Wednesday, May 23, 2012

Kau Tercipta Untukku

Dengan dua kali lafaz sahlah Mazni Azis menjadi isteri kepada Hadi Zainal pada malam 18 Mei 2012 bertempat di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Sungai Jejawi. Majlis walimatulurus pula pada 19 Mei 2012. Perasaan pada waktu itu antara percaya dengan tidak jer saya ni dah bertukar status. Alhamdulillah syukur sangat. Semoga rumahtangga kami dilimpahkan Rahmat dan Berkat daripada Allah SWT. Perkenalan kami boleh dikatakan sangat singkat. Tapi berpandukan fatwa hati, saya sangat yakin untuk menerima dia menjadi teman hidup saya. Hadi Zainal lah pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul..:) 

 ~Selepas batal air sembahyang...masing-masing malu lagi...still sekarang pun i masih sangat malu dengan dia..hehehe~

~Semasa majlis Walimatulurus. Pengantin perempuan yang kurang ayu...hehehe~

Terima Kasih tidak terhingga kepada Abah, Mak, abang, kakak, adik-adik, mak-mak saudara, ayah-ayah saudara, sepupu-sepupu, anak-anak saudara, anak-anak saudara sepupu, sahabat-sabahat, jiran-jiran, orang-orang kampung, orang-orang bandar dan semua yang terlibat dalam majlis perkahwinan saya dan my lovely husband, Hadi Zainal. Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Tidak lupa terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir dan yang mendoakan kebahagiaan kami. Majlis ini ramai yang bermurah hati sponser itu dan ini, benarlah nak bina masjid ni rezeki murah dan selepas berumahtangga nanti bertambah-tambahlah rezeki hendaknya...amin.



Wednesday, May 2, 2012

Again....

Malam ini perasaan empati saya terhadap seorang wanita yang tersangat dekat dengan saya menjadi-jadi. Ya Allah apa yang harus aku lakukan..Semoga dipermudahkan segalanya Ya Allah...Ampuni aku Ya Allah..Saya kuat kerana Allah beri mereka untuk menguatkan saya...keluarga saya...Alhamdulillah...Saya sayang keluarga saya walau apapun terjadi...walau ada kekurangan didalamnya...Saya percaya setiap KESUKARAN pasti ada KEMUDAHAN...BerTABAHlah wahai HATI.

#My lovely sibling without abang sebab amik pic ni and Hafiz sebab tak lahir lagi kot#

Thursday, March 22, 2012

Senyum Jangan Cakap Apa-Apa...

Alhamdulillah selesai satu...Semoga urusan seterusnya dipermudahkan dan diberkati olehNya...amin

Monday, March 5, 2012

Duit lagi Muharram ni...

Hari sabtu 25 Februari 2012 saya dan Siti Khatijah dengan semangatnya membawa Muharram ke Melaka jalan-jalan ke rumah mertua abang. Tujuan utama nak tengok my new nephew. Muhammad Afham Darwisy. Muhammad yang terpuji...Afham maksudnya yang pandai...Darwisy pula nama ahli tasawuf. Comel macam saya baby boy itu...hehehe.

Esoknya ahad dah nak balik sebab malamnya keje syif malam. Yang sedihnya Muharram buat hal lagi..baru jer baik...sedih...sedih.. Kali ni tingkap belakang tak boleh tutup (standard la kan kereta PROTON). Sebabkan cetek ilmu mengenai kereta kena la RM70 untuk tukar suis kereta yang baru. Tukar kat kedai assesori kereta. Kata sepupu saya suis tu kena tengok dulu kadang-kadang kena lap-lap atau asah sikit-sikit dekat dia punya tembaga tu. Tak perlah asalkan selamat dah ok la. Kalau tak tutup tingkap naknyer hujan bahaya juga. Kalau kena air hujan jer tak per lagi cuma takut ada lightning and thunderstorms...tak ker haru. As meteorologist (meteorologist la sangat kan...huhuhu) yang ada berceramah pasal lightning and thunderstorms ni cuak la juga kalau terlihatkan fenomena ini...

Esok nak pegi tinted si Muharram ni pula..InsyaAllah... Percaya atau tidak dah lima tahun beli Muharram esok baru nak tinted...hehehe...dah habis updated pasal Muharramku...

Friday, March 2, 2012

Wasathiyyah dalam Gaya Hidup

***KESIMPULAN tentang Wasathiyyah dalam Gaya Hidup yang di ambil dari buku MANHAJ FIQAH WASATHIY - Kertas Kerja Konvensyen Fiqh Ummah 2012 yang diadakan pada 18-19Februari 2012 di PWTC.

Hasil daripada perbincangan berhubung wasathiyyah dalam kehidupan yang sempurna, dapatlah disimpulkan beberapa perkara penting sebagai garis panduan dalam menjalani kehidupan yang bersifat kesederhanaan atau dengan erti kata lain wasathiyyah dalam gaya hidup. Ia adalah seperti berikut:

i. Islam merupakan agama yang membentuk generasi yang bersifat kesederhanaan. Ini bermaksud umat Islam dilarang untuk melakukan sesuatu yang luar daripada kemampuan mereka. Selain itu, mereka juga dilarang daripada keterlaluan dalam menikmati kenikmatan dunia yang pasti hanya bersifat sementara. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa mengamalkan konsep wasathiyyah dalam kehidupan. Jika ia dapat dilakukan dengan baik, umat Islam tidak akan kelihatan terlalu mundur dan tidak pula dilihat sebagai golongan yang keterlaluan dalam menongkah arus kemodenan.

ii. Sikap kesederhanaan merupakan sunah nabi SAW dan para sahabat r.hum. Namun, jangan pula ada kalangan umat Islam yang cuba mengeksploitasikan kesederhanaan Baginda itu sehingga menampakkan Islam itu agama yang kolot yang tidak bertamadun. Maka dengan itu, memahami nas dan sunah Nabi juga perlu dilakukan dengan berhemah dan sederhana. Tidak terlalu ekstrem atau tidak terlalu mengendahkannya. Biarlah ia dalam bentuk pertengahan.

iii. Anggaplah Islam ini satu agama yang sederhana dan sempurna. Tidak terlalu menyusahkan dan tidak pula terlalu mudah sehingga boleh diperkotak-katikkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

iv. Sesiapa sahaja yang beranggapan bahawa Islam adalah agama yang hanya perlu menumpukan kepada ibadah solat dan zikir di tikar sembahyang semata. Atau dengan kata lain umat Islam harus miskin, fakir, selekeh, kotor, tidak bergaya, busuk dan sebagainya, sesungguhnya pandangan seperti itu sangat tersasar jauh daripada kebenaran.

v. Oleh sebab itu, Islam tidak pernah melarang umatnya daripada berkahwin, bermewah-mewah dengan pakaian atau aksesori yang berjenama, bercantik-cantik dengan alatan-alatan tertentu, kelihatan bergaya, kemas, kaya-raya dan menikmati kenikmatan yang dianugerahkan Allah kepada manusia di muka bumi ini. Anggaplah kesemua nikmat dunia yang wujud ini merupakan jambatan untuk menuju ke alam akhirat yang kekal abadi. Sekiranya kita pandai mengagih-agihkan nikmat itu ke jalan yang betul, maka beruntunglah kita di Akhirat kelak. Jika sebaliknya yang berlaku, maka tunggulah azab Allah yang amat pedih dan menakutkan. Inilah yang dinamakan wasathiyyah dalam kehidupan.