Alhamdulillah minggu ni dah 7 bulan. Lagi 2 bulan jer. Terasa sedikit kegusaran minggu ni sebab takut juga terberanak awal kan. Tambah-tambah asyik travel ke sana ke sini. Minggu ni ada rutin checkup dan kena amik darah dan minum air gula (MGTT). Alhamdulillah Hb dah naik lagi iaitu 11.9gm%. Dah melepasi paras yang normal iaitu >11gm%. Tekanan darah, air kencing, tinggi rahim dan denyutan jantung baby semua normal. Satu je masalah iaitu berat naik mendadak, 3kilo dalam masa 3 minggu means seminggu berat aku naik sekilo. Patutnya seminggu naik setengah kilo jer. Memang kebetulan minggu ni aku kena minum air gula. Ini untuk kali kedua. Kali pertama tu sebenarnya tak perlu minum pun tak tahu kenapa doktor suruh buat. Kali kedua ni minum air gula tak der la lama sangat, 3 kali teguk dah habis walaupun ada rasa nak wek jugaklah. Masalah kali ni darah aku susah nak keluar. Kena la 4 kali sister tu amik darah aku. Barulah dapat. Bila darah susah nak keluar sakitlah sikit masa nak amik tu sebab sister akan cuba2 cari kat mana yang boleh keluar kan....huhuhu.
Beberapa hari selepas itu, nurse call dan maklumkan darah yang diambil hari tu tak dapat bacaan untuk test MGTT...means aku kena buat sekali lagi...puasa-amik darah-tuunggu 2 jam-amik darah lagi. Tention!. Bekas cucuk hari tu pun tak hilang lagi dan loya nak minum air gula tu pun masih menakutkan!. Tapi pasrahlah demi kesihatan ibu dan anak kan. Masa ni lah juga kena ceramah dengan HZ...sebab aku tak jaga makan. [Ceramah yang baik pada masa yang tak sesuai]. Sentap jap...:(
Minggu 29
Mengharungi minggu ini dengan kandungan yang sarat dan sarat juga menanggung rindu. HZ ada urusan di Kelantan. So dia balik sorang lah sebab aku kerje. Nasib baik ada adik-adik menemaniku dan anak sedara yang kebetulan datang KL. Minggu ni my baby semakin aktif dan semakin kerap mengeras. Tido malamku tidak seenak dulu..hehehe..(ada hati lagi nak terbongkang macam dulu). Perut memang besar sampai ada orang ingat aku tunggu masa je nak bersalin. Sembelit menjadi-jadi minggu ni. Lama la setiap kali masuk toilet. Tangan, kaki dan badan pun dah macam berisi. Kadang-kadang tengok cam comel jer kaki aku dah tembam. Jalan pun dah tak berapa nak normal...macam penguin jer..;) Kaki aku kadang-kadang macam tak dapat nak menampung keberatan badan aku. Sakit kat hujung tapak kaki tu especially masa nak bangun. Tapi Alhamdulillah masih boleh solat seperti biasa. Bila aku sedih rasa lemah tak bermaya aku suka amalkan membaca surah Maryam. Rasa lebih aman dan tenteram selepas itu sebab mengenangkan kekuatan dan kepayahan Maryam yang mengandungkan Nabi Isa a.s tanpa ayah. Buku-buku pasal mengandung ni aku tak boleh baca sangat sebab kebanyakan buku mesti akan cakap pasal emosi wanita mengandung yang tak stabil, yang kena perhatian suami dan lain-lain. So bila baca buku tu then suami pula tak der disisi rasa macam lagi down.
Minggu 30
Minggu ni sembelit masih juga berterusan. Ditambah pula kekerapan nak buang air kecil. Sekejap-sekejap kena pergi toilet. Minggu ni banyak rehat dan HZ pun ada...:). Minggu checkup lagi dan kena buat ujian MGTT tu. Dugaan betul kali ni masa nak ambik darah. Darah tak nak keluar. Beberapa kali juga sister tu try then dia panggil sister lain untuk amik darah aku. Alhamdulillah dua kali try dah berjaya ambik darah. Then minum air gula...sekejap jer mungkin dah biasa kot. Berat badan naik dengan normal. 0.9kg sahaja dalam masa dua minggu. HB pun ok iaitu 11.9gm%. Cuma gerakan jantung baby saja yang terlalu tinggi. So nurse suruh aku makan dulu selepas amik darah kali kedua sebelum test balik. Mungkin sebab aku tak makan dari malam so jantung baby pun gerak pantas. Alhamdulillah lepas makan semua bacaan normal. Minggu ni juga start beli barang-barang baby. Beli kain lampin, sarung tangan dan kaki & beberapa helai baju baby. Tidur malam memang susah sikit sekarang ni. Bergerak sikit rasa sakit..kena slow2 & lebih berhati-hati since baby pun dah makin besar & aktif dalam perut.
Minggu 31
Minggu ni badan makin mengembang. Paling ketara muka dan kaki. Bila ramai yang tegur hati mula rasa tak sedap. Pastu aku sendiri pun rasa susah nak bernafas dan kebas tangan sebelah kiri. So pegilah check dekat Hospital Pantai Kuala Lumpur. Keadaan bayi semua ok. My baby dah 1.55kg. Berat baby adalah normal untuk minggu ke 31 nih. Perut besar sebab banyak angin. Kaki bengkak doktor cakap normal tapi muka dia cakap too early nak bengkak biasanya minggu ke 36. Check tekanan darah, air kencing semua ok. So doktor suruh follow up dengan rutin chekup kat klinik. Tanya kawan-kawan aku diorang cakap normal. Setiap pregnancy berbeza-beza. Tak sama. Ok lega sikit cuma sekarang ni kebas tangan sebelah kiri ni lah yang tak selesa sikit.
Minggu ni badan makin mengembang. Paling ketara muka dan kaki. Bila ramai yang tegur hati mula rasa tak sedap. Pastu aku sendiri pun rasa susah nak bernafas dan kebas tangan sebelah kiri. So pegilah check dekat Hospital Pantai Kuala Lumpur. Keadaan bayi semua ok. My baby dah 1.55kg. Berat baby adalah normal untuk minggu ke 31 nih. Perut besar sebab banyak angin. Kaki bengkak doktor cakap normal tapi muka dia cakap too early nak bengkak biasanya minggu ke 36. Check tekanan darah, air kencing semua ok. So doktor suruh follow up dengan rutin chekup kat klinik. Tanya kawan-kawan aku diorang cakap normal. Setiap pregnancy berbeza-beza. Tak sama. Ok lega sikit cuma sekarang ni kebas tangan sebelah kiri ni lah yang tak selesa sikit.
~ Photo semasa kandungan 31 minggu. Ketembaman teserlah. ~
2 comments:
makan prune la angah bg kurangkan smebelit tu, makan sblm tdo.
takpe la tembam masa preggy ni, nti dh bsalin leh diet semula hehe
Ucu: sekarang dh krg sembelit tu..:)
lepas bersalin harap dapat kawal selera makan ni...
Post a Comment