I'm really enjoy my pregnancy pada minggu-minggu ni. Best sebab makan sangat berselera sehinggakan kalau mulut ni kosong macam tak best..hehehe.. Bahaya kan takut berat badan naik dengan mendadak, pastu kena minum air gula..huhuhu tak suker...tak suker.
Muntah ke loya pun sudah sangat berkurangan. Dan start minggu 16 ni perutku sedang membesar dengan jayanya...:). Kandungan HB aku makin turun 10.3gm% tapi tak berapa nak stress sangat sebab macam normal jer bila anemia time pregnant kan. Kencing kerap tu tetap ada lagi. Kejang kaki sebelah kiri dah tak der. Vitamin yang dibekalkan jarang-jarang aku makan. Aku makan asid folid dengan kalsium jer.
Minngu ke 17 aku kena pergi kursus etiket sosial dalam majlis rasmi. Kursusnya di bangunan latihan JMM di tingkat 3. Agak keletihan sedikit la naik turun naik turun tangga sebab tak der lif. Dah start terasa gerakan-gerakan comel baby. Kadang-kadang rasa macam ada buih2 dalam perut. Best dapat merasakan kehadirannya.
Minggu ke 18 paling best sebab i fly to Miri jumpa HZ tersayang. Lima hari juga kat sana start hari selasa sampaila hari sabtu..Kebetulan HZ ada kursus so kitaorang ambik kesempatan la untuk berjumpaan. Tapi sedikit teruji bila HZ tiba-tiba kena jangkitan kuman then demam...huhuhu. Sedih kan bila tengok orang tersayang sakit...sob....sob. Tapi dia kuat semangat kejap je dah OK dengan izin Allah. Nasib baik dia demam tak der penyakit manja+ngada-ngada macam aku. Kalau akulah demam bersabarlah wahai suami...:)
Minggu ke 19 pegi checkup dan kena ambil darah & minum air gula. Malam tu start pukul 10malam dah kena puasa. Aku antara orang terawal start minum air gula tapi jadi antara orang terakhir habiskan air gula tu. Minum sikit nak wek, minum sikit nak wek. Aku tengok ader jer yang selamba teguk air gula tu sekelip mata jer...serius kagum. Yang spesis macam aku sorang dua jer tapi boleh habiskan dengan cepat jugak. Setengah jam lebih jugak la nak habiskan air gula tu. Lepas tu kena relaks tak boleh makan lagi dalam masa 2 jam. Lepas 2 jam ambil darah lagi then boleh makan. Lega boleh makan serius dah lapar. Check HB aku masa ni turun lagi iaitu 10.1gm%. Berat badan dah bertambah & dah terlebih 0.2kg dari yang sepatutnya. So nurse tu suruh aku kurangkan makan sikit pada waktu malam. Berjayakah??? lihat next checkup yer. Sambil taip ni pun terbayang kalau ada mee kari alangkah sedapnya....nyum nyum.
2-3 hari ni, baby aku bergerak dengan aktifnya. Suka dia nak main-main dengan umi..Walaupun time perut mengeras rasa sakit sikit-sikit tapi sangat teruja. Feeling macam ni memberi semangat nak mengandung lagi lepas ni..:). Time tido kena lebih berhati-hati aku ni. Kadang-kadang lupa baby dah besar, ikut suka aku jer nak mengiring kiri kanan pastu diri sendiri yang sakit.
Minggu-minggu ni juga emosi terkawal dengan baik..No emos-emos dah. Dapat main dengan Aryan Haris yang semakin comel dan bijak itu memang feeling ok lah cuma terasa rindu kat mak di kampung sebab dari raya puasa tak balik-balik lagi..InsyaAllah raya haji ni balik kejap. Kat mek pun rindu juga tunggu cuti sekolah panjang sikit balik kelate baru puas bercuti...:)
~Aryan Haris yang semakin cute~
4 comments:
ok ,done reading your entry. semoga permata dlm perut tu membesar dengan sihat dari hari ke sehari...
kat maktam dia tak rindu ka ? huahuahua ..
:P
mana gmbr perut yg terbaru..nk tgk heheh
cik embun: rasanya permata dalam perut ni memang membesar dengan sihatnyer..tengok je la perut umi dia yang makin membesar dengan jayanya ni. kat semua la rindu...huhu
ucu:asyik nak tgk perut je ucu ni...hehehe. malas betul mengupload gambar sekarang ni...huhuhu
Post a Comment