Monday, June 12, 2017

Haura Aileen Dalam Ingatan


2 Mei 2017, tiada apa yang pelik hari ini. Ummi macam biasa keje. Sehingga petang ambil double H dan pulang ke rumah.  Sampai di rumah dah rasa phone vibrate beberapa kali. Tengok anjang call dan cakap pegi tengok ibu,  Haura tak bernafas katanya.  Ya Allah ketar bila mendengarnya.  Terus check wasap... Nampak ada chit chat dalam group. Ibu dah voice sms nangis-nangis cakap pengasuh Haura call cakap Haura tak bernafas.  Ya Allah rasa nafas ummi pun terhenti seketika. 

Ummi terus call ibu.  Suruh ibu buat CPR kat Haura jika betul dah tak der nafas (Peringatan: CPR hanya boleh buat jika nafas dah tak der!). Air mata dah laju mengalir masa ni sambil doa semoga tak der apa-apa berlaku dekat Haura.  Solat asar then ajak abi Wafi pegi tengok.  lbu dan ayah dah bawa Haura ke PPUM. Sampai di kecemasan kanak-kanak PPUM, ummi cari dalam bilik-bilik takde so terus tanya dekat kuanter.  Nurse buka pintu dan tunjuk dimana.  Nampak ibu pangku Haura.  Terus tanya macam  mana.
.
.
.
.
.
"Haura dah tak der" ibu cakap.
.
.
.
.
.

Ya Allah terus air mata mengalir tak boleh disekat lagi.  Ummi menangis semahu-mahunya sambil cakap "Haura...bangunlah! ". Ummi ambil Haura. Haura macam tengah tido.  Ibu ayah Haura dah tak menangis ummi tengok. Tabahnya mereka.  Dugaan yang hebat ayah cakap.

Doktor cakap banyak susu dalam paru-paru tapi kena xtray nak memastikan...dan kena buat post moterm untuk mengetahui punca kematian.  Sape yang sanggup tubuh kecil itu dibuat post moterm.  Ayah Haura cakap takkan izinkan sebilah pisau pun kena kat Haura.
Lama juga ummi menangis.  Seakan tidak dapat menerima berita ini.  Hanya 75 hari usia Haura.  Then anjang pulak sampai...sambung lagi menangis. Ya Allah beratnya dugaan.

Jenazah Haura tak boleh bawa balik lagi malam tu sebab Dr. dan polis tak lepaskan seban ibu ayah tak nak buat post moterm. So tunggu esok pagi. Pagi esok dengan izinNya selepas beberapa usaha dilakukan jenazah Haura boleh diambil. Mandi dan dikafankan di PPUM.

Ummi menyaksikan jenazah Haura dimandikan dan berpeluang untuk turut sama mandikan. Part ni ummi rasa paling sayu. Sampai sekarang ummi masih terbayang-bayang. Ummi tengok ibu ayah begitu kuat...redha dengan pemergian Haura. Tenang mereka memandikan Haura. Sedangkan ummi, anjang, ateh dan kawan2 ibu masa tu masing-masing dah bercucuran air mata. Masa mandikan Haura dalam hati rasa nak menjerit "Haura jangan tinggalkan kami"...tapi mak-mak sedara Haura kena kuat duoaya ibu ayah pun terus kuat. Kemudian Haura dikafankan. Cantik sungguh wajah Haura...serentak ummi dab anjang cakap...cantiknya....Ayah sendiri menjadi imam solat jenazah untuk Haura. Ummi pun solat sekali. Time ayah membacakan doa sekali lagi rasa sebak. Masih terbayang semuanya. Masih segar sayang ketika ummi menulis ini.

Haura dibawa ke tanah perkuburan. Diiringi hujan rintik-rintik sehingga selesai jenazah Haura dikembumikan baru la hujan turun lebat. Allah telah mudahkan segalanya untuk Haura.

Haura sayang, hadirmu hanya seketika. Hanya 75 hari Allah pinjamkan. Semoga kita bertemu di syurga. Semoga Allah sentiasa memberi ketabahan dan kekuatan kepada ibu ayah Haura. Mereka sangat bertuah insan yang dipilih Allah.

Anak Syurga Haura Aileen binti Nor Azuwan
💕17 Februari 2017 - 2 Mei 2017💕
Al-Fatihah