Tuesday, December 25, 2012

Tanpa berfikir panjang Bandar Akademia menjadi pilihan kami...

Hari Selasa 11/12/2012 sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor kami (aku, HZ & SIL) keluarlah dari rumah dengan tujuan untuk survey rumah. Dah lama bertangguh nak survey rumah ni, masa asyik tak mengizinkan jer. Mula-mula tu kitaorang g area Bandar Kinrara then Puncak Jalil sambil on the way nak g Taman Teknologi Malaysia yang diwar-warkan opis JMM akan berpindah kat situ. Rumah-rumah kat sini memang boleh tahan harganya. Main juta-juta dah. Yang 2nd pun 300-400k.  So misi hari ini tidak berapa berjaya. Malam tu HZ nak beli baju so kitaorang pun pergilah WARTA kat Bangi. Kebetulan ada agen jual rumah. Bandar Akademia (BA) ni lah. Tengok punya tengok terbekenanlah dua laki bini ni akan rumah banglo di BA tu. So tanpa fikir panjang HZ terus bayar RM100 untuk booking Lot. Then decide nak tengok tanah tu hari Khamis 13/12/12. 

Hari Khamis 13/12/12 kami pun berjumpa dengan agen tu di Kajang untuk pergi tengok Tanah kat BA. Malam sebelum ni dah suruh adik-adik aku review pasal BA ni. Ada yang positif dan ada yang negatifnya tapi banyak yang negatif kata adikku + jauh dari KL. Dari Kajang set millage untuk ke BA. Lebih kurang 25KM jer tapi sampai dalam 45 minit sebab jem dan banyak traffic light kat Kajang tu. Kawasannya masih belum membangun lagi. On the way ke sana kena lalu kawasan-kawasan kampung, pokok sawit dan pokok getah. Tapi aku suka sebab suasana kampung gitu...sesuai dengan jiwa aku. 

Tanah asal yang kami booking kurang cantik so kami decide amik kat fasa 3D Lot LL2242 end lot. Tanah dia rata dan lebih tinggi. Kami pun setuju untuk beli tanah tu dan buat banglo 2 tingkat model SUMMERFIELD. So proses seterusnya adalah mengisi borang-borang dan membayar deposit RM3k. Kami decide guna loan gov aku sorang then balance yang tak cukup tu topup sendiri. Lagipun rumah ni dijangka siap lagi 3 tahun. Start bayar rumah pulak selepas 18 bulan atau 95% bila rumah siap (yang mana sampai dulu). So sempatlah nak kumpul duit sikit-sikit. Harga tanah ni adalah RM101,300.00 dan harga rumah RM295k. So total dekat-dekat nak RM400k jugaklah. Duit booking 3k tu agen cakap akan dapat balik bila rumah siap. Tapi diorang pegang dulu mungkin nak tambah apa-apa kos lagi seperti nak masuk elektrik dan air nanti. 

So sekarang kami tengah tunggu lawyer siapkan S&P. Semoga dipermudahkan...amin.

 ~Lot LL2242~

 ~Model rumah Summerfield~

~Antara rumah yang hampir siap~

18 comments:

umi_e said...

Kami pun beli di BA juga :)

Unknown said...

kalau model springrose berapa harga tanah+rumah?

Moslem Girl said...

Latest rm238k utk springrose.. :)

Wan Azani said...

Salam. .Saya nk tanya ada lgi tak lot unit untuk dijual..sape leh bg no pone pemaju umah ni kt sy

ena82 said...

Saya pun ngah survey rumah BA....mazni azis nak tanya ok tak kawasan situ bukan kawasan pedalaman sangat ke....pendapat...

mazni_azis said...

ena82: mmg agak jauh la dari KL tapi saya dh suka kawasan tu..boleh nmpk bukit lagi. nanti mesti membangun kawasan tu.

mazni_azis said...

power multimedia: boleh pergi kat club house bandar akademia tu ada agen

Unknown said...

meh join kt sini utk lbh detail https://www.facebook.com/groups/bandarakademia/

Juls Julie80 said...

insyaAllah saya pun bakal menghuni sana kalau loan xde pape masalah... fasa 3D ;)

mazni_azis said...

juls julie: berjiran la kita nanti. sama fasa..:)

bin_hussin said...

Salam,

Saya baru pergi ke sana 13/4/2014.

MAsih tak siap lagi projek tu.. Ada masalah ke?

Unknown said...

projek tu berjalan ok je,cuma slow, sbb ramai yg guna loan gomen, kena loan tanah dulu lepas tu baru loan bina umah, take time sbb terlibat dgn byk pihak berkuasa.... ade je yg dah duduk situ.

makeupuser said...

Salam..kami baru plan nak survey area sini..now nampak mcm dah UM land ambik alih kan..boleh kasi review tak>

mazni_azis said...

Projek bawah UM land ok la. Tapi kalau bawah Mercant Sinergy macam saya, saya tak syorkan sebab banyak masalah dan kualiti pun kurang. Rumah saya masih tak der progress lagi. tunggu infra katanya.

Unknown said...

Apa dah jadi dengan Taman Academia ni. Member saya dah beli tahun 2012 loan dah potong tapi tak boleh masuk - air dan api tak da

kawasan taman dah mcm kaw buang sampah dah

Mahataz said...

ada apa2 update ke rumah ni?

noname said...

apa berlaku sekarang? td pegi tgk seram dooo bru nak beli tp seram plak rasa

Unknown said...

Hi puan , saya buat rumah ngan merchant synergy , ada apa masalah boleh share ..nnt saya boleh berjaga jaga sikit ..rumah summerfield