Tuesday, May 26, 2015

Catatan Kehamilanku : Anak Kedua (Minggu 6-21)

Alhamdulillah semasa menulis entry ini kandunganku sudah masuk minggu ke 23. Tidak seperti anak pertama catatan kehamilanku agak lengkap. Terlalu sibuk dan masa yang pantas menyebabkan aku tak sempat nak menjengah blog kesayanganku ini. 

Lima bulan juga menunggu untuk hamil anak kedua ni setelah aku stop cucuk hormon 3 bulan sekali tu untuk cegah dari mengandung. Sebab bersalinkan Wafi secara czer, aku terpaksa gapkan untuk dapat anak kedua. Bila test her HCG positif memang bersyukur sangat. Masa tau tu dalam minggu ke-6. 

Bermulala fasa loya+mabuk+letih+penat dan seangkatan dengannya. Masak memang tak lah waktu ni. Boleh makan lagi cuma tidak selera sangat nak makan. Simptom-simpton ini berlarutan sehingga 18 minggu. Mujurlah ada HZ yang tolong buat kerja-kerja rumah. Apabila simpton ini berkurangan datang pulak penyakit sengal-sengal di bahagian abdomen, ari-ari dan belakang. Nak bergerak dan bangun dari tidur amat terseksa. Kemudian aku singgah urut di Sabak Bernam atas cadangan Kak Liza (opismate adik). Alhamdulillah kesakitan itu berkurangan. 

Minggu ke-20 berlaku 2 kali kekejangan. Tapi kali ini lebih mudah ditangani sebab HZ ada. Lepas urut-urut sikit okla. 

Minggu ke-21 rasa sengal-sengal dan sukar bergerak kembali mengganggu. Jadi aku pun mula menggoole cari pakar untuk checkup. Call Az-Zahrah, An-Nur, UKMSC dan UMSC hanya UMSC yang available dalam masa terdekat. So appoiment pun dibuat pada hari Sabtu 23 Mei 2015. Cerita pasal checkup ni akan ditulis dalam satu entry yang lain.

Cerita mengenai Hasbi Wafi selepas aku mengandung ni....hmm punyalah manja dan suka buat perangai. Menangis tak tahu punca kadang-kadang. Orang kata biasa kalau budak buat perangai ni sebab nak perhatian kita kan. So bersabarlah Ummi dan Abi. Dah start panggil Ayong a.k.a along untuk Wafi. 

Letak sikit pic baby bump minggu ke-21

Ayong...:)

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)