Thursday, January 30, 2014

Hasbi Wafi : 11 Bulan

06 January 2014 genaplah usia Wafi 11 bulan. Sebulan lagi nak setahun. Gigi atas dah tumbuh lagi 2 batang. Merangkak? bolehlah 4-5 langkah...tetapi dah pandai berdiri sambil pegang tepi-tepi kerusi ke kotak ker. Wafi ni nak terus berjalan kot skip proses merangkak. Duduk katak tu pun dah boleh stabil. Cuma kena tengok juga. Memanjat sudah menjadi-jadi kebelakangan ni. Pantang lepa sikit mesti dia panjat box storage baju dia tu. Jatuh 2-3 kali tu biasalah. Kadang-kadang nangis kadang-kadang buat-buat macho tak nangis.

~Yes, akhirnya berjaya!~

Ummi dah boleh memasak tanpa gangguan tangisan Wafi. Wafi kasi chance dalam 45 minit camtu lepas tamat masa start ler nangis. Sangat suka makan masakan ummi (perasan jap). Tapi tidak suka makanan yang lama means masak hari ni untuk makan hari ini kalau simpan dalam peti ais untuk dipanaskan esok, sorrylah Wafi akan menolak untuk makan. So ummi rajinkan diri memasak nasi untuk Wafi. Tak susah pun sebab Wafi tak cerewet. Just makan nasi+keledek, nasi+carrot, nasi+ayam, nasi+brokoli, nasi+ikan+brokoli dan macam-macam kombinasi lagi. Pagi biasanya ummi akan bagi makan oat+madu, oat+kurma. Susu masih kurang nak minum. Susu kambing (suffy goat) tu pun dia dah tak nak. 


~Meniarap sambil menyusur dengan lajunya gaya kuat dada~

Sudah pandai panggil "abi". Sudah boleh ikut kita cakap yang simple2 tapi versi dialah. Mulut kemain lagi bising. Peramah macam sape la agaknya. Sifat manja tu still adalah. Tido kena berteman barulah lama. So hobi ummi suka tido dapatlah diteruskan walaupun sudah beranak satu...:).

~Naik walker langgar segala apa yang ada, luggage sebagai halangan~ 

 ~Suka baca buku-buku ummi~

 ~Belajar duduk katak---sekarang dah stabil...:)~

 ~Kacau abi buat kerja pun best...Wafi suker~

~Wafi and his cousins~

~Tak layan ummi bila tengok iklan tv~

Wednesday, January 29, 2014

Hasbi Wafi : 10 Bulan

Alhamdulillah sudahpun berusia 10 bulan Wafi ni (time ummi post entry ni dah masuk 11 bulan ler). Bulan ni banyak dok ngan abi kat rumah sebab cuti sekolah. Abi jaga sendiri bila ummi pegi keje. So manja bukan main lagi dengan abinya. Abi pun kembang semangkuk la bila Wafi nak dengan dia je berbanding ummi. Gigi tak der perubahan lagi 2 batang kat bawah tu jer la. Keaktifan makin ketara kalau naik walker habis semua bakul atau apa sahaja dia langgar. Laju pulak tu bawa walker dia. Ummi tengah masak pun kena langgar siap masuk bawah singki lagi. Perangai manja tu still adalah. Kalau time dia nak berdukung jer kena dukunglah. Kalau bangun tak der ummi or abi disisi menjerit kuat sungguh then meniarap keluar mencari abi dan ummi. Ummi sangat suka bermain-main dengan Wafi. Bijak sangat berinteraksi.Sekarang dah suka buat geram-segeramnya. Sangat cute.

Masih tidak boleh merangkak lagi. Dah angkat-angkat badan cumanya tak pandai bergerak lagi bila dia dalam keadaan merangkak tu. Kalau meniarap memang laju la dia bergerak. Kejap jer dah hilang macam lipas kudung.

Ummi dan abi sedang mencari-cari pengasuh untuk Wafi. Dah tengok nursery kat tingkat 10 tu. Memang terus tak berkenan. Bising dan seperti tak terurus. Tak sanggup la ummi nak letak Wafi kat situ. Then pergi pula jumpa pengasuh, ummi dah berkenan, abi pulak tak nak. So nampak gayanya atam dan ateh kena jaga tiga-tiga la (Aryan, Ammar & Wafi). Tapi jadual ummi pun cantik juga January ni. So boleh handle lagi masalah ketiadaan pemgasuh ni.

Dekat-dekat nak masuk 11bulan, Wafi dah kurang minum susu. Nak susu ummi jer. Kesian pulak bila ummi pegi keje minum susu kurang sebab ummi dah tak buat stok. Susu makin kurang. Suap nasi jer la lebih sikit. Kadang-kadang bagi air campur madu sikit-sikit. Masa Wafi 10 bulan bawa jalan-jalan ke Langkawi. So picture Wafi semasa 1o bulan ada di entry ini.


Saturday, January 4, 2014

Cuti-cuti Langkawi

Akhirnya tercapai juga hasrat ummi nak pergi Langkawi dengan abi. Ummi last pergi Langkawi masa form 2 dulu means 17 tahun yang lepas. Abi pulak memang tak pernah pergi. Percutian ini pada 18-20 November 2013. Sebulan sebelum tu ummi dah tempah rumah peranginan persekutuan kat Langkawi. Sebab dapat tempah BPH ni yang nak pergi sebab boleh jimat sikit kos. Kos penginapan baru RM110 untuk 2 malam. Ummi, abi dan Wafi pergi naik airasia sebab kesian nak suruh abi drive kalau naik kereta. Nanti hilang feel nak cuti-cuti. Kalau cuti ummi panjang tak per la boleh singgah sana singgah sini. 1st time Wafi naik flight bukan main happy lagi. Tambah-tambah ada orang dok acan dia. Tersengih sampai ternganga mulut anak ummi sorang ni.

Syok terlebih

Tengok tu, dok main u cakkk dengan mat salih kat belakang  

Hari Pertama -18 November 2013

Sesampainya di airport Langkawi, jenuh nak pilih nak sewa kereta kat mana, sebab ramai sangat yang panggil. Kami tengok dua tempat jer then decide ambil viva manual. Sewanya RM120 untuk 3hari 2malam tu. Mahal sikit sebab time cuti sekolah tapi bagi ummi dah murah la tu.

Then lepas dapat kereta teruslah pergi cari hotel Federal Villa. Rupa-rupanya Federal Villa ni dijaga oleh hotel Holiday Villa. Nak masuk pun ikut Holiday Villa dan checkin checkout semua pun kat Holiday Villa. Mula-mula 2-3 kali jugak pusing ingat manalah pintu masuk dia. Federal Villa ni dekat dengan Pantai Chenang. Dalam bilik memang best la sangat-sangat berbaloi dengan harga yang dibayar. Cuma kat kawasan luar agak comot sikit maklumlah anak angkat kepada Holiday Villa. Wafi apa lagi seronok la berguling-guling atas tilam empuk tu ditambah pulak dengan kesejukan bilik. So terus la tertido kejap. 

Keadaan di dalam bilik...luas dan selesa

Keadaan di dalam bilik air
Lepas jer Wafi bangun perjalanan pun dimulakan. Ummi janji dengan org kg a.k.a Bai yang memang kerja kat Langkawi. Kebetulan Surina pun ada kat Langkawi tengah bercuti juga. So org kg bawa ummi pergi Kompleks Haji Ismail Group (H.I.G).

Jumpa kawan-kawan, dah tak sabar ummi nak shopping...:)

Giler banyak coklat, memang borong setengah troli la.

Periuk belanga pun ada, tapi ummi tak beli kat sini

Memang geram tengok pinggan mangkuk yang lawa-lawa

Kat H.I.G kami borong coklat jer. Sebab pinggan mangkuk semua nak tengok dekat Idaman Suri. Orang cakap lagi murah. Kalau coklat memang murah kat H.I.G, lagipun coklat kat sini kalau beli lebih lagi dapat murah. So stay kat sini sampai la pukul 8.00malam lebih kurang then kami pun bergeraklah mencari kedai makan. Kedai makan yang dicadangkan oleh kawan abi adalah dekat dengan pekan Rabu. Hujung sekali. So kami pun makan la kat kedai tu. Bagi ummi biasa-biasa jer rasanya. Sebab lapar sangat tak sempat nak snap pic makanan...hehehe.

Wafi memang baiklah tak meragam langsung
Selesai makan kami pun pulang ke hotel. Selesai untuk hari pertama.

Hari Kedua -19 November 2013

Konon-konon nak pergi Island Hopping hari kedua ni. Nak bangun awal-awal then pergi tanya pasal Island hopping kat Pantai Chenang tu. Tapi tak jadinya sebab bangun pun dah lewat masing-masing...hehehe. So keluar jer terus lunch dekat-dekat dengan Pantai Chenang tu. Makanan tak sedap sangat pun, biasa-biasa  jer tapi harga punyalah mahal. Ikan cencaru bakar saiz sederhana seekor RM8.00. Ikan cencaru bukan mahal pun.

Selepas lunch kami pun decide nak pergi cable car. So sampai kat Oriental Village tu pun dah 12tghari lebih-lebih. Memang panas. Sampai jer kat kuanter nak beli tiket cable car, kami dimaklumkan cable car ada masalah teknikal sikit so tak dapat beroperasi. Huh lega ummi. Ummi memang penakut tapi gagahkan demi abi. Abi la frust sikit, ummi dalam hati bukan main gembira lagi....;p

Kat Oriental Village
Disebabkan cable car tak boleh naik, ummi pun ajaklah abi naik "Duck Tours". harga tiket untuk dewasa adalah RM38.00 untuk seorang. Duck Tours ni boleh naik kat darat dan laut. Bagi ummi tak berbaloi sangat naik Duck Tours ni sebab yang kat atas jalan tu kita memang lalu pun kalau nak ke Oriental Village dan kat laut tu pulak memang kita nampak dari jalan. Ditambah pulak dengan servis yang kurang baik dan mood abi pun tak baik masa ni. Abi  nak naik lambat-lambat sikit, ummi pulak nak naik cepat-cepat. Cepat naik cepat balik boleh pergi tempat lain..:)

Wafi best jer bawa kemana pun

Pemandangan semasa menaiki "Duck Tours"

Abi yang merajuk...ahaks

Inila rupenya "Duck Tours" tu -sumber:google
Lepas habis naik Duck Tours ni kitaorang pun teruskan perjalanan ke Makam Mahsuri pula. On the way tu singgah di kilang minyak gamat Rojam. Borong la dua-tiga jenis minyak kat sini...memang berbaloi.

Seronok la abi jumpa ex-girlfriend dia dulu...hilang merajuk tadi

Dalam muzium Mahsuri

Makam Mahsuri

Keluarga Hasbi Wafi

"Dikatakan"..:p

Telaga Mahsuri

Dalam Rumah Mahsuri


Selepas ke Makam Mahsuri, kami kembali ke H.I.G. Ada sikit lagi coklat yang ummi nak beli. Ummi juga terbeli beg besor untuk simpan coklat-coklat yang dibeli...:)

Selepas tu dinner time. Cari punya cari last-last makan char kuew teow dan kuew  teow goreng. No nasi for this night...Then balik tidoooooooo.

Hari Ketiga -20 November 2013

Pagi-pagi hari ketiga, abi bawa Wafi tengok pantai
Macam hari kedua jugak, keluar dah lunch. Tak ingat makan kat mana tapi sedap juga tak macam  semalamnya tu. Hari ni kami makan kat Kuah. Lepas makan pergi Idaman Suri. Wah giler rambang mata ummi. Tugas abi dukung Wafi jer. Ummi jalan sana jalan sini tengok dan ambil barang. Pemanggang ajaib jer kami beli 4. Tak sempat nak ambil gambar time ni sebab giler shopping. Memang murah.

Lepas shopping kat Idaman suri pegi melawat ofis orang kg jap lepas tu shopping baju sikit kat Beras Terbakar then makan laksa kaw Rossabina kat area Beras terbakar tu. Memang sodapppp. 

Then kami pun menuju ke airport menanti flight yang delay pulak...huhuhu. Minyak kereta yang kami isi hanya RM20 untuk jalan-jalan sepanjang kat Langkawi. memang save...:)

Kat airport Langkawi
Dalam viva yang disewa
Ummi, Wafi dan barang shopping...:)
Sekian la sudah cerita Cuti-cuti langkawi. Tahun 2014 ni nak g mana pulak yer.Yang pasti sehingga bulan 3 tak boleh pergi mana-mana sebab banyak event-walimah sepupu-sepupu dan anjang kau...hoho..tak lama lagi anjang oiiii.


Wednesday, January 1, 2014

Welcome 2014

Selamat Tahun baru 2014! Cepat je kan masa berlalu. Imbas balik entry tahun lepas "welcome 2013" , alahai lesunya laa...hehe. Tahun ni bekerja pada tahun baru pulak. Semalam tak tengok pun bunga api sebabnya dah tido awal dengan Wafi di rumah UM. Abi dengan pak ndak Latif pergi dataran merdeka.

Sebab masa cepat sangat berlalu macam tak der apa-apa feeling pulak. Tiba-tiba dah masuk 2014. Cuma nak masuk 2014 ni agak risau sikit dengan kenaikan harga barang kan. So target nak berbelanja dengan lebih berhemah lagi. Nak kurangkan membeli mengikut kehendak, beli ikut keperluan sahaja. Dan harapnya boleh turun berat badan yang semakin hari semakin naik ni.

2013 meninggalkan banyak kenangan manis juga. 
Pertama, haruslah dengan kehadiran Hasbi Wafi dalam keluarga MH... :)
Kedua, Abi dapat pindah ke Selangor means ummi dan Wafi tak perlu lagi berjauhan dengan abi...so cabaran sebenar berumahtangga pun bermula...jeng...jeng...jeng.
Ketiga, acik gemok kau dah dapat sambung belajar ke uitm.
Keempat, dah ada tanah kat Bandar Akademia. Walaupun urusan pembinaan rumah ada masalah sikit hope dapat diselesaikan pada tahun ini.  

dan banyak lagi yang malas nak taip. 

Tak sabar menunggu event2 di 2014:
Pertamanya wedding sepupu-sepupu
Keduanya wedding anjang kau...:)
Dan harap sangat-sangat tahun ni MH dapat menunaikan umrah. Please pray for me.

Semoga kita semua menjadi lebih baik dari hari ke hari dan semoga mendapat keberkatan dalam hidup. Maafkan saya jika pernah melukakan hati anda...smile...:)

~Penyeri hidup MH~
~k.a.m.i, tahun depan tambah sorang lagi kot...:)~

~:) - senyum tak perlu kata apa-apa~
~Ingin melihat mereka bahagia~
~Ingin melihat MIL pun bahagia~
Ingin melihat semua orang bahagia...:)