Tuesday, December 25, 2012

Tanpa berfikir panjang Bandar Akademia menjadi pilihan kami...

Hari Selasa 11/12/2012 sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor kami (aku, HZ & SIL) keluarlah dari rumah dengan tujuan untuk survey rumah. Dah lama bertangguh nak survey rumah ni, masa asyik tak mengizinkan jer. Mula-mula tu kitaorang g area Bandar Kinrara then Puncak Jalil sambil on the way nak g Taman Teknologi Malaysia yang diwar-warkan opis JMM akan berpindah kat situ. Rumah-rumah kat sini memang boleh tahan harganya. Main juta-juta dah. Yang 2nd pun 300-400k.  So misi hari ini tidak berapa berjaya. Malam tu HZ nak beli baju so kitaorang pun pergilah WARTA kat Bangi. Kebetulan ada agen jual rumah. Bandar Akademia (BA) ni lah. Tengok punya tengok terbekenanlah dua laki bini ni akan rumah banglo di BA tu. So tanpa fikir panjang HZ terus bayar RM100 untuk booking Lot. Then decide nak tengok tanah tu hari Khamis 13/12/12. 

Hari Khamis 13/12/12 kami pun berjumpa dengan agen tu di Kajang untuk pergi tengok Tanah kat BA. Malam sebelum ni dah suruh adik-adik aku review pasal BA ni. Ada yang positif dan ada yang negatifnya tapi banyak yang negatif kata adikku + jauh dari KL. Dari Kajang set millage untuk ke BA. Lebih kurang 25KM jer tapi sampai dalam 45 minit sebab jem dan banyak traffic light kat Kajang tu. Kawasannya masih belum membangun lagi. On the way ke sana kena lalu kawasan-kawasan kampung, pokok sawit dan pokok getah. Tapi aku suka sebab suasana kampung gitu...sesuai dengan jiwa aku. 

Tanah asal yang kami booking kurang cantik so kami decide amik kat fasa 3D Lot LL2242 end lot. Tanah dia rata dan lebih tinggi. Kami pun setuju untuk beli tanah tu dan buat banglo 2 tingkat model SUMMERFIELD. So proses seterusnya adalah mengisi borang-borang dan membayar deposit RM3k. Kami decide guna loan gov aku sorang then balance yang tak cukup tu topup sendiri. Lagipun rumah ni dijangka siap lagi 3 tahun. Start bayar rumah pulak selepas 18 bulan atau 95% bila rumah siap (yang mana sampai dulu). So sempatlah nak kumpul duit sikit-sikit. Harga tanah ni adalah RM101,300.00 dan harga rumah RM295k. So total dekat-dekat nak RM400k jugaklah. Duit booking 3k tu agen cakap akan dapat balik bila rumah siap. Tapi diorang pegang dulu mungkin nak tambah apa-apa kos lagi seperti nak masuk elektrik dan air nanti. 

So sekarang kami tengah tunggu lawyer siapkan S&P. Semoga dipermudahkan...amin.

 ~Lot LL2242~

 ~Model rumah Summerfield~

~Antara rumah yang hampir siap~

Monday, December 10, 2012

Catatan kehamilanku: Minggu 24-27

Minggu 24
Minggu ni HZ start cuti sekolah tapi jumpa kejap je sebab dia nak balik kelantan dulu. I pulak kena keje     tak boleh nak cuti lagi. Jadual semua orang agak padat bulan ni. Hujung minggu tu naik flight ke Kota Bharu dijemput oleh HZ then terus ke Terengganu untuk majlis akad nikah Tim. Alhamdulillah sempat tengok majlis akad nikah Tim. Sekali lafaz jer dah bertukar status bff I tu...Alhamdulillah...Semoga diorang bahagia hingga ke syurga. Esoknya lepas kenduri kesyukuran Tim terus balik KL pulak sebab ahad nak kena keje day. Kaki first time bengkak time ni. Mungkin banyak jalan kot. 


~picture masa Tim kawin- 24 minggu~

Minggu 25
Minggu ni kena keje lagi 2 cycle lepas tu boleh cuti2 balik kelantan...hoorey..:). Minggu ni juga kena buat rutin checkup. Alhamdulillah Hb dah naik balik time ni tapi still di bawah 11gm%. I rasa dulu salah makan pil iron tu dengan pil kalsium serentak. Sebab tu la iron tak boleh diserap dengan baik.  Berat badan pun naik secara normal. My baby semakin aktif bergerak...Happy walaupun penat.

Minggu 26
Minggu ni balik Kelate. Time merehatkan diri. Tapi penat juga asyik travel jer. Sudahnya kat  Kelantan tak nak pegi jalan-jalan sangat. Nak dok rumah jer. Time ni makan buah dokong n rambutan dengan bestnya. Kadang-kadang terselit juga buah durian. Risaunya kalau next checkup nanti kandungan gula tinggi. Asyik makan n tido jer. Pipi pun dah mengembang dengan jayanya. Nasi kerabu, mee sup, nasi berlauk semua yang teringin nak makan kat Kelantan dapat dimakan. Sedap pulak tu..Mek pulak masak memang sedap. So memang makan jer la kejenya mak buyung ni.

Minggu 27
Perubahan fizikal terhadap diri semakin ketara. Pipi kembang, hidung kembang, badan pun dah mengembang. kulit I pun jadi semakin gelap siap ditumbuhi ruam-ruam kat dahi n badan..Kurang kecomelan disitu..Mulalah rasa hilang keyakinan diri kejap. Emosi mula kacau sekejap. Biasalah mula nak sentap dengan en. HZ. Dia tak tahu pun aku sorang-sorang je layan perasaan. Kejap je sentap dengan HZ lepas berjauhan sehari dah rindu mula lah insaf balik. Mungkin juga lama cuti so tak der masa membaca bahan-bahan yang positif..Lama juga tak baca status Prof Muhaya kat FB. Lama juga tak borak2 ngan my sibling n kengkawan. Minggu ni juga pergi kenduri adik ipar abang kat Melaka..Semoga mereka bahagia hingga ke syurga. Lepas ke Melaka keje night then balik kampung Perak pulak 4 hari. Balik kampung memang time untuk rehat lah. Mak ngan wa yang memahami perasaan wanita mengandung ni. Kata-kata mereka meredupkan balik hati mak buyung ni walaupun tanpa mereka sedari..Lelaki memang lah tak berapa nak faham wanita mengandung ni. Walaupun penat, letih n termengah-mengah masa ni tapi memang best mengandung for me. I love my baby n my mak. Sedikit demi sedikit lebih mengerti pengorbanan seorang ibu. Terima kasih mak. 


~Masa kenduri kawin kat Melaka - macam-macam mengembang..;)~