Thursday, May 23, 2013

Istimewa 19.05.2013

Lama sungguh tidak berblog. Dalam kepala ni macam-macam nak ditulis terutamanya tentang Hasbi Wafi. Tapi masa sangat terhad aku lebih suka habiskan masa dengan si kecikku. 19.05.2013 hari tu ada 3 peristiwa penting dalam hidupku. 

Pertama: Konvokesyen Andak Abdul Latif
Akhirnya andak dah berjaya menghabiskan degreenya setelah berbagai-bagai dugaan ditempuhi (banyak ke dugaannya...huhuhu). Alhamdulillah. Tahniah andak! cepat-cepat dapat keje best-best boleh belanja kitaorang.
 ~konvo andak...TAHNIAH!. Motif ada pic acik kau kat situ sebab dia suka interprem...karang marah pulak tak letak pic dia~

~Rombongan cik kiah ke konvo andak, gambo Aryan's family tak dok kat simpanan so tak leh tempek kat blog nih~

Kedua: Besday Ateh Siti Khatijah
Dah 22 tahun ateh kau...hehehe. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-22. Semoga bertambahnya umur bertambahlah juga ILMU, IMAN dan AMALAN. 
~Ateh sweet 22nd..;)~


Ketiga: My 1st anniversarry
Tahun lepas tarikh ni lah aku kawin dengan HZ. Alhamdulillah dah setahun dan dikurniakan Hasbi Wafi. Anugerah yang tak ternilai untukku. Tapi kan sangat2 sedih bila encik HZ tak ingat pun tarikh ni...dah diingatkan pun buat biasa jer. Kononnya sibuk dengan program  hari guru. Rasa nak merajuk jer (memang dah merajuk pun) bila benda lain lebih menjadi keutamaan berbanding dengan diriku...huhuhu. Tapi kan tak der la nak sentap lama-lama sebab buat tua diriku saja sebab HZ bukan tau pun aku merajuk ke sedih ke tarik muncung sedepa ke apa ke. The most important thing is aku bahagia dengannya...:). Sayang sayang abang.
~Semoga cinta kita hingga ke syurga...~