Wednesday, August 14, 2013

Syawal 1434H - First syawal for Wafi, 2nd syawal for ummi & abi

Alhamdulillah syawal kali ni kami ditemani si kecik bijak Hasbi Wafi. Syawal tahun lepas Wafi masih berada di alam rahim. Ummi masih bekerja di malam raya so tinggallah Wafi bersama abi di rumah. 1st time kot abi jaga Wafi tanpa bantuan aunties Wafi. Ummi kat ofis tak senang duduk juga terfikirkan Wafi & abi kat rumah. But taknaklah asyik call or mesej tanya karang abi bosan pulak. Alhamdulillah malam itu berlalu juga dan ummi tak perlu susah-susah balik jenguk Wafi sebab abi boleh handle dengan baik...:)

Pagi raya pertama kami beraya di ofis ummi. Tumpang makan juadah raya yang kawan-kawan ummi bawa. Thanks to auntie Fina, Nani & Angger. Sedap-sedap makanannyer. Selesai beraya kami pun bertolak ke Kelantan pada pukul 11 pagi. Campur tolak jem semua kami sampai kat rumah mek di Tawang, Bachok pada pukul 8.30malam. Perjalanan mengambil masa 9 jam setengah. Jem nya dekat Raub, Pahang dan Machang, Kelantan...huhu. Alhamdulillah Wafi tak meragam sepanjang perjalanan. Mungkin disebabkan cuaca yang redup dan nyaman. Sampai pun dah malam so lepas makan-makan, mandi-mandi, sembang-sembang sikit kami pun tidolah. 


 ~Pagi Raya Pertama di Office Ummi~

 ~Bahagian Geofizik &Tsunami, Jabatan Meteorologi Malaysia~

 ~Anak baik senang tido kasi chance ummi & abi makan puas-puas~

Raya kedua pula dimulakan dengan membuat persiapan sempena majlis perkawinan my SIL dan My BIL. Yer buat dua-dua sekali kakak dan adik. Ummi ditugaskan membuat hantaran untuk kedua-dua belah pihak. So walaupun tak kreatif ummi hentam jugaklah. Tak boleh nak siapkan dengan cepat sebab ada si kecik Wafi yang menuntut belaian. Persiapan sampailah ke malam tido pun dah lewat. 

~Hentam jer lah asalkan nampak bentuk hantarannya...hehehe-

Raya ketiga adalah majlis perkawinan my SIL dan my BIL. Akad nikah pagi-pagi then kenduri tengah hari. Agak kelam kabut sebab masa yang terhad. Alhamdulillah semua setel jugak. Masa majlis ni ummi paling geram kat photographer dia. Memang kasi ummi panasss dengan cuaca yang memang panas pada hari tu. Alhamdulillah majlis selesai juga akhirnya. Nak tau pukul berapa?? Sampai ke malam kot tapi ummi dah pengsan pada pukul 11malam lebih. Memang kenduri kawin kat Kelantan tetamunya datang sampai ke malam.  

 ~Akad Nikah my SIL @ masjid Tawang - Alhamdulillah sekali lafaz jer~

  ~Selamat Pengantin Baru to kak Zura & abg Rodi~

 ~Iklan jap....Wafi ikut muka sape yer??? Ummi ke Abi~

 ~Kedua-dua pasangan - semoga bahagia hingga ke syurga~

Raya keempat adalah hari perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sebab raya ke lima ummi dah keje. Perjalanan yang sangat mencabar sebab jem nya mak aiiiii orang Kelantan je kot yang tau...hehehe. Masa ni pun cuaca dah mulai nak panas, kesian Wafi menangis-nangis dalam kereta. Tapi lepas hari dah ke petang sikit Wafi dah okay. Perjalanan mengambil masa 14 jam setengah. Sampai KL hampir pukul 1 pagi ummi terus pengsan tak sedar apa dah.

Raya kelima dah start keje. Agak meragam si kecik di rumah mungkin kepenatan perjalanan semalam ditambah stok susu ummi yang tidak mencukupi. Kesian Wafi...Bila buka facebook tengok gambar raya family di Perak meronta-ronta hati rasa nak balik. Rasa macam tak lengkap bila tak makan masakan raya dari rumahku syurgaku. Feeling budak-budak kejap...huhu


~My Family at Kampung Sungai Jejawi, Teluk Intan, Perak~

Di kesempatan syawal ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Taqabbalallahu minna wa minkum, Semoga Allah SWT menerima amal salih kami dan amal Anda.

 ~Rasa kagum dengan keberanian kakak Alysha nih - tak takut lembu langsung~

#teruskan pencarian rumah sewa pulak lepas ni...susah bebenor nak cari rumah sewa yang berkenan di hati dengan harga berpatutan dan dekat dengan tempat kerja#