Saturday, October 13, 2012

Catatan Kehamilanku: Minggu 16-19

I'm really enjoy my pregnancy pada minggu-minggu ni. Best sebab makan sangat berselera sehinggakan kalau mulut ni kosong macam tak best..hehehe.. Bahaya kan takut berat badan naik dengan mendadak, pastu kena minum air gula..huhuhu tak suker...tak suker.

Muntah ke loya pun sudah sangat berkurangan. Dan start minggu 16 ni perutku sedang membesar  dengan jayanya...:). Kandungan HB aku makin turun 10.3gm% tapi tak berapa nak stress sangat sebab macam normal jer bila anemia time pregnant kan. Kencing kerap tu tetap ada lagi. Kejang kaki sebelah kiri dah tak der. Vitamin yang dibekalkan jarang-jarang aku makan. Aku makan asid folid dengan kalsium jer.  

Minngu ke 17 aku kena pergi kursus etiket sosial dalam majlis rasmi. Kursusnya di bangunan latihan JMM di tingkat 3. Agak keletihan sedikit la naik turun naik turun tangga sebab tak der lif. Dah start terasa gerakan-gerakan comel baby. Kadang-kadang rasa macam ada buih2 dalam perut. Best dapat merasakan kehadirannya.

Minggu ke 18 paling best sebab i fly to Miri jumpa HZ tersayang. Lima hari juga kat sana start hari selasa sampaila hari sabtu..Kebetulan HZ ada kursus so kitaorang ambik kesempatan la untuk berjumpaan. Tapi sedikit teruji bila HZ tiba-tiba kena jangkitan kuman then demam...huhuhu. Sedih kan bila tengok orang tersayang sakit...sob....sob. Tapi dia kuat semangat kejap je dah OK dengan izin Allah. Nasib baik dia demam tak der penyakit manja+ngada-ngada macam aku. Kalau akulah demam bersabarlah wahai suami...:)

Minggu ke 19 pegi checkup dan kena ambil darah & minum air gula. Malam tu start pukul 10malam dah kena  puasa. Aku antara orang terawal start minum air gula tapi jadi antara orang terakhir habiskan air gula tu. Minum sikit nak wek, minum sikit nak wek. Aku tengok ader jer yang selamba teguk air gula tu sekelip mata jer...serius kagum. Yang spesis macam aku sorang dua jer tapi boleh habiskan dengan cepat jugak. Setengah jam lebih jugak la nak habiskan air gula tu. Lepas tu kena relaks tak boleh makan lagi dalam masa 2 jam. Lepas 2 jam ambil darah lagi then boleh makan. Lega boleh makan serius dah lapar. Check HB aku masa ni turun lagi iaitu 10.1gm%. Berat badan dah bertambah & dah terlebih 0.2kg dari yang sepatutnya. So nurse tu suruh aku kurangkan makan sikit pada waktu malam. Berjayakah??? lihat next checkup yer. Sambil taip ni pun terbayang kalau ada mee kari alangkah sedapnya....nyum  nyum.

2-3 hari ni,  baby aku bergerak dengan aktifnya. Suka dia nak main-main dengan umi..Walaupun time perut mengeras rasa sakit sikit-sikit tapi sangat teruja. Feeling macam ni memberi semangat nak mengandung lagi lepas ni..:). Time tido kena lebih berhati-hati aku ni. Kadang-kadang lupa baby dah besar, ikut suka aku jer nak mengiring kiri kanan pastu diri sendiri yang sakit.

Minggu-minggu ni juga emosi terkawal dengan baik..No emos-emos dah. Dapat main dengan Aryan Haris yang semakin comel dan bijak itu memang feeling ok lah cuma terasa rindu kat mak di kampung sebab dari raya puasa tak balik-balik lagi..InsyaAllah raya haji ni balik kejap. Kat mek pun rindu juga tunggu cuti sekolah panjang sikit balik kelate baru puas bercuti...:)

~Aryan Haris yang semakin cute~ 

Thursday, September 13, 2012

Catatan kehamilanku: Minggu 9-15

Minggu 9-12
Ini adalah minggu-minggu yang paling mencabar rasanya. Selera makan makin tiada. Minggu ke-10 aku g buat ultrasound ditemani HZ. Dua-dua sengih bila tengok baby kami. Syukur! Happy!. Pastu aku cakap kat HZ, "sorang", tak der rezeki nak anak kembar. Sebelum aku kahwin lagi aku doa nak anak kembar, then bila tau pregnant aku doa nak anak kembar lagi, then masa tengah loya+muntah+tak lalu makan+badan lemah....aku doa beri yang termampu untukku. Mungkin anak pertama ni aku tak mampu lagi nak handle, InsyaAllah ada rezeki next anak kembar pulak.

Minggu 13
Minggu 13 aku rasa lega sebab sudah melepasi 1st trimester. Faktor keguguran sudah kurang sekarang. Tak dinafikan sebelum sampai minggu ni perasaan takut kehilangan itu ada. Selalu mimpi yang bukan-bukan. Pernah juga mimpi keguguran. Namun aku harap semuanya dipermudahkan..amin. Minggu 13 pada 28/8/12 first checkup aku kat Klinik Taman Sentisa. Pergi buka buku merah tu. Tahap kesihatan, Alhamdulillah semuanya OK tapi HB aku rendah iaitu 10.3gm%. Sepatutnya kena lebih daripada 11gm%.  Esoknya aku kena pergi lagi untuk ambil darah. Result belum dapat lagi.

Minggu 14-15
Alhamdulillah, minggu ni selera makan dah bertambah. Setiap 4 jam kena makan. Takut jer berat badan naik..Muntah n loya-loya pun sudah berkurangan. Tapi nak makan vitamin yang nurse bagi tu punya la siksa. Tak sukerrrrr...huhuhu...Asid folid Ok aku boleh terima. Vitamin B Complex n Iron tu yang susah nak telan. Sampai termuntah-muntah. Mula-mula makan iron tu tak baca betul-betul kesan nyer yang bahan buangan kita akan bertukar warna. Terkejut la juga bila tiba-tiba bahan buangan menjadi warna coklat-coklat kehitaman...hehehe. Pastu siap sembelit lagi. Rupa-rupanya memang begitu...huhu..Aku perasan aku akan rasa nak muntah or memang akan muntah pada hari yang aku makan iron. Last-last aku skip. Tengoklah next checkup macam mana. Harap HB aku naik lah. Nak minum susu rasanya masih tak mampu lagi. Minggu ni juga, kaki sebelah kiri kadang-kadang sakit...seperti terseliuh tu. Nak jalan pun sakit..Mungkin kekurangan kalsium. Dari mula pregnant sampai la sekarang, buang air kecil sangat la kerap. Sampai malas nk pergi toilet tapi kalau tahan-tahan sakit kat ari-ari pulak. 

EMOSI
Baca buku-buku pasal pregnant memang lah cakap emosi wanita pregnant ni memang mudah tersentuh. Yes, aku akui. Yang pelik tiba-tiba nak nangis.. Tapi Alhamdulillah setakat ni aku tak lah sensitif dengan kata-kata orang ker, nak marah kat orang ker macam tengah PMS. Itulah cuma bila sepi itu muncul dan teringatkan HZ laju jer air mata nak keluar.. Makin lama makin berat rasanya penangan PJJ nih... 

Saturday, September 8, 2012

Catatan Kehamilanku (Minggu 1- Minggu 8)

Alhamdulillah ketika entry ini ditulis aku sudahpun pregnant 15 minggu... Niat dihati nak menulis setiap bulan pengalaman yang dirasai ketika mengandung ni. Yerlah untuk ingatan ku lepas-lepas ni. Kalau tak tulis nanti lupa pulak.

Minggu 1-5
Masa ni tak tahu lagi aku dah mengandung tapi  memang berharap pun ada janin dalam rahimku. So selalu main-main dengan adik-adikku kalau kena angkat berat sikit buat alasan ada baby dalam perut. Masa ni aku tak perasan aku dah mengandung sebab tak muntah-muntah or loya-loya ker. Cuma yang perasan aku makin kuat makan dan kuat tido...memangla dua ni habit aku pun tapi makin menjadi-jadi pulak masa ni sampaikan dah rasa berat badan naik dan pipi pun mula menembam. Lepas tu rasa letih daripada biasa. Bila puasa petang tu dah lembik macam budak-budak baru nak belajar puasa. Bila period lewat datang dah tak sabar nak buat pregnancy test. Tapi HZ cakap tunggu la lepas seminggu. Tapi masa ni aku dah siap cakap-cakap dengan baby lagi...:). HZ  & Tim siap mimpi aku dah pegnen so aku suruhlah Tijah beli pregnancy test tu dekat Guardian. Dah ada test tu takut-takut pulak nak test takut kecewa kalau tak pegnen. Alhamdulillah naik 2 garis. Syukur sangat-sangat. Tapi masalah lagi, macam percaya dengan tidak pulak. Tak sabar nak pegi scan pulak untuk konpemkan. Masa hantar Ajad kat Kolej Politech MARA jumpa Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, so  pegilah situ bersama-sama adik aku dengan harapan nak scan. Bila jumpa Doktor, doktor cakap awal lagi tunggu lah seminggu dua lagi. 

Minggu 6-8
Bermulalah simpton-simptom biasa wanita pegnen. Muntah-muntah, loya-loya, pening-pening, tak boleh bau makanan, tak boleh memasak, tak boleh bau wangi-wangi...semualah. Selera makan dah berkurang. Tengok makanan pun rasa nak menangis..Jadi seorang yang sangat pemalas nak buat kerja-kerja rumah. Kesian Tijah buat kerja sorang-sorang, aku tido jer.  Masa nilah aku sangat-sangat sedar hebatnya seorang ibu. Ketidakselesaan tubuh badan, letih, muntah dan macam-macam lagi menunjukkan betapa seorang wanita itu seorang yang kuat. Teringat kat mak...melahirkan 9 orang anak, pernah keguguran 3 kali, kematian anak dalam perut sekali...tapi aku tak pernah dengar pun mak mengeluh...mak memang hebat!. 
Masa ni juga start Ramadhan. Ujian di hari pertama berpuasa sangat mencabar juga. Angin menyerang badan. Datang kerja pun tido jer. Tapi Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk aku puasa Ramadhan ini...Mesej HZ juga beri kekuatan untuk aku puasa penuh.

Selamat berpuasa jgk untuk dinda tercinta.. Kali pertama dinda dpt puasa penuh bulan ramadhan kn.. Hrp tabah beribadat kpd Allah n semoga Allah mempermudahkan segalanya. Abg pn mohon maaf jk ada salah n silap slama kta bersuami isteri......(untuk bacaan umum sikit jer lah...hehe)

**Bukan kali pertama la puasa penuh, masa kecik-kecik kan puasa penuh jugak...

Seminggu aku cuti balik kampung...saja nak luangkan masa di kampung dengan mak n abah. Lepas kahwin dah lama tak cuti seminggu macam selalu. Balik kampung kejap-kejap jer. Tak sempat hirup udara sungai jejawi dengan banyaknya. Balik kampung lagila tak buat kerja. Semua mak yang sediakan. Mak kan faham orang tengah mabuk...:) 

Akan bersambung...


Thursday, August 23, 2012

Bila rindu menerjah

I miss my husband very much...:( . HZ masih di Kelantan, aku pula sudah kembali menjalankan tugas. Ok je kena kerja sebab aku dah puas hati dapat beraya di Selangor-Perak-Kelantan-Terengganu dalam masa 4 hari. Betul agaknya Prof Muhaya cakap, isteri yang suka muntah-muntah ni kurang kasih sayang suami. Hari ni dah 3 kali aku muntah. Dengan angin dalam badan yang mengganggu lagi...rasa tak bermaya jap.   Marathon raya hari tu ok jer walaupun banyak beraya di atas jalan raya. Tak der pula nak muntah-muntah dan angin berlebihan cuma letih sikit la.

Dari pagi dok tahan-tahan akhirnya airmata kerinduan tertumpah jugak...huhuhu...tabahlah wahai hati...

# I really miss you HZ #

Friday, August 17, 2012

RAYA

Pendahuluan
Hampir 3 bulan rupanya aku tidak menulis blog. Bukannya tak der cerita tetapi malas sangat-sangat. Hari ni terasa rajin sikit nak menaip. Raya tahun ni aku dah bersuami...suker3..Alhamdulillah...raya tahun depan dan beranak kot..InsyaAllah. Tahun lepas beraya di Jepun tahun ni di Malaysia. Best juga dapat merasa raya di negara orang. Kesedihan dan kesyahduan tu tetap la ada sebab kita manusia kan...berperasaan but mesti handle dengan baik..:)

Mood Raya
Mood raya haruslah sudah ada tetapi masih bekerja dan esok malam pun akan bekerja. Tetapi rasa senang hati jer sebab HZ ada menemaniku...hehehe..kat Gong Kedak dulu pun kalau kena keje raya ada jer adik-adik aku yang sudi menemaniku. Bersyukur sangat... Balik lambat-lambat kebaikannya tak payah kemas rumah dan masak...hahaha...bagi geng-geng bujang masak. Tapi seandainya diberi pilihan mestilah kita nak balik awal dan merasai kemeriahan sambutan dekat-dekat nak raya tu. Tetapi bersyukur apa yang kita perolehi.  

Giliran Beraya
Alhamdulillah perkara ini tidak menjadi masalah besar kepada pasangan MH. HZ ikut jer. Aku pun tak kisah nak beraya dimana asalkan gilir-gilir dan adil. Cuma ada masalah kecil pada permulaannya jadual kerja dan rumah siapa dulu memandangkan ini raya pertama kami. Mak pulak suruh raya  rumah mertua dulu. Memanglah kalau diberi pilihan mestilah mak nak anak-anak dia raya bersama kan. Tapi itulah mak, dia tak nak besan dia rasa sedih kalau anak lelakinya tak balik..touching jap dengan keluhuran hati mak. Allah dah tentukan yang terbaik.. Mulanya plan lain tapi jadi plan lain yang lebih baik. Aku dapat balik kedua2 kampung dan boleh pergi majlis bertunang kawan baik aku lagi..Alhamdulillah.

Baju Raya
Buat sehelai jer baju, kain yang mak mertua bagi masa kawin hari tu. Adik-adik aku pun ramai yang tak buat baju tahun ni. Semua nak pakai baju masa kenduri kawin aku hari tu. Bagus betul jimat budget kan. 

Kuih Raya
Tahun ni order kuih raya paling sikit kot. Rajin nak buat sendiri dengan adik-adik. Adalah dua tiga jenis kami buat.

Duit Raya
Selagi tak habis raya asyik main duit raya jer dengan adik-adik aku. Tengok sapa lebih tebal. Suka nak bagi duit raya ni. Bila orang gembira dapat duit raya hati kita pun gembira juga kan. Kalau orang nak bagi duit raya kat aku lagi best...:)

Penutup
Macam panjang dah entry aku ni. Oklah dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Kudoakan semoga perjalanan semua orang berjalan lancar dan dipermudahkan. Berhati-hati ketika memandu, ingatlah orang yang menyayangi kita. Salam Aidilfitri!

 ~e-card raya tahun ni created by my orang kg, Cik Siti Baizura Mat Said...TQ org kg..~