Saturday, November 9, 2013

Hasbi Wafi : 8 Bulan

06/10/2013 genaplah usia putera ummi ni 8 bulan. Terasa nak baby baru tapi fobia nak beranak...macam mana nih...hehehe. Kemanjaan tuan putera sangat menjadi-jadi. Tengok ummi bangun ke jauh dari dia ke mula nak nangis. Kadang-kadang rasa geram jugak tapi banyaknya rasa bangga dan best sangat sebab Wafi sayangkan ummi, Wafi nakkan ummi. Masa kecik ni la anak nak bertempek kat ummi dah besar semua dah ada hal sendiri. So enjoy this moment. Inilah caranya ummi membuang rasa letih dan penat bila Wafi asyik nak dukung or nak dengan ummi jer. Dengan abi pun, kalau nampak abi mula nak menangis sebab nak suruh abi dukung. Ummi memang dah tak berapa daya nak dukung Wafi lama-lama sebab dah rasa berat. Tapi kan masa checkup 8 bulan berat Wafi masih kurang means kalau kat chart berat baby tu dah warna kuning. So bulan depan kena pegi klinik lagi untuk timbang. Ummi taklah risau sangat sebab Wafi makan semua ok mungkin sebab Wafi ni lahir pun 2.015kg so tak der lah nak naik lebih sangat lagi.
Tunjuk body sikit...hehehe
Awal lagi dah pandai pegang botol sendiri, walaupun minum sikit sangat. Sekali bancuh 2 oz jer

Ummi perasan sekarang ni Wafi tido 2-3kali waktu siang. Malam pula akan tido around pukul 7-10malam. Waktu malam akan bangun 3-4kali untuk menyusu dan dekat-dekat waktu subuh bangun nak suruh dukung kejap. Kalau tak angkat dia akan menangis. Angkat letak kat bahu kejap sambil gosok-gosok barulah boleh letak balik. Dah try menongek-nongek nak merangkak pulak. Sikit lagi sayang. Lepas ni lagi ligatla ummi nak kena kejar Wafi si mata bulat.
Anakku sayang
Suker tengok dua lelaki kesayanganku tidur...hehe
Umur 8 bulan 3 minggu, 2 batang gigi bawah sudah tumbuh. Time ni la mencabar sebab Wafi suka gigit b****t ummi. Masa tak der gigi bolehlah ummi senyum sekarang kena marahlah. Bila kena marah pandai pulak nangis. Dia insaf jap pastu gigit balik. Sakit woooo. 

Dua gigi pertama yang tumbuh
Ni pulak stroller Wafi. Beli setelah umur Wafi 8 bulan. Masa kecik-kecik dulu ada guna yang Aryan sekali dua lepas tu dukung je banyak. Malas nak mengangkat stroller yang besar dan berat. So, ni ummi yang pilih Maclaren globetrotter. Berat hanya 4.7kg sesuai untuk baby 6 bulan ke atas. Dah survey harga macam kat stroller world paling  murah sebab ada diskaun iaitu RM499. Beli ni pun sebab memikirkan nak bercuti ke Langkawi. Wafi tak suka duduk dalam stroller kalau tak bergerak. So bila letak je dia dalam stroller ni kena pastikan bergerak sampai la dia tido.

Black or Red...pastilah ummi pilih TRW ..:)
Posing ngan anak teruna & his new car ..:p
Ok ini pulak baby walker. Wafi memang suka naik baby walker ni. Siap kejar ummi lagi. Baby walker ni memang banyak membantu ummi jugak lah. Bolehlah masak cepat-cepat sambil letak Wafi dalam ni. Beli walker ni lepas beli stroller tu. Alang-alang dah beli stroller kat Puchong, kitaorang pun test drive kat IOI mall Puchong then berkenanlah dengan walker ni kat JUSCO. Nasib baik ada diskaun jugak RM149.90 kalau tak silap harganya.
Abang Yan pun nak cuba gak...asyik Afiy je naik.

Bila dah ada anak ni fikirkan anak jer kan. Barang-barang persendirian kita pun dah kurang membeli. Lebih teruja dengan barang baby. Begitulah ibubapa kita dulu. So hargailah jasa kedua ibu bapa kita. To Hasbi Wafi, Ummi sayang sangat-sangat kat Wafi. Apa yang ummi harap Wafi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. 

Nak masuk jer 9 bulan, Wafi demam. Ummi nyaris bawa pegi hospital dah tapi Alhamdulillah suhu kembali ok. Dua hari juga Wafi demam. Menangis dan tersangat la manja. Malam-malam kena dukunglah. Demam nak berubah bulan rupanya.

Menangis pulun!
 
Wafi yang ceria bersama ummi dan acik





















2 comments:

yatie chomeyl said...

wafiy, bila mau jumpa? leh lawan gusti dgn SN jr hehe

zerNn AziS said...

Afiyyy..semoga membesar dengan sihat dan kuat...