~Hantar Tok, Tok Wa, Tok Su, Pak Long dan Mak Njang nak pergi Haji~
~Bergambar dengan Tok Su pulak...Harap Wafi, ummi dan abi pun dapat pegi nanti~
Selepas mek balik, Wafi kena duduk dalam car seat untuk ke rumah UM, mengamuk-ngamuk tak nak duduk tapi akhirnya tido jugak~
~Macam biasa kalau shopping jer tido. Masa ni kat TESCO--Hanya bangun time ummi nak bayar...:)~
~Muka cari gaduh...hehehe~
Masalah rambut ummi yang keguguran sejak Wafi suka buat buih-buih pun dah semakin berkurangan. Dah nampak anak-anak rambut yang baru nak tumbuh. Alhamdulillah...sebelum ni risau jugak ummi tengok kat lantai bilik dan bilik air banyak betul rambut ummi yang gugur. Kepala pun dah rasa nak botak...huhu.
Psttt: Tak banyak pic Wafi sebab atam tak der..atam jer suka photoshoot ni!
No comments:
Post a Comment