Thursday, December 12, 2013

Hasbi Wafi : 9 Bulan

Tak banyak yang ummi nak cerita. Wafi tak boleh merangkak lagi, dok tonggek-tonggek bontot jer. Dah bising mulutnya peramah macam abi. Ummi cuba bagi Wafi susu kambing (Suffy goat) pula masa ni. Wafi memang suka dan minum lebih banyak dari biasa.  Dan sekali lagi nak masuk 10 bulan Wafi demam. Demam panas suhu dalam 38 nasib baik dalam dua hari jer...Alhamdulillah. 

Ibu tersayang dan anak tersayang
MIL tersayang dengan anakanda manja kededek
Tak padan dengan kecik nak main dengan budak besar
Cuti-cuti Malaysia ke Langkawi kita ...:)
Sejuk mata memandang wajah suci ini...

Saturday, November 9, 2013

Hasbi Wafi : 8 Bulan

06/10/2013 genaplah usia putera ummi ni 8 bulan. Terasa nak baby baru tapi fobia nak beranak...macam mana nih...hehehe. Kemanjaan tuan putera sangat menjadi-jadi. Tengok ummi bangun ke jauh dari dia ke mula nak nangis. Kadang-kadang rasa geram jugak tapi banyaknya rasa bangga dan best sangat sebab Wafi sayangkan ummi, Wafi nakkan ummi. Masa kecik ni la anak nak bertempek kat ummi dah besar semua dah ada hal sendiri. So enjoy this moment. Inilah caranya ummi membuang rasa letih dan penat bila Wafi asyik nak dukung or nak dengan ummi jer. Dengan abi pun, kalau nampak abi mula nak menangis sebab nak suruh abi dukung. Ummi memang dah tak berapa daya nak dukung Wafi lama-lama sebab dah rasa berat. Tapi kan masa checkup 8 bulan berat Wafi masih kurang means kalau kat chart berat baby tu dah warna kuning. So bulan depan kena pegi klinik lagi untuk timbang. Ummi taklah risau sangat sebab Wafi makan semua ok mungkin sebab Wafi ni lahir pun 2.015kg so tak der lah nak naik lebih sangat lagi.
Tunjuk body sikit...hehehe
Awal lagi dah pandai pegang botol sendiri, walaupun minum sikit sangat. Sekali bancuh 2 oz jer

Ummi perasan sekarang ni Wafi tido 2-3kali waktu siang. Malam pula akan tido around pukul 7-10malam. Waktu malam akan bangun 3-4kali untuk menyusu dan dekat-dekat waktu subuh bangun nak suruh dukung kejap. Kalau tak angkat dia akan menangis. Angkat letak kat bahu kejap sambil gosok-gosok barulah boleh letak balik. Dah try menongek-nongek nak merangkak pulak. Sikit lagi sayang. Lepas ni lagi ligatla ummi nak kena kejar Wafi si mata bulat.
Anakku sayang
Suker tengok dua lelaki kesayanganku tidur...hehe
Umur 8 bulan 3 minggu, 2 batang gigi bawah sudah tumbuh. Time ni la mencabar sebab Wafi suka gigit b****t ummi. Masa tak der gigi bolehlah ummi senyum sekarang kena marahlah. Bila kena marah pandai pulak nangis. Dia insaf jap pastu gigit balik. Sakit woooo. 

Dua gigi pertama yang tumbuh
Ni pulak stroller Wafi. Beli setelah umur Wafi 8 bulan. Masa kecik-kecik dulu ada guna yang Aryan sekali dua lepas tu dukung je banyak. Malas nak mengangkat stroller yang besar dan berat. So, ni ummi yang pilih Maclaren globetrotter. Berat hanya 4.7kg sesuai untuk baby 6 bulan ke atas. Dah survey harga macam kat stroller world paling  murah sebab ada diskaun iaitu RM499. Beli ni pun sebab memikirkan nak bercuti ke Langkawi. Wafi tak suka duduk dalam stroller kalau tak bergerak. So bila letak je dia dalam stroller ni kena pastikan bergerak sampai la dia tido.

Black or Red...pastilah ummi pilih TRW ..:)
Posing ngan anak teruna & his new car ..:p
Ok ini pulak baby walker. Wafi memang suka naik baby walker ni. Siap kejar ummi lagi. Baby walker ni memang banyak membantu ummi jugak lah. Bolehlah masak cepat-cepat sambil letak Wafi dalam ni. Beli walker ni lepas beli stroller tu. Alang-alang dah beli stroller kat Puchong, kitaorang pun test drive kat IOI mall Puchong then berkenanlah dengan walker ni kat JUSCO. Nasib baik ada diskaun jugak RM149.90 kalau tak silap harganya.
Abang Yan pun nak cuba gak...asyik Afiy je naik.

Bila dah ada anak ni fikirkan anak jer kan. Barang-barang persendirian kita pun dah kurang membeli. Lebih teruja dengan barang baby. Begitulah ibubapa kita dulu. So hargailah jasa kedua ibu bapa kita. To Hasbi Wafi, Ummi sayang sangat-sangat kat Wafi. Apa yang ummi harap Wafi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. 

Nak masuk jer 9 bulan, Wafi demam. Ummi nyaris bawa pegi hospital dah tapi Alhamdulillah suhu kembali ok. Dua hari juga Wafi demam. Menangis dan tersangat la manja. Malam-malam kena dukunglah. Demam nak berubah bulan rupanya.

Menangis pulun!
 
Wafi yang ceria bersama ummi dan acik





















Wednesday, October 30, 2013

Welcome Ammar Hijazi

Alhamdulillah anak saudara baru selamat dilahirkan pada 13 Oktober 2013 dengan berat 2.91kg di Hospital HUKM. Ammar Hijazi ni adik kepada Aryan Haris. Maksud nama Ammar adalah yang memakmurkan, yang kuat iman, yang lemah lembut percakapan, nama sahabat. Manakala maksud nama Hijazi adalah kebersihanku. Pembersih la Ammar ni mengalahkan abangnya Aryan yang memang sangat pembersih.

Ammar selepas dilahirkan-di hospital HUKM
Masa ni dah berumur 13 hari
Sedapnyer Ammar tidur

Interprem sikit ngan Ammar ..:)

   
Cilok pic editing by Mak Tam
Semoga Ammar membesar menjadi anak yang soleh. Nanti Ammar sekolah sama dengan abang Wafi. Semasa Ammar dilahirkan abang Wafi dah ligat bergerak kesana-sini. Cepat-cepatlah besar boleh geng dengan abang wafi...:)

Monday, October 7, 2013

Hasbi Wafi : 7 Bulan

Finally, Wafi, ummi dan abi telah menjumpai rumah sewa untuk kami sekeluarga. Susah betul nak jumpa rumah sewa sekarang ni. Hampir stress ummi (memang dah stress dah weh). Cepat masa berlalu Wafi dah 7 bulan. Ummi bersyukur sebab dikurniakan Wafi. Ummi gembira adanya Wafi. Setiap keletah Wafi menggembirakan hati ummi. Wafi dah pandai main-main.


 ~Tepat 7 bulan-06 September 2013~


~Guling-guling saja~
Wafi makin suka berguling-guling sekejap jer dah di luar kawasan. Sekarang ni dah pandai tiru bunyi yang simpel-simpel contohnya " ehem-ehem". Kalau dia bersin pulak mesti dia senyum. Lagi satu perkara yang akan buat Wafi senyum adalah masuk bilik air. Tak pernah lagi kot menangis dalam bilik air. Suka sungguh mandi tak macam ummi dia ni takut air...hehehe.  Hmm sejak pindah rumah ni ada lif so bila pintu lif terbuka jer Wafi pun suka senyum. Suka sungguh naik lif.


 ~Anak tak tido abinya yang tido~

Setelah ateh dan atam kembali belajar, ummi jadi ibu dua anak. Jaga Wafi dan Aryan. Hmm  satu pengalaman yang baik untuk menjadi penanda aras Wafi dah boleh ada adik ke belum...hehehe. Jaga dua-dua budak ni kena banyak sabarlah dengan si abang bila kacau si adik tu. Lepas abang dah tido baru lah boleh buat apa-apa yang patut sebabnya abang tido lama namun kena pastikan adiknya jugak tido. Kalau adik tak nak tido uli lah si adik pulak. Tapi rasanya ok jer jaga dua-dua tak penat sangat cuma tak dapat memasak dan kemas rumah.

 ~Main lumba-lumba dengan abang Yan~


 ~Lega bila dah dua-dua tido :) ---me time!~

Sementara tunggu acik gemok kau pulak habis hujung bulan 9 untuk jaga Wafi dan Aryan, en HZ balik kampung amik my MIL (mek) untuk jaga Wafi. So ini Wafi sangat manja dengan neneknya sebab nenek rajin dukung. Nampak mek jer mula dia angkat-angkat badan suruh mek dukung. Mek pun memang rajin suap makan mandi semua. Memang banyak la masa ummi berehat time ni...hehehe. Mula-mula pindah rumah ni Wafi deman sikit..selsema. Kesian dia hidung tersumbat tapi tidaklah terlalu meragam. Ummi sapu vicks jer tak bawa pergi klinik pun sebab nampak tak teruk. Ummi BF kerap-kerap. Susu ummi pun dah makin berkurangan. Nasib baik lah Wafi senang makan. Nasi, biskut, epal dan macam-macam lagilah ummi suap. Susu formula dah start minum sikit bila mek bagi. Masa umur 7 bulan ni tak der checkup tak sabar ummi nak tau berat Wafi. Dah rasa makin montek sebab kuat makan kan. Wafi tak poo poo tiap-tiap hari. 2-3 hari sekali. Sekali poo poo tu banyak jugak lah tak padan dengan kecik.


 ~Hantar Tok, Tok Wa, Tok Su, Pak Long dan Mak Njang nak pergi Haji~

 ~Bergambar dengan Tok Su pulak...Harap Wafi, ummi dan abi pun dapat pegi nanti~

 Selepas mek balik, Wafi kena duduk dalam car seat untuk ke rumah UM, mengamuk-ngamuk tak nak duduk tapi akhirnya tido jugak~

 ~Macam biasa kalau shopping jer tido. Masa ni kat TESCO--Hanya bangun time ummi nak bayar...:)~

~Muka cari gaduh...hehehe~

Masalah rambut ummi yang keguguran sejak Wafi suka buat buih-buih pun dah semakin berkurangan. Dah nampak anak-anak rambut yang baru nak tumbuh. Alhamdulillah...sebelum ni risau jugak ummi tengok kat lantai bilik dan bilik air banyak betul rambut ummi yang gugur. Kepala pun dah rasa nak botak...huhu. 


Psttt: Tak banyak pic Wafi sebab atam tak der..atam jer suka photoshoot ni!

Sunday, October 6, 2013

Hasbi Wafi : 6 Bulan

Alhamdulillah Wafi dah 6 bulan means ummi dah boleh suap solid food kat Wafi. Ummi risau sebab masa checkup Wafi 6 bulan berat badan dah kurang. Masa Wafi 5 bulan kan berkira-kira nak beli buai tapi masuk 6 bulan je Wafi tido bawah tak nak atas buai lagi. Kalau dok dalam buai pun untuk rehat-rehat seketika. Makin seronok main-main dengan Wafi. Dah sangat pandai bertindakbalas dengan kita. Senyumnya sangat menawan. Sebab tu la hati selalu teringat kat Wafi ni. Yang membuatkan ummi suka sangat bila Wafi tengok ummi jer terus excited nak datang kat ummi. Dah start kenal orang lah tapi still boleh lagi orang yang dia baru kenal dukung cuma tak berapa gembira...:)

 ~Senyumanmu yang menawan~


 ~Owh menangis pun pulun~

Bila meniarap tak pandai nak bergerak lagi yang dia pandai guling-guling badan. Tido malam pun dah tak tetap posisi. Tengok-tengok dah tak ada kat sebelah. Ummi bagi Wafi makan bubur nasi dan biskut baby. Wafi ni tak suka makanan yang terlalu hancur contohnya kalau blend bubur nasi tu sampai hancur dia tak berapa suka tapi kalau ummi lenyek-lenyek je semangat dia makan. Makanan yang dah letak dalam peti ais pun dia tak berapa suka. Yang paling suka makanan kita makan. Letak sikit kat mulut dia terus makan. Bagi dia rasa sikit-sikit jer tak la berani nak bagi banyak-banyak tak elok untuk baby kan.

 ~Keakraban dua sepupu terus berkekalan~

 ~Jalan_jalan pusing UM---masuk kereta terus tido~


Abang Yan pulak sekarang ni dah masuk 2 tahun. Hmm makin bijak berkata-kata dan suka membaling barang. Kena banyak bersabar dengan dia terutama ayah yan lah.

 ~Nak g jalan-jalan lagi---dua budak yang memang kuat berjalan~

 ~Apa lagi sejuk aircond dan kereta bergerak tido lah kerjanya Hasbi Wafi~

 ~Main-main dengan abang Yan~

 ~Tuan Putera nak pergi jalan-jalan tapi dah mengantuk pulak~

 ~Dah penat dukung bagi naik walker~

 ~Wafi banyak mengajar ummi lebih menyayangi dan menghargai tok~

~Pegi jalan-jalan lagi dengan ateh dan abang Yan~

 ~My lovely family~

~Wafi, abi dan Ummi---kami suka bila abi ada bersama~

Wafi suka sangat angkat-angkat kaki dan goyang-goyangkan kaki dia. Itu tandanya dia gembira.Tido makin senang dan kerap dah. So ada lah masa ummi memanjakan diri sikit...hehehe. 

Layankan video Wafi