Minggu 9-12
Ini adalah minggu-minggu yang paling mencabar rasanya. Selera makan makin tiada. Minggu ke-10 aku g buat ultrasound ditemani HZ. Dua-dua sengih bila tengok baby kami. Syukur! Happy!. Pastu aku cakap kat HZ, "sorang", tak der rezeki nak anak kembar. Sebelum aku kahwin lagi aku doa nak anak kembar, then bila tau pregnant aku doa nak anak kembar lagi, then masa tengah loya+muntah+tak lalu makan+badan lemah....aku doa beri yang termampu untukku. Mungkin anak pertama ni aku tak mampu lagi nak handle, InsyaAllah ada rezeki next anak kembar pulak.
Minggu 13
Minggu 13 aku rasa lega sebab sudah melepasi 1st trimester. Faktor keguguran sudah kurang sekarang. Tak dinafikan sebelum sampai minggu ni perasaan takut kehilangan itu ada. Selalu mimpi yang bukan-bukan. Pernah juga mimpi keguguran. Namun aku harap semuanya dipermudahkan..amin. Minggu 13 pada 28/8/12 first checkup aku kat Klinik Taman Sentisa. Pergi buka buku merah tu. Tahap kesihatan, Alhamdulillah semuanya OK tapi HB aku rendah iaitu 10.3gm%. Sepatutnya kena lebih daripada 11gm%. Esoknya aku kena pergi lagi untuk ambil darah. Result belum dapat lagi.
Minggu 14-15
Alhamdulillah, minggu ni selera makan dah bertambah. Setiap 4 jam kena makan. Takut jer berat badan naik..Muntah n loya-loya pun sudah berkurangan. Tapi nak makan vitamin yang nurse bagi tu punya la siksa. Tak sukerrrrr...huhuhu...Asid folid Ok aku boleh terima. Vitamin B Complex n Iron tu yang susah nak telan. Sampai termuntah-muntah. Mula-mula makan iron tu tak baca betul-betul kesan nyer yang bahan buangan kita akan bertukar warna. Terkejut la juga bila tiba-tiba bahan buangan menjadi warna coklat-coklat kehitaman...hehehe. Pastu siap sembelit lagi. Rupa-rupanya memang begitu...huhu..Aku perasan aku akan rasa nak muntah or memang akan muntah pada hari yang aku makan iron. Last-last aku skip. Tengoklah next checkup macam mana. Harap HB aku naik lah. Nak minum susu rasanya masih tak mampu lagi. Minggu ni juga, kaki sebelah kiri kadang-kadang sakit...seperti terseliuh tu. Nak jalan pun sakit..Mungkin kekurangan kalsium. Dari mula pregnant sampai la sekarang, buang air kecil sangat la kerap. Sampai malas nk pergi toilet tapi kalau tahan-tahan sakit kat ari-ari pulak.
EMOSI
Baca buku-buku pasal pregnant memang lah cakap emosi wanita pregnant ni memang mudah tersentuh. Yes, aku akui. Yang pelik tiba-tiba nak nangis.. Tapi Alhamdulillah setakat ni aku tak lah sensitif dengan kata-kata orang ker, nak marah kat orang ker macam tengah PMS. Itulah cuma bila sepi itu muncul dan teringatkan HZ laju jer air mata nak keluar.. Makin lama makin berat rasanya penangan PJJ nih...