Thursday, February 14, 2013

Hasbi Wafi

~Alhamdulillah...MH 1st zuriat...HASBI WAFI::semoga menjadi anak soleh anakku~

Ya Allah berikanku kekuatan...

Updated 18 Disember 2013
Di suatu hari aku bertanya kepada HZ apa kesinambungan nama Hasbi Wafi.
Diketahui maksdu nama HASBI adalah Yang Memadai Bagiku/ Yang Mencukupi Bagiku manakala WAFI adalah Sempurna.
Sebabnya aku tak tahu nak kaitkan kedua-duanya.
Kata HZ, Hasbi Wafi adalah yang mencukupi lagi sempurna. Jika kita cukup semua anggota badan seperti tangan, kaki, hidung, mulut, hati dan lain-lain tetapi hati busuk, tangan dan kaki suka buat jahat, mulut suka mengumpat. Itu tidak sempurna!. HZ mahukan anak kami mempunyai hati yang baik, tangan dan kaki melakukan perkara baik-baik, mulut yang rajin baca quran dan perkara lain yang baik-baik. Indah sungguh nama anak ummi, semoga Wafi membesar menjadi anak yang mencukupi lagi sempurna. Tentunya kita manusia biasa tidak sempurna kerana sempurna itu sifat Allah sahaja namun diharap anak ummi ini menghampiri kesempurnaan. Amin.    
 

No comments: