"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya setitis air mata."
Monday, May 16, 2011
Mencari Tsunami
Sunday, May 8, 2011
Ahmad Husin
Saturday, May 7, 2011
Selamat Hari Ibu
Serangkap lagu dari Siti Nurhaliza-Air Mata Ibu
Selamat Hari Ibu untuk mak saya, untuk mak-mak sedara saya dan ibu-ibu di seluruh dunia. Pengorbanan mak sangat lah besar tak terbalas. Mak sayalah satu-satunya wanita yang bila saya tanya sakit bersalin jawapannya tidak menakutkan. Kata mak seronok pulak beranak sorang-sorang, yang susah sikit pun anak sulung sebab tak tau gaya lagi. Sebab tu sayang pun lebih kat anak sulung.
Mak saya pemikirannya agak lain daripada orang lain. Mak saya seorang yang positif. Mak seorang yang sederhana. Mak tak pandai memasak sangat, tak mengemas rumah beriya tapi suka menyapu sampah dan bercucuk tanam di luar rumah, tak suka membeli belah dan macam-macam lagi yang lain daripada ibu orang lain. Tapi sikap mak ni lah yang buat mak special. Yang buat anak-anak mak berdikari lebih dari anak-anak orang lain. Terima Kasih mak.
Duit yang mak dapat hanya untuk anak-anak. Tak pernah pun fikir untuk dirinya. Kalau nak beli barang kemas pun untuk anak-anak juga. Berapa kali sangat mak beli kain pasang untuk dirinya, kalau belipun sebab kasihan pada peniaga. Mak keje kutip biji kelapa dulu penat-penat duit untuk kami belanja sekolah. Mak tak malu pegi pinjam duit untuk bayar yuran sekolah kami. Mak jual pinang kering duit untuk anak-anak juga. Terima Kasih mak.
Kasih mak tiada berkesudahan. Bila kami dah besar pun mak masih risaukan kami. Masih teringat masa saya sembelit dulu, mak yang bagi petua itu dan ini dan temankan ke klinik. Masa abang lepas operation mak beriya nak pegi tengok. Sekarang bila Nah pregnen makan tak henti-henti mak risau juga. Mak kesian bila tengok muka Latif sebab tu asyik bagi duit kat Latif je and selalu pesan tanya Latif ada duit ke tak. Terima kasih mak.
Mak tak suka berjalan dan cepat penat bila berjalan jauh. Tapi sebab anak-anak mak, mak kuatkan diri. Menantu mak semua jauh-jauh. Seorang dari Johor seorang lagi dari Kelantan. Tapi maklah orangnya yang kami bawa ke Johor dan Kelantan. Kadang-kadang mak minta excuse cakap penat tapi kami paksa jugak sebab tak manis kalau mak tak pergi…maafkan kami mak.
Mak tak pandai soal-soal pelajaran anak-anak. Yang mak tau dapat A banyak. Lulus atau gagal. Mak tak pergi sekolah untuk acara-acara yang sekolah anjurkan. Tapi doa mak tak putus. Setiap kali nak exam saya akan telefon mak, suruh doakan dan Alhamdulillah hati saya lebih tenang lepas telefon mak. Adik saya hafiz, agak malas belajar dan suka melepak tapi mak selalu cakap positif, “adik dah rajin sekarang ni, dah tak keluar malam”. Saya tahu Hafiz akan berjaya juga sebab doa mak.
Oklah kalau bercerita soal mak mesti tak habis. Saya berdoa agar saya menjadi anak yang baik yang sentiasa mengingati kedua ibu bapa tak kira dimana saya berada dan walaupun saya berkahwin nanti.
Dari Abdullah Umar RA berkata:
Rasulullah SAW bersabda “Keredaan Allah adalah di bawah keredaan kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah di bawah kemurkaan kedua-dua ibu bapa.” (HR Tirmizi dan di tashih oleh Ibnu Hibban dan Hakim)
"YA ALLAH YA TUHANKU,Ampunkan lah dosa-dosa kedua ibu bapaku, berkatilah kedua mereka, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka untuk membuat amal kebaikan, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka..Amin yarabillialamin. …”
Friday, May 6, 2011
Pencarian cinta
3 Mei 2011 – Cinta memang indah. Kata orang cinta itu buta. Cinta itu berasaskan hati. Kadang-kadang cinta turut membinasakan manusia. Oleh itu kami berempat (Teep, Tim, Cigdem dan Aku) decide untuk mencari cinta LOVE di Shinjuku. Pencarian cinta LOVE pun bermula seawal 9.30 pagi. Namun tak semudah disangkakan kerana setibanya di Stesen Tsukuba Express, our coordinator tertinggal purse pula. Can’t believe Atifah become Tsunami behavior…P
Kami naik Tsukuba Express and then turun di Akihabara. Dari Akihabara ambil train ke Shinjuku. Untuk mencari cinta LOVE perlu WEST EXIT ok. Kemudian tengok signboard Hotel Hilton. Perjalanan ini membawa kami menyelusuri terowong. Di sebelah kanan nampak kedai buku yang besar. Sehingga tamat terowong nampaklah kami bangunan-bangunan yang tinggi. Apa lagi, lupakan sekejap pada cinta LOVE, posing la dulu. Lepas tu masuk lagi dalam bangunan and keluar balik untuk mencari cinta LOVE. Setelah menempuh onak dan duri akhirnya kami berjumpa dengan cinta LOVE. Inilah cinta LOVE yang saya maksudkan…Indah kan.
~Red "LOVE" statue~
Di bahagian barat Shinjuku memang terkenal dengan bangunan pencakar langit. Nasib baik la hari ni cuti kalau time lunch hour kawasan ini memang sibuk sebab banyak bangunan-bangunan pejabat disini. Antara bangunan yang terdapat disini adalah “Tokyo Metropolitan Government Building”. Bangunan ini adalah bangunan keempat tertinggi di Jepun dibina pada tahun 1990. Kami tak terpikir pulak nak masuk dalam bangunan ni. Boleh nampak gunung Fuji dan pemandangan Yokohama yang indah dari bangunan ni ketika cuaca baik. Dan banyak lagi bangunan-bangunan…boleh dapat information dari SINI.
Trip sangat best walaupun letih kaki berjalan. Puas bergambar...:)
Sunday, May 1, 2011
Kasumigaura Comprehensive Park
30 April 2011-Satu lagi tempat kami jejaki di Ibaraki - Kasumigaura Comprehensive Park
Ni gara-gara semangat Teep yang tinggi untuk mencari bunga Tulip. Sepatutnya minggu lepas lagi kami nak pergi tapi disebabkan cuaca mendung dan hujan, terpaksa lah ditangguhkan. So bila pergi semalam bunga tulipnya sudah hampir layu.Tapi, kami tetap hepi tengok bunga2 tu dan juga persekitaran tasik Kasumigaura.
Tasik Kasumigaura adalah tasik kedua terbesar di Jepun, terletak di bandar Tsuchiura wilayah Ibaraki dan 60 km daripada timur laut Tokyo. Tasik Kasumigaura sebenarnya adalah nama yang diberikan kepada sekumpulan tasik-tasik iaitu yang meliputi tasik utama, tasik Nishiura dan dua tasik yang lebih kecil iaitu tasik Kitaura dan tasik Sotonasakaura. Terdapat juga sungai yang menghubungkan tasik-tasik tersebut. 45% tanah sekitar tasik adalah landscape semulajadi yang menjadi tarikan kepada pelancong dan 43.5% adalah tanah untuk pertanian.
Tasik ini dahulunya terkenal sebagai kawasan penangkapan ikan secara tradisional pada zaman Edo. Hari ini, Tasik Kasumigaura digunakan untuk memancing, pengairan, pelancongan, rekreasi dan untuk peminat-peminat sukan air. Air yang kami minum setiap hari pun berpunca dari tasik ini.
sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Lake_Kasumigaura