Alhamdulillah hari ini Wafi berumur 4 bulan 2 minggu dan 5 hari. Cepatnya masa berlalu sampai rasa nak baby girl pulak.. ;). Wafi bertambah bijak, comel & hensem...Standart la kan puji anak sendiri...hehehe. Sebenarnya Wafi ni banyak melatih ummi dia sabar. Kenapa??? Sebab Wafi asyik nak berdukung dan berjalan-jalan di dalam rumah. Tak boleh nak duduk kadang-kadang jer mood dia ok. Tapi makin lama Wafi dah makin sporting. Malam pulak tido dia okey. Kebiasaannya Wafi akan tido pukul 12 tgh malam dan bangun untuk menyusu pukul 2 pagi, 4 pagi dan 5 pagi. Bila bangun 5 pagi tu Wafi nak main-main sikit sampai la pukul 7 pagi baru dia nak tido balik. Wafi pun dah suka sembang-sembang, senyum dan memberi respon kalau kita panggil nama dia. Kalau letak dia terbaring kena sembang & fokus kat dia jer kalau tidak sekejap jer dia bosan then mulalah nak "menyanyi". So kena angkat lah lepas tu.
~Tengokkkk budak mata bulat nih...tak ker rasa geram.~
~Buat muka comel nak tarik perhatian ummi~
Wafi masih lagi tak boleh meniarap. Tengah cuba sedaya upaya nak meniarap...manalah nak boleh meniarap cepat anak wei sebab nak kong jer...huhu. Tapi kepala/leher dia dah semakin keras. Kaki pun bukan main kuat dok sepak-sepak sampaikan nak mandikan dia pun agak susah sekarang ni. Takut terjatuh sebab kuat sangat dia bergerak.
Masih lagi suka masukkan penumbuk dalam mulut sambil buat-buat isap sampai bunyi-bunyi. Pastu suka buat buih-buih. Kenapa yer orang cakap bila anak buat buih-buih rambut maknyer akan luruh. Memang ataupun kebetulan rambut aku asyik luruh dengan agak banyak dari kebiasaannya...huhuhu risau gak tapi takkan nak p Yun Nam hair care kot. Masa pregnant dulu ada terbaca semasa pregnant ada satu hormon yang akan mengukuhkan rambut kalau time tak pregnant tak der. Mungkin hormon tu slow-slow tak der dalam badan aku kot sebab tu lah rambut banyak gugur (pandai-pandai buat andaian sendiri...hehe)
~Aryan tiru Wafi isap jari...siap ikut sekali dengan bunyi lagi~
Anak sedara aku si Aryan ni memang sangat sayangkan Wafi. Asyik nak muahhh Wafi jer terutama kalau Wafi sleep. Saje jer jelous tengok Wafi tido dia tak der kawan. Tapi dia memang abang yang penyayang. Kalau dengar Wafi nangis jer terus pegi tengok & cium. Konon-konon ciuman dia tu boleh buat Wafi berenti nangis lah...:).
~Sama-sama study la konon...pandangan abang Yan yang penyayang~
~Masing-masing wat hal sendiri~
Kelebihan Hasbi Wafi adalah dia suka tahan tido. Means walaupun mengantuk dia cuba juga nak buli ummi & auntie2 dia dukung sambil jalan-jalan keliling rumah sampailah dia tertido...dugaan..sampai kadang-kadang terpaksa pakai carrier sebab dah sakit pinggang...anak bertuah ni. Nak bagi dia tido senang jer bawa pergi jalan-jalan & naik kereta..senang je tido. Memang ikut perangai ummi betullah masuk jer kereta terus tido.
~Budak kecik tak nak tido, masuk keta terus tido~
~Kat midvalley--80% masa kat situ rasanya Wafi tido jer--ummi terus juga shopping sambil kepala anak dah terhele...hehe~
~Kat padang bola panas-panas pun Wafi boleh tido~
~Copy dari blog Cik Embun--Tengok cara Wafi tido (pic kanan bawah)--kalau letak bawah kejap jer tido dalam 10-15minit~
~Ni copy dari blog Cik Embun jugak...main bersama nangehh sorang-sorang~
~Cool tak sayer...:)~
Wafi masih lagi tak dapat duduk bersama abinya...huhuhu (ummi yang sedih kot..:P). Betullah...walaupun Wafi kecik lagi tapi setiap kali abi dia balik Miri mesti dia meragam a.k.a menangis lebih dari kebiasaannya. Macam tau-tau jer sorang pendukung setia dah berkurangan. Pastu kadang-kadang bila nangis2 Mak Lang bagi kat Pak Lang senyap pulak. Hope tahun depan abi dapat tukar sini yer sayang.
Wau sudah panjang lebar juga ummi cerita pasal anak kesayangan ummi nih. Walau sekejap tinggal Wafi sebab ummi g keje, ummi dah rindu Wafi...huhu. Semoga Wafi membesar jadi anak yang soleh.
Di kesempatan ini juga ummi ucapkan terima kasih kepada atam, ateh, acik, anjang & aryan's family sebab banyak tolong ummi jagakan Wafi. Terima kasih juga kat andak & ayong kadang-kadang main juga ngan Wafi...sabarlah yer ngan karenah Wafi.
Nak selitkan juga pasal budak nih
~Tiru gaya kakak...;)~
Aryan Haris--sepupu Wafi ni, semakin hari semakin bijak & pandai cakap...20 Julai ni masuk 2 tahun. Terhibur sungguh dengan keletahnya. Kalau tak jumpa sehari pun dah teringat. Semua mak-mak sedara dia ingat termasuklah atuk & nenek. Kalau nak tido kena cerita dan gosok-gosok badan dia barulah senang tido. Jenuhlah ibu ayah & autie2 mereka cerita untuk dia.
K lah stop sini dulu letih menaip dah...hehehe.