Alhamdulillah selesai satu...Semoga urusan seterusnya dipermudahkan dan diberkati olehNya...amin
"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya setitis air mata."
Thursday, March 22, 2012
Monday, March 5, 2012
Duit lagi Muharram ni...
Hari sabtu 25 Februari 2012 saya dan Siti Khatijah dengan semangatnya membawa Muharram ke Melaka jalan-jalan ke rumah mertua abang. Tujuan utama nak tengok my new nephew. Muhammad Afham Darwisy. Muhammad yang terpuji...Afham maksudnya yang pandai...Darwisy pula nama ahli tasawuf. Comel macam saya baby boy itu...hehehe.
Esoknya ahad dah nak balik sebab malamnya keje syif malam. Yang sedihnya Muharram buat hal lagi..baru jer baik...sedih...sedih.. Kali ni tingkap belakang tak boleh tutup (standard la kan kereta PROTON). Sebabkan cetek ilmu mengenai kereta kena la RM70 untuk tukar suis kereta yang baru. Tukar kat kedai assesori kereta. Kata sepupu saya suis tu kena tengok dulu kadang-kadang kena lap-lap atau asah sikit-sikit dekat dia punya tembaga tu. Tak perlah asalkan selamat dah ok la. Kalau tak tutup tingkap naknyer hujan bahaya juga. Kalau kena air hujan jer tak per lagi cuma takut ada lightning and thunderstorms...tak ker haru. As meteorologist (meteorologist la sangat kan...huhuhu) yang ada berceramah pasal lightning and thunderstorms ni cuak la juga kalau terlihatkan fenomena ini...
Esok nak pegi tinted si Muharram ni pula..InsyaAllah... Percaya atau tidak dah lima tahun beli Muharram esok baru nak tinted...hehehe...dah habis updated pasal Muharramku...
Friday, March 2, 2012
Wasathiyyah dalam Gaya Hidup
***KESIMPULAN tentang Wasathiyyah dalam Gaya Hidup yang di ambil dari buku MANHAJ FIQAH WASATHIY - Kertas Kerja Konvensyen Fiqh Ummah 2012 yang diadakan pada 18-19Februari 2012 di PWTC.
Hasil daripada perbincangan berhubung wasathiyyah dalam kehidupan yang sempurna, dapatlah disimpulkan beberapa perkara penting sebagai garis panduan dalam menjalani kehidupan yang bersifat kesederhanaan atau dengan erti kata lain wasathiyyah dalam gaya hidup. Ia adalah seperti berikut:
i. Islam merupakan agama yang membentuk generasi yang bersifat kesederhanaan. Ini bermaksud umat Islam dilarang untuk melakukan sesuatu yang luar daripada kemampuan mereka. Selain itu, mereka juga dilarang daripada keterlaluan dalam menikmati kenikmatan dunia yang pasti hanya bersifat sementara. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa mengamalkan konsep wasathiyyah dalam kehidupan. Jika ia dapat dilakukan dengan baik, umat Islam tidak akan kelihatan terlalu mundur dan tidak pula dilihat sebagai golongan yang keterlaluan dalam menongkah arus kemodenan.
ii. Sikap kesederhanaan merupakan sunah nabi SAW dan para sahabat r.hum. Namun, jangan pula ada kalangan umat Islam yang cuba mengeksploitasikan kesederhanaan Baginda itu sehingga menampakkan Islam itu agama yang kolot yang tidak bertamadun. Maka dengan itu, memahami nas dan sunah Nabi juga perlu dilakukan dengan berhemah dan sederhana. Tidak terlalu ekstrem atau tidak terlalu mengendahkannya. Biarlah ia dalam bentuk pertengahan.
iii. Anggaplah Islam ini satu agama yang sederhana dan sempurna. Tidak terlalu menyusahkan dan tidak pula terlalu mudah sehingga boleh diperkotak-katikkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
iv. Sesiapa sahaja yang beranggapan bahawa Islam adalah agama yang hanya perlu menumpukan kepada ibadah solat dan zikir di tikar sembahyang semata. Atau dengan kata lain umat Islam harus miskin, fakir, selekeh, kotor, tidak bergaya, busuk dan sebagainya, sesungguhnya pandangan seperti itu sangat tersasar jauh daripada kebenaran.
v. Oleh sebab itu, Islam tidak pernah melarang umatnya daripada berkahwin, bermewah-mewah dengan pakaian atau aksesori yang berjenama, bercantik-cantik dengan alatan-alatan tertentu, kelihatan bergaya, kemas, kaya-raya dan menikmati kenikmatan yang dianugerahkan Allah kepada manusia di muka bumi ini. Anggaplah kesemua nikmat dunia yang wujud ini merupakan jambatan untuk menuju ke alam akhirat yang kekal abadi. Sekiranya kita pandai mengagih-agihkan nikmat itu ke jalan yang betul, maka beruntunglah kita di Akhirat kelak. Jika sebaliknya yang berlaku, maka tunggulah azab Allah yang amat pedih dan menakutkan. Inilah yang dinamakan wasathiyyah dalam kehidupan.
Subscribe to:
Posts (Atom)