Monday, November 21, 2011

Tokyo DisneySea

Petang-petang yang kehujanan ini rasanya eloklah aku mengupdate blog yang lebih kurang 2 minggu tidak berupdated. Pikir punya pikir akhirnya aku nak cerita pasal kami pergi Tokyo DisneySea. Aktiviti kali ini seperti biasalah diikuti aku, Teep, Tim dan Delvin. Sayang sekali Cigdem tak boleh ikut sebab sensei Konegai yang sangat sayangkan dia nak buat sayonara party untuk dia. Kami pergi pada 10/09/2011, iaitu 7 hari sebelum kami pulang ke tanah air masing-masing. Kiranya Tokyo DisneySea ni adalah penutup Jalan-Jalan Jepun kitaorang.


Antara gambar yang dicantum-cantum...



Seperti biasa jadual perjalanan akan diperolehi disini. Kali ini kami bertolak agak lewat aku pun dah tak ingat sebab apa kami bertolak lewat. Sampai lebih kurang 10 pagi lebih. Panas masa ni sebab musim summer. Kitaorang beli tiket 1-day passport yang berharga 6200 yen (lebih kurang RM257.00) untuk dewasa lebih 18 tahun dan ke atas.

Dalam Tokyo DisneySea ni dibahagikan beberapa kawasan iaitu:
Mediterranean Harbor
American Waterfront
Port Discovery
Lost River Delta
Arabian Coast
Mysterious Island
Mermaid Lagoon

Biasalah dalam setiap kawasan tu ada lah anak-anak dia lagi. Besar, memang tak cukup la nak tengok, main dan tangkap gambar. Pergi jelah mana yang sempat. Bagi aku yang penakut + malas nak tunggu berjam-jam untuk beratur padahal mainnyer kejap jer tak der la excited nak main sangat. Aku lebih excited menangkap gambar jer.


Mermaid Lagoon

Kami banyak habis masa dekat Mermaid Lagoon kot. Habis pusing la dalam ni. Sesuai la dengan aku yang penakut sebab permainan kat sini biasa-biasa jer. Biasa-biasa pun bila naik Flounder's Flying Fish Coaster yang ambil masa satu minit ni je pun dah menjerit nak terkeluar anak tekak. Orang lain steady jer gelak sengih sampai lambai-lambai tangan. Sebelum tu kitaorang naik Scuttle's Scooters, biasala permainan kanak-kanak tak mencabar langsung...:p

Lepas tu dalam ni juga naik Blowfish Balloon Race. Naik dalam gondola berbentuk seashell kat atas nyer ikan tembam-tembam, comel. Naik turun naik turn and then pusing pastu habis. Last sekali kat sini kitaorang masuk Mermaid Lagoon Theater. Theater selama lebih kurang 14 minit ni best juga. Ada bahasa Jepun dan juga english. Kat sini jumpa lah dengan ikan duyung, Ariel, Flouder dan macam macam-macam lagi termasuk la kerang bushuk. Teater muzikal pendek ni tergantung-gantung atas kepala kita. Cantik, bertenaga dan puas hati la ambil masa untuk tunggu tengok teater ni.


Arabian Coast
Kat Arabian Coast ni jalan-jalan amik gambar jer. Ingat nak makan kat sini konon-konon ada halal food la. Dah nak order nak ambil kari udang, tapi tanya punya tanya kat kuah dia ada ekstrak butaniku (babi). Alhamdulillah Allah selamatkan kami. So kami makan la biskut-biskut yang dibawa dari TBIC jer.

Mysterious Island
Ha, kat sini la kawan-kawan aku yang lagi 3 orang tu nak pergi sangat. Permainan dia semuanya mencabar. Naik roller coaster dalam volcano yang tiba-tiba meletus. Walaupun masa yang diambil 3 minit jer tapi bila dalam keadaan macam tu rasa lama je kan...Aku cerita macam la kami naik...hehehe. Sebenarnya dah pergi sini tapi ada masalah teknikal so dihentikan seketika..Alhamdulillah kalau tidak mesti aku terpengaruh dengan rakan sebaya suruh naik juga benda tu...huhuhu.

Lost River Delta
Kat sini kami jalan-jalan sepintas lalu dan singgah agak lama sikit kat kawasan Latin Amerika sebab salah sorang ahli rombongan kan orang Latin, dia pegi makan kitaorang solat. Dari sini kitaorang naik bot untuk ke American Waterfront. Tak larat dah nak jalan. Hari pun semakin gelap.

American Waterfront
Kat sini banyak juga benda-benda menarik dan cantik yang boleh dicuba dan diambil gambarnya. Tapi malangnya bateri kamera masing-masing dah nak kong. Tangkap je la apa yang sempat. Lepas tu Delvin dengan Tim nak naik Tower of Terror. Dah la nak masuk maghrib masa tu so aku ngan Teep surrender bagi diorang jer. Kitaorang pegi solat maghrib dulu. Lepas je solat nampak lagi diorang beratur so menyelit la sekali kat diorang. Save masa. Ingat dah nak sampai tapi panjang lagi nak masuk dalam tu. Barisan berpusing-pusing, tapi sepanjang barisan tu ada la macam-macam tarikan supaya kita tak boring kan. Aku dah duduk dah masa ni tak larat nak berdiri. Dalam hati ni cuak-cuak takut. Akhirnya kami pun naik la lif dalam hotel tu. Ha aku menjerit sampai kawan-kawan semua takut. Walaupun masa hanya 2 minit tapi cukup lah untuk menyakitkan anak tekak ku. Sebenarnya ganas lagi space shot yang kat Genting tu.

Lepas habis kat Tower of Terror ni baru lah melawat kedai-kedai untuk beli souvenir sebagai tanda-tanda kenangan pergi Tokyo DisneySea. Lepas dah puas hati kami pun keluar la dari gate DisneySea tu. Penat sangat-sangat dengan tak makan berat dan cuaca panas. Tapi puas hati dapat pergi sini. Lagi info boleh dapatkan disini.

***Untuk keadaan lebih selesa dan best pergilah masa spring ataupun autumn.
##Bila menulis entry ini fikiran menerawang ke Jepun...really I miss that moment...I miss my friends...and damb.