Monday, February 4, 2013

Catatan Kehamilanku: Minggu 32-35

Minggu 32
Minggu ni ada rutin checkup dekat klinik. Berat badan naik dengan mendadaknya...3kg dalam masa 2 minggu. Berat aku sekarang dah 62.4kg. Rasanya makan tak der la banyak sangat. Sebab aku baru buat ujian air gula so terselamatlah aku untuk buat ujian ni sekali lagi. Ujian hari itu OK. Tak der kencing manis.  [Fasting Blood Sugar : 3.8, Modified Glucose Tolerance Test : 6.6 - Normal]..Alhamdulillah. Tekanan darah [124/83mmHg], kandungan Hb [11.9gm%], tinggi rahim [30cm] dan gerakan jantung baby [157bpm] semuanya OK dalam keadaan normal. Kali ni juga jumpa doktor sebab keadaan aku yang bengkak dan kebas-kebas tangan. Untuk kebas tangan doktor just nasihatkan buat sedikit senaman tangan. Pasal keadaan kaki, tangan & muka yang bengkak, doktor cakap sebab kandungan air dan angin. So teruskan rutin checkup ikut jadual. If tekanan darah OK & tak kencing kotor InsyaAllah tak membahayakan. Minggu ni juga pergi HUKM untuk booking dan staf dia bagi tarikh 23hb Januari 2013 untuk checkup. Untuk booking perlukan surat rujukan dari doktor & masa checkup nanti kena bawa guarante letter(GL) dari jabatan. So untuk memuaskan lagi hati mengenai bengkak-bengkak dan kebas tangan ni aku pun rajin-rajin menggoogle.  Artikel ini, ini, ini dan ini sedikit sebanyak membantu aku. Lega sikit...:)

Minggu 33
Permulaan minggu ni rasa stress. Hormon-hormon yang menghasilkan stress makin banyak kot...(pandai tak salahkan hormon)...padahal aku sangat merindukan HZ tersayang. Hampir 3 minggu dah tak jumpa...:(.    Ubatnya suara merdu HZ jelah...hehehe. Aku ni kira sangat beruntung sebab duduk dengan adik-adik ketika berjauhan dengan suami. Duduk ramai-ramai stress tak berpanjangan sangat tambahan ada pulak budak kecik Aryan Haris yang semakin bijak tu. Nak amik video dia ikut cara aku jalan pun tak sempat lagi. Sebiji macam peguin jalan...hahaha. Minggu ni dah beli set bersalin untuk ibu pula. Aku memilih set bersalin TANAMERA. Ada 11 items semuanya. Beli awal sebab ada yang boleh digunakan semasa mengandung iaitu virgin coconut oil (VCO), brown formulation body soap, herbal massage oil dan lavender floral water. Setakat ni aku suka herbal massage oil dia tu...pakai je angin keluar dengan baik..urut-urut kat kaki pun nampak bengkak macam makin berkurang. Sabun tak nampak kesan lagi tapi sedaplah guna sebab macam scrub. Kalau boleh menghilangkan hitam-hitam kat leher, ketiak & celah-celah yang lain baguslah. Lavender floral water pulak, bagi aku tak berapa best. Aku tak suka baunya tu. Tak berapa nyaman. Baca-baca review orang, cakap leh kurangkan stress tapi untuk aku boleh menambahkan stress kot...hehe. Lain orang lain kesukaannya ye dak. VCO pula kena tengok kesannya lepas bersalin nanti. 7 lagi itemnya akan digunakan selepas bersalin. Beli awal ni juga sebab nak setting minda supaya merajinkan diri menjaga diri lepas bersalin nanti...ganbatte mazni-san...:). Awal ke? eh dah tak awal sangat dah. 7weeks jer lagi...InsyaAllah...semoga dipermudahkan dan semuanya selamat.


~Budak comel dengan aksi-aksi cutenyer~

Minggu 34
Minggu ni sembelit kembali. Berlama-lama pula la dalam toilet. Minggu ni juga aku ada checkup di HUKM. Sebelum pergi dah memang setting kena menunggu lama masa checkup ni. Appointment pukul 10.00pagi aku sampai pukul 9.15pagi dihantar oleh Tijah. Nasib baik  la setting dah minda ni so bila memang kena menunggu lama memang pasrah la. Siap bawa buku untuk dibaca & ipod untuk main game. So tak der la stress. Berat badan ketika ini 63.0kg so naik 0.6kg je dalam masa 2 minggu. Ok lah kan naik tak banyak sangat leh cover yang 2 minggu lepas naik sampai 3 kg tu. Tekanan darah [135/88mmHg], tinggi rahim, jantung baby, air kencing semua OK. Ultrasound juga dibuat- air mencukupi & baby pun OK. Berat baby masa ni lebih kurang 2.0kg-2.2kg...Alhamdulillah. Lepas jumpa doktor cakap masalah kebas2 tangan ni dr cakap normal. Then pergi amik darah untuk ujian Hepatitis B. Resultnya belum dapat lagi. Habis semua checkup ni dalam pukul 1.20petang. Aku diambil oleh ibu Aryan pula.
Minggu ni juga HZ balik sempena cuti Maulidurrasul...yeay..:). Kitaorang sempat g bercuti ke Cameron Highlands. Tempat yang nak pegi dari mula kawin sampailah dah pegnen 34w baru leh pegi. Balik dari Cameron keesokkannya sempat attend Kelas Antenatal- "The art of parenthood" anjuran bahagian O&G HUKM. Kelas start pukul 8.30pagi sampai pukul 5.30petang dengan yuran RM100 untuk pasangan, siap makan 3 kali. Baguslah juga kelas ni sebagai persediaan untuk bersalin & menjadi ibu bapa. Cuma ada part yang lagi takut je nak menghadapi stage-stage nak bersalin tu. Semoga dipermudahkan. Bagus juga untuk husband2 yang tak berapa rajin membaca pasal penyusuan ibu or penjagaan baby ni. Bagi diorang pendedahan sikit. Kalau isteri cakap bukan nak dengar sangat kan...;). Lepas tu ada juga diajar senaman-senaman untuk ibu mengandung dan cara-cara pernafasan bagi mengurangkan sakit bersalin. Last sekali kami di bawa melawat wad bersalin. Nampak cam ok dan tenteram jer.

~Pic sebelah kanan-ketembaman semasa kandungan 34minggu, pic sebelah kiri tu ada baby bumb jugak tak...:P~

Minggu 35
Setelah cuti 2-3 hari mulalah rutin seperti biasa balik. Tak sangka masih boleh merempit dengan Muharram lagi. Masa ni aku sendiri hantar HZ ke LCCT sebab yang lain ada komitmen masing-masing. Kalau tak der  orang nak drive boleh je drive cuma bila ada Tijah & HZ tu jadi malas nak drive. Nak relaks jer kat sebelah pemandu + aku rasa aku cepat hilang fokus sekarang ni so tak elok la nak drive. Sibuk bercuti tak sempat nak buka FB, bila buka wah ramainya kawan-kawan dah selamat melahirkan baby masing-masing...Alhamdulillah. Tunggu turn aku pulak...ada rasa excited dan nerves sikit-sikit ni..Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah urusanku...Kurniakanlah kekuatan dan ketabahan kepadaku menempuhi saat-saat kehamilan dan kelahiran zuriatku ini...Amin Ya Rabbal Alamin.
Di hujung minggu ke 35 ni tiba-tiba kena heartburn. Masa tu kat opis. Sakit kat dada rasa macam tak boleh nak bernafas & angin menyucuk-nyucuk. Mujurlah ada kawan-kawan yang berpengalaman...bagi minyak, bagi air suam & tolong urut...rasa lega sikit. Balik rumah sambung suruh ajad urut-urut lagi..macam takut kalau dia menyerang lagi. Tapi aku think positif ni mungkin peringatan supaya aku jaga makan sikit sebab sekarang ni nafsu makan memang sangat memuncak. Nak makan je kejenya. Baby pun dah semakin besar dan menyukarkan pergerakan. Tak sabarnya menanti baby HW lahir ni...:) 

2 comments:

Mazly said...

sisuami pun dah membesar... haha

cik embun said...

yan yeh .. comeinyaaa !
rinduuu kat yan yeh . ! :D