Showing posts with label Bandar Akademia. Show all posts
Showing posts with label Bandar Akademia. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Sign SPA untuk rumahku syurgaku

Akhirnya Darren (agent rumah BA) mesej & bagi tarikh untuk sign SPA & MOT pada 8 Januari 2013. Pergilah aku ditemani my sister Nah & Ajad ke Pejabat lawyer CS Tang & Co. Biasalah tebal juga la SPA dia. Kena sign untuk Tanah & Rumah. Baca-baca sikit then sign jer lah. Nak baca semuanya & nak memahamkan term-term lawyer ni kena jadi lawyer kot baru faham...huhuhu. So masa sign ni kena bayar RM2321.00. Bayaran untuk SPA & MOT ini rupanya ikut keluasan tanah juga..ye ker, ke ikut suka diorang nak letak berapa. Minta juga diskaun untuk beberapa term lagi tapi  tak berjaya daaa.. So bayar jerla. Next, tunggu diorang proses SPA ni lah. Katanya amik masa 2-3 bulan. Pastu bila dapat balik SPA ni kena apply loan goverment la kat BPP.


Tuesday, December 25, 2012

Tanpa berfikir panjang Bandar Akademia menjadi pilihan kami...

Hari Selasa 11/12/2012 sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor kami (aku, HZ & SIL) keluarlah dari rumah dengan tujuan untuk survey rumah. Dah lama bertangguh nak survey rumah ni, masa asyik tak mengizinkan jer. Mula-mula tu kitaorang g area Bandar Kinrara then Puncak Jalil sambil on the way nak g Taman Teknologi Malaysia yang diwar-warkan opis JMM akan berpindah kat situ. Rumah-rumah kat sini memang boleh tahan harganya. Main juta-juta dah. Yang 2nd pun 300-400k.  So misi hari ini tidak berapa berjaya. Malam tu HZ nak beli baju so kitaorang pun pergilah WARTA kat Bangi. Kebetulan ada agen jual rumah. Bandar Akademia (BA) ni lah. Tengok punya tengok terbekenanlah dua laki bini ni akan rumah banglo di BA tu. So tanpa fikir panjang HZ terus bayar RM100 untuk booking Lot. Then decide nak tengok tanah tu hari Khamis 13/12/12. 

Hari Khamis 13/12/12 kami pun berjumpa dengan agen tu di Kajang untuk pergi tengok Tanah kat BA. Malam sebelum ni dah suruh adik-adik aku review pasal BA ni. Ada yang positif dan ada yang negatifnya tapi banyak yang negatif kata adikku + jauh dari KL. Dari Kajang set millage untuk ke BA. Lebih kurang 25KM jer tapi sampai dalam 45 minit sebab jem dan banyak traffic light kat Kajang tu. Kawasannya masih belum membangun lagi. On the way ke sana kena lalu kawasan-kawasan kampung, pokok sawit dan pokok getah. Tapi aku suka sebab suasana kampung gitu...sesuai dengan jiwa aku. 

Tanah asal yang kami booking kurang cantik so kami decide amik kat fasa 3D Lot LL2242 end lot. Tanah dia rata dan lebih tinggi. Kami pun setuju untuk beli tanah tu dan buat banglo 2 tingkat model SUMMERFIELD. So proses seterusnya adalah mengisi borang-borang dan membayar deposit RM3k. Kami decide guna loan gov aku sorang then balance yang tak cukup tu topup sendiri. Lagipun rumah ni dijangka siap lagi 3 tahun. Start bayar rumah pulak selepas 18 bulan atau 95% bila rumah siap (yang mana sampai dulu). So sempatlah nak kumpul duit sikit-sikit. Harga tanah ni adalah RM101,300.00 dan harga rumah RM295k. So total dekat-dekat nak RM400k jugaklah. Duit booking 3k tu agen cakap akan dapat balik bila rumah siap. Tapi diorang pegang dulu mungkin nak tambah apa-apa kos lagi seperti nak masuk elektrik dan air nanti. 

So sekarang kami tengah tunggu lawyer siapkan S&P. Semoga dipermudahkan...amin.

 ~Lot LL2242~

 ~Model rumah Summerfield~

~Antara rumah yang hampir siap~