Lama sungguh tidak berblog. Dalam kepala ni macam-macam nak ditulis terutamanya tentang Hasbi Wafi. Tapi masa sangat terhad aku lebih suka habiskan masa dengan si kecikku. 19.05.2013 hari tu ada 3 peristiwa penting dalam hidupku.
Pertama: Konvokesyen Andak Abdul Latif
Akhirnya andak dah berjaya menghabiskan degreenya setelah berbagai-bagai dugaan ditempuhi (banyak ke dugaannya...huhuhu). Alhamdulillah. Tahniah andak! cepat-cepat dapat keje best-best boleh belanja kitaorang.
~konvo andak...TAHNIAH!. Motif ada pic acik kau kat situ sebab dia suka interprem...karang marah pulak tak letak pic dia~
~Rombongan cik kiah ke konvo andak, gambo Aryan's family tak dok kat simpanan so tak leh tempek kat blog nih~
Kedua: Besday Ateh Siti Khatijah
Dah 22 tahun ateh kau...hehehe. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-22. Semoga bertambahnya umur bertambahlah juga ILMU, IMAN dan AMALAN.
~Ateh sweet 22nd..;)~
Ketiga: My 1st anniversarry
Tahun lepas tarikh ni lah aku kawin dengan HZ. Alhamdulillah dah setahun dan dikurniakan Hasbi Wafi. Anugerah yang tak ternilai untukku. Tapi kan sangat2 sedih bila encik HZ tak ingat pun tarikh ni...dah diingatkan pun buat biasa jer. Kononnya sibuk dengan program hari guru. Rasa nak merajuk jer (memang dah merajuk pun) bila benda lain lebih menjadi keutamaan berbanding dengan diriku...huhuhu. Tapi kan tak der la nak sentap lama-lama sebab buat tua diriku saja sebab HZ bukan tau pun aku merajuk ke sedih ke tarik muncung sedepa ke apa ke. The most important thing is aku bahagia dengannya...:). Sayang sayang abang.
~Semoga cinta kita hingga ke syurga...~
4 comments:
Meh aku kasi tips...
Tiap2 tahun tarikh tu ko kasi adiah kat dia..kalo jauh ko pos owkeh.nnti lelama dia akan segan ngan kite..dia tau tarikh tu penting utk kite n dia sendiri akan igt.. tak pun ko deko sendiri kad anniversary..tu pun dh cukup...tak pun ko ikat reben bubuh kad kat wafi pastu hulur kat dia..ni adiah anniversary tahun nie dr syg..lagi jimat..hehe..(Tak salah kite mulakan dulu..just bg ucapan or kiss kat dahi pun enough kan..janji full of love)
wow nasihat dr pakar :)
Hihihii...istimewa untuk saya jugak sebab Muhammad Irfan 3 tahun pada tarikh ini... ^.^
mimi:aku dh pos kad tak sampai kot...huhu.
mazly: mimi mmg pakar nak tau apa2 tya dia...hehe
ida:irfan lahir sama tarikh dgn anak mimi n adik aku juga..:)
Post a Comment