Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu


"Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu"

Serangkap lagu dari Siti Nurhaliza-Air Mata Ibu

Selamat Hari Ibu untuk mak saya, untuk mak-mak sedara saya dan ibu-ibu di seluruh dunia. Pengorbanan mak sangat lah besar tak terbalas. Mak sayalah satu-satunya wanita yang bila saya tanya sakit bersalin jawapannya tidak menakutkan. Kata mak seronok pulak beranak sorang-sorang, yang susah sikit pun anak sulung sebab tak tau gaya lagi. Sebab tu sayang pun lebih kat anak sulung.

Mak saya pemikirannya agak lain daripada orang lain. Mak saya seorang yang positif. Mak seorang yang sederhana. Mak tak pandai memasak sangat, tak mengemas rumah beriya tapi suka menyapu sampah dan bercucuk tanam di luar rumah, tak suka membeli belah dan macam-macam lagi yang lain daripada ibu orang lain. Tapi sikap mak ni lah yang buat mak special. Yang buat anak-anak mak berdikari lebih dari anak-anak orang lain. Terima Kasih mak.

Duit yang mak dapat hanya untuk anak-anak. Tak pernah pun fikir untuk dirinya. Kalau nak beli barang kemas pun untuk anak-anak juga. Berapa kali sangat mak beli kain pasang untuk dirinya, kalau belipun sebab kasihan pada peniaga. Mak keje kutip biji kelapa dulu penat-penat duit untuk kami belanja sekolah. Mak tak malu pegi pinjam duit untuk bayar yuran sekolah kami. Mak jual pinang kering duit untuk anak-anak juga. Terima Kasih mak.

Kasih mak tiada berkesudahan. Bila kami dah besar pun mak masih risaukan kami. Masih teringat masa saya sembelit dulu, mak yang bagi petua itu dan ini dan temankan ke klinik. Masa abang lepas operation mak beriya nak pegi tengok. Sekarang bila Nah pregnen makan tak henti-henti mak risau juga. Mak kesian bila tengok muka Latif sebab tu asyik bagi duit kat Latif je and selalu pesan tanya Latif ada duit ke tak. Terima kasih mak.

Mak tak suka berjalan dan cepat penat bila berjalan jauh. Tapi sebab anak-anak mak, mak kuatkan diri. Menantu mak semua jauh-jauh. Seorang dari Johor seorang lagi dari Kelantan. Tapi maklah orangnya yang kami bawa ke Johor dan Kelantan. Kadang-kadang mak minta excuse cakap penat tapi kami paksa jugak sebab tak manis kalau mak tak pergi…maafkan kami mak.

Mak tak pandai soal-soal pelajaran anak-anak. Yang mak tau dapat A banyak. Lulus atau gagal. Mak tak pergi sekolah untuk acara-acara yang sekolah anjurkan. Tapi doa mak tak putus. Setiap kali nak exam saya akan telefon mak, suruh doakan dan Alhamdulillah hati saya lebih tenang lepas telefon mak. Adik saya hafiz, agak malas belajar dan suka melepak tapi mak selalu cakap positif, “adik dah rajin sekarang ni, dah tak keluar malam”. Saya tahu Hafiz akan berjaya juga sebab doa mak.

Oklah kalau bercerita soal mak mesti tak habis. Saya berdoa agar saya menjadi anak yang baik yang sentiasa mengingati kedua ibu bapa tak kira dimana saya berada dan walaupun saya berkahwin nanti.


Foto ni diambil semasa saya masih kecil. ketika ini saya ada 3 orang adik, sekarang saya ada 7 orang adik.

Dari Abdullah Umar RA berkata:

Rasulullah SAW bersabda “Keredaan Allah adalah di bawah keredaan kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah di bawah kemurkaan kedua-dua ibu bapa.” (HR Tirmizi dan di tashih oleh Ibnu Hibban dan Hakim)


"YA ALLAH YA TUHANKU,
Ampunkan lah dosa-dosa kedua ibu bapaku, berkatilah kedua mereka, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka untuk membuat amal kebaikan, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka..
Amin yarabillialamin. …”



4 comments:

zerNn AziS said...

waaaaaaaaaaaaa..touching2..

mazni_azis said...

Masa nk SPM suka bangun pagi2 nak study. Mak pun bangun lipat kain. Tapi tujuan sebenar mesti nak teman anak dia kan..

zerNn AziS said...

pastu masa tsunami jepun tu,,,mak bukan boleh tidor pon dok teringat kat mu la...siap cakap..tah2 kene hantaq balik ape....

yatie chomeyl said...

baca ni buat ucu teringat kat arwah ma :((