Monday, September 9, 2013

Hasbi Wafi : 5 Bulan

***Post yang ditulis 2 bulan lepas tapi malas nak cari gambar, barulah sekarang upload..:)

Dalam entry ni aku ada tulis pasal Wafi tak dapat duduk dengan abinya lagi. Alhamdulillah 18 Julai 2013 abi kembali ke semenanjung untuk bersama kami...:) Dan wafi pun dah boleh meniarap pada masa ni. Perkembangan Wafi semasa 5 bulan haruslah bertambah-tambah lagi bijaknya...dan Alhamdulillah semakin senang menjaganya means tak banyak sangat dah berdukung. Tidur pun dah boleh lama sikit cuma kena ada orang kat sebelah kalau tidur bawah. Kalau tidur buai pulak kena selalu ayun tak boleh berenti. So sekarang tengah berkira-kira nak beli mesin pengayun tu. Bila Wafi bangun tidur kena ada orang kat sebelah dia barulah bangun dengan senyuman if tak menjerit macam kena gigit tebuan...huhu. Berlari-larilah auntie2 pegi tengok putera sorang nih.

~Tengah belajar meniarap...pulun pastu menjerit~

Sangat alert kalau orang panggil namanya. Kepala pun dah boleh handle dengan baik. Boleh la nak pegang barang-barang. Botol susu pun dah pandai nak pegang sendiri. Masa checkup 5 bulan berat Wafi tak naik sangat dekat-dekat border line kalau ikut carta berat baby tu. So masa Wafi 5 bulan 3 minggu ummi pun cuba-cuba bagi Wafi bubur nasi. Memang berselera juga Wafi makan tapi lepas tu 6 hari Wafi tak berak. Cuak dah ummi. So ummi pun makanlah betik banyak-banyak dan BF kerap-kerap kat Wafi barulah dia membuang. Sekarang Ramadhan so pengeluaran susu ummi agak berkurangan. Since Wafi dah nak masuk 6 bulan dan susu ummi berkurangan, ummi cubalah nak bagi FM kat Wafi tapi Wafi tak nak. So ummi kena rajinlah memerah untuk Wafi. Stok sudah tidak mencukupi.

 ~Nak pegang botol susu sendiri- abang Yan layankan jer~

Wafi ni pantang kalau time dia tengah menyusu ada orang sembang-sembang ke or nyanyi. Mesti dia tumpang menyibuk sekali nak dengar. So kalau dia lapar ada orang menyanyi dan bersembang marah lah dia sebab tak boleh nak fokus menyusu. Sekarang ni Wafi dah suka dengar orang bercerita kat dia. Kalau tengah nangis baca buku terus diam. Sampai ummi and auntie2 kena hafal buku cerita dia. 5 bulan dah pandai tengok TV. Kusyuk gak dia tengok cerita tambah-tambah yang banyak warna-warna dan ada muzik-muzik. Hmm... tak lupa pulak Wafi suka tengok smartphone yang banyak gambar-gambar. Memang baby zaman sekarang agaknya. Kalau nangis-nangis tunjuk smartphone buka gambar kat dia diam terus.

 ~Tumpang sekaki tengok abang Yan baca buku~

~Main doktor-doktor dengan abang Yan. Tapi abang Yan tak nak jadi doktor, Yan nak jadi cikgu lah~

Habit dia yang suka berjalan-jalan naik kereta masih dikekalkan. Kadang-kadang kalau seharian tak bawa keluar rumah mulalah nak mengamuk. So kenalah bawa naik kereta walaupun pusing-pusing dalam UM tu ajer.

 ~Jalan-jalan dengan anjang dan ateh time ummi g keje~

 ~Petang-petang bawa round UM---dua orang budak ini suka alan-alan tauuu~

Video nangis macam tipu-tipu jer. kes nak suruh orang dukung lah ni

video