Saturday, January 4, 2014

Cuti-cuti Langkawi

Akhirnya tercapai juga hasrat ummi nak pergi Langkawi dengan abi. Ummi last pergi Langkawi masa form 2 dulu means 17 tahun yang lepas. Abi pulak memang tak pernah pergi. Percutian ini pada 18-20 November 2013. Sebulan sebelum tu ummi dah tempah rumah peranginan persekutuan kat Langkawi. Sebab dapat tempah BPH ni yang nak pergi sebab boleh jimat sikit kos. Kos penginapan baru RM110 untuk 2 malam. Ummi, abi dan Wafi pergi naik airasia sebab kesian nak suruh abi drive kalau naik kereta. Nanti hilang feel nak cuti-cuti. Kalau cuti ummi panjang tak per la boleh singgah sana singgah sini. 1st time Wafi naik flight bukan main happy lagi. Tambah-tambah ada orang dok acan dia. Tersengih sampai ternganga mulut anak ummi sorang ni.

Syok terlebih

Tengok tu, dok main u cakkk dengan mat salih kat belakang  

Hari Pertama -18 November 2013

Sesampainya di airport Langkawi, jenuh nak pilih nak sewa kereta kat mana, sebab ramai sangat yang panggil. Kami tengok dua tempat jer then decide ambil viva manual. Sewanya RM120 untuk 3hari 2malam tu. Mahal sikit sebab time cuti sekolah tapi bagi ummi dah murah la tu.

Then lepas dapat kereta teruslah pergi cari hotel Federal Villa. Rupa-rupanya Federal Villa ni dijaga oleh hotel Holiday Villa. Nak masuk pun ikut Holiday Villa dan checkin checkout semua pun kat Holiday Villa. Mula-mula 2-3 kali jugak pusing ingat manalah pintu masuk dia. Federal Villa ni dekat dengan Pantai Chenang. Dalam bilik memang best la sangat-sangat berbaloi dengan harga yang dibayar. Cuma kat kawasan luar agak comot sikit maklumlah anak angkat kepada Holiday Villa. Wafi apa lagi seronok la berguling-guling atas tilam empuk tu ditambah pulak dengan kesejukan bilik. So terus la tertido kejap. 

Keadaan di dalam bilik...luas dan selesa

Keadaan di dalam bilik air
Lepas jer Wafi bangun perjalanan pun dimulakan. Ummi janji dengan org kg a.k.a Bai yang memang kerja kat Langkawi. Kebetulan Surina pun ada kat Langkawi tengah bercuti juga. So org kg bawa ummi pergi Kompleks Haji Ismail Group (H.I.G).

Jumpa kawan-kawan, dah tak sabar ummi nak shopping...:)

Giler banyak coklat, memang borong setengah troli la.

Periuk belanga pun ada, tapi ummi tak beli kat sini

Memang geram tengok pinggan mangkuk yang lawa-lawa

Kat H.I.G kami borong coklat jer. Sebab pinggan mangkuk semua nak tengok dekat Idaman Suri. Orang cakap lagi murah. Kalau coklat memang murah kat H.I.G, lagipun coklat kat sini kalau beli lebih lagi dapat murah. So stay kat sini sampai la pukul 8.00malam lebih kurang then kami pun bergeraklah mencari kedai makan. Kedai makan yang dicadangkan oleh kawan abi adalah dekat dengan pekan Rabu. Hujung sekali. So kami pun makan la kat kedai tu. Bagi ummi biasa-biasa jer rasanya. Sebab lapar sangat tak sempat nak snap pic makanan...hehehe.

Wafi memang baiklah tak meragam langsung
Selesai makan kami pun pulang ke hotel. Selesai untuk hari pertama.

Hari Kedua -19 November 2013

Konon-konon nak pergi Island Hopping hari kedua ni. Nak bangun awal-awal then pergi tanya pasal Island hopping kat Pantai Chenang tu. Tapi tak jadinya sebab bangun pun dah lewat masing-masing...hehehe. So keluar jer terus lunch dekat-dekat dengan Pantai Chenang tu. Makanan tak sedap sangat pun, biasa-biasa  jer tapi harga punyalah mahal. Ikan cencaru bakar saiz sederhana seekor RM8.00. Ikan cencaru bukan mahal pun.

Selepas lunch kami pun decide nak pergi cable car. So sampai kat Oriental Village tu pun dah 12tghari lebih-lebih. Memang panas. Sampai jer kat kuanter nak beli tiket cable car, kami dimaklumkan cable car ada masalah teknikal sikit so tak dapat beroperasi. Huh lega ummi. Ummi memang penakut tapi gagahkan demi abi. Abi la frust sikit, ummi dalam hati bukan main gembira lagi....;p

Kat Oriental Village
Disebabkan cable car tak boleh naik, ummi pun ajaklah abi naik "Duck Tours". harga tiket untuk dewasa adalah RM38.00 untuk seorang. Duck Tours ni boleh naik kat darat dan laut. Bagi ummi tak berbaloi sangat naik Duck Tours ni sebab yang kat atas jalan tu kita memang lalu pun kalau nak ke Oriental Village dan kat laut tu pulak memang kita nampak dari jalan. Ditambah pulak dengan servis yang kurang baik dan mood abi pun tak baik masa ni. Abi  nak naik lambat-lambat sikit, ummi pulak nak naik cepat-cepat. Cepat naik cepat balik boleh pergi tempat lain..:)

Wafi best jer bawa kemana pun

Pemandangan semasa menaiki "Duck Tours"

Abi yang merajuk...ahaks

Inila rupenya "Duck Tours" tu -sumber:google
Lepas habis naik Duck Tours ni kitaorang pun teruskan perjalanan ke Makam Mahsuri pula. On the way tu singgah di kilang minyak gamat Rojam. Borong la dua-tiga jenis minyak kat sini...memang berbaloi.

Seronok la abi jumpa ex-girlfriend dia dulu...hilang merajuk tadi

Dalam muzium Mahsuri

Makam Mahsuri

Keluarga Hasbi Wafi

"Dikatakan"..:p

Telaga Mahsuri

Dalam Rumah Mahsuri


Selepas ke Makam Mahsuri, kami kembali ke H.I.G. Ada sikit lagi coklat yang ummi nak beli. Ummi juga terbeli beg besor untuk simpan coklat-coklat yang dibeli...:)

Selepas tu dinner time. Cari punya cari last-last makan char kuew teow dan kuew  teow goreng. No nasi for this night...Then balik tidoooooooo.

Hari Ketiga -20 November 2013

Pagi-pagi hari ketiga, abi bawa Wafi tengok pantai
Macam hari kedua jugak, keluar dah lunch. Tak ingat makan kat mana tapi sedap juga tak macam  semalamnya tu. Hari ni kami makan kat Kuah. Lepas makan pergi Idaman Suri. Wah giler rambang mata ummi. Tugas abi dukung Wafi jer. Ummi jalan sana jalan sini tengok dan ambil barang. Pemanggang ajaib jer kami beli 4. Tak sempat nak ambil gambar time ni sebab giler shopping. Memang murah.

Lepas shopping kat Idaman suri pegi melawat ofis orang kg jap lepas tu shopping baju sikit kat Beras Terbakar then makan laksa kaw Rossabina kat area Beras terbakar tu. Memang sodapppp. 

Then kami pun menuju ke airport menanti flight yang delay pulak...huhuhu. Minyak kereta yang kami isi hanya RM20 untuk jalan-jalan sepanjang kat Langkawi. memang save...:)

Kat airport Langkawi
Dalam viva yang disewa
Ummi, Wafi dan barang shopping...:)
Sekian la sudah cerita Cuti-cuti langkawi. Tahun 2014 ni nak g mana pulak yer.Yang pasti sehingga bulan 3 tak boleh pergi mana-mana sebab banyak event-walimah sepupu-sepupu dan anjang kau...hoho..tak lama lagi anjang oiiii.


7 comments:

yatie chomeyl said...

meriah ummi shopping, mujur wafi sporting x meragam ye

mazni_azis said...

Wafi memang sporting sangat...nak bodek ummi bawa g jalan2 lagi la tu

idasharmiza said...

Hahaha...nasib hg x naik cable car tu maz..sangat gayat ok...tinggi kot..kalah cable car genting tu tau? Huhuu...tp mmg sgt jimat isi minyak rm20 ja..terpegun aku! :D

mazni_azis said...

ida; mmg nasib aku baik...hehe. RM20 jenuh jugak la cik hadi nak pulas streng viva tu...huhu

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

tak susah ker nak booking rumah peranginan langkawi nie?... nak booking berapa lama sebelum pergi?.. bestnyer jenjalan langkawi.. (",)

rosihan said...

idaman suri kepunyaan india yang beri sokongan penuh kepada yahudi israel laknatullah. tolong avoid kedai ni lain kali demi umat Islam.