Wednesday, February 25, 2009

Mataku ketumbit...huhuhu

Petang ni aku bercakap dengan achik setelah sebulan lebih tak bercakap dgn dia...Tak bercakap tak semestinya bergaduh kerana kami stil mesej. Aku sedih kami tak serapat dulu lagi..Aku terasa aku kehilangan best fren aku sejak 19 januari 2009...Aku call pun sbb tlg isikan KPLI dia.Aku harap dia dapat KPLI tahun ni..Aku tak suka dia dok kat kilang tu lama2 kerana aku tahu dia tak pandai membawa diri kat situ...

Mata aku hampir 2 minggu ketumbit...ni pun still ada lagi aku harap cepat sembuh..Ketumbit ujian Allah sikit ni pun untuk aku dah buat aku lemah..Aku hilang keyakinan ngan orang...Bila aku fikirkan orang yg dekat palestin tu lagi la cedera teruk tapi semangat diorang sgt kuat... Penyakit jugak penghapus dosa..Ini mengingatkan aku yang gatal tangan cuba mengsearch foto EL&^*&*^^* kat Youtube yang heboh baru2 ni..So aku insaf...sakit ini ada hikmahnya...(tapi aku tak berjaya nk tgk gambar tu yer)...

Aduss tak der idea nk mengarang lagi..Cukup la setakat nk update blog yang dah berabuk n bersawang ni juga tatapan siti rahimah yang tak sabar2 nk baca entry baru aku..:P