Finally, Wafi, ummi dan abi telah menjumpai rumah sewa untuk kami sekeluarga. Susah betul nak jumpa rumah sewa sekarang ni. Hampir stress ummi (memang dah stress dah weh). Cepat masa berlalu Wafi dah 7 bulan. Ummi bersyukur sebab dikurniakan Wafi. Ummi gembira adanya Wafi. Setiap keletah Wafi menggembirakan hati ummi. Wafi dah pandai main-main.
~Tepat 7 bulan-06 September 2013~
~Guling-guling saja~
Wafi makin suka berguling-guling sekejap jer dah di luar kawasan.
Sekarang ni dah pandai tiru bunyi yang simpel-simpel contohnya "
ehem-ehem". Kalau dia bersin pulak mesti dia senyum. Lagi satu perkara
yang akan buat Wafi senyum adalah masuk bilik air. Tak pernah lagi kot
menangis dalam bilik air. Suka sungguh mandi tak macam ummi dia ni takut
air...hehehe. Hmm sejak pindah rumah ni ada lif so bila pintu lif
terbuka jer Wafi pun suka senyum. Suka sungguh naik lif.
~Anak tak tido abinya yang tido~
Setelah ateh dan atam kembali belajar, ummi jadi ibu dua anak. Jaga Wafi dan Aryan. Hmm satu pengalaman yang baik untuk menjadi penanda aras Wafi dah boleh ada adik ke belum...hehehe. Jaga dua-dua budak ni kena banyak sabarlah dengan si abang bila kacau si adik tu. Lepas abang dah tido baru lah boleh buat apa-apa yang patut sebabnya abang tido lama namun kena pastikan adiknya jugak tido. Kalau adik tak nak tido uli lah si adik pulak. Tapi rasanya ok jer jaga dua-dua tak penat sangat cuma tak dapat memasak dan kemas rumah.
~Main lumba-lumba dengan abang Yan~
~Lega bila dah dua-dua tido :) ---me time!~
Sementara tunggu acik gemok kau
pulak habis hujung bulan 9 untuk jaga Wafi dan Aryan, en HZ balik kampung amik my MIL (mek) untuk jaga Wafi. So ini Wafi sangat manja dengan neneknya
sebab nenek rajin dukung. Nampak mek jer mula dia angkat-angkat badan
suruh mek dukung. Mek pun memang rajin suap makan mandi semua. Memang banyak la masa ummi berehat time ni...hehehe. Mula-mula pindah rumah ni Wafi deman sikit..selsema.
Kesian dia hidung tersumbat tapi tidaklah terlalu meragam. Ummi sapu
vicks jer tak bawa pergi klinik pun sebab nampak tak teruk. Ummi BF
kerap-kerap. Susu ummi pun dah makin berkurangan. Nasib baik lah Wafi
senang makan. Nasi, biskut, epal dan macam-macam lagilah ummi suap. Susu
formula dah start minum sikit bila mek bagi. Masa umur 7 bulan ni tak der checkup
tak sabar ummi nak tau berat Wafi. Dah rasa makin montek sebab kuat
makan kan. Wafi tak poo poo tiap-tiap hari. 2-3 hari sekali. Sekali poo
poo tu banyak jugak lah tak padan dengan kecik.
~Hantar Tok, Tok Wa, Tok Su, Pak Long dan Mak Njang nak pergi Haji~
~Bergambar dengan Tok Su pulak...Harap Wafi, ummi dan abi pun dapat pegi nanti~
Selepas mek balik, Wafi kena duduk dalam car seat untuk ke rumah UM, mengamuk-ngamuk tak nak duduk tapi akhirnya tido jugak~
~Macam biasa kalau shopping jer tido. Masa ni kat TESCO--Hanya bangun time ummi nak bayar...:)~
~Muka cari gaduh...hehehe~
Masalah rambut ummi yang keguguran sejak Wafi suka buat buih-buih pun dah semakin berkurangan. Dah nampak anak-anak rambut yang baru nak tumbuh. Alhamdulillah...sebelum ni risau jugak ummi tengok kat lantai bilik dan bilik air banyak betul rambut ummi yang gugur. Kepala pun dah rasa nak botak...huhu.
Psttt: Tak banyak pic Wafi sebab atam tak der..atam jer suka photoshoot ni!