Setelah membaca TRAUMA tulisan Wardina Safiyyah mengenai kejadian pecah masuk rumahnya perasaan aku sangat sedih dan empati terhadap diri dan keluarganya. Dan pada 19 Januari 2012, rumah Nah iaitu kuarters UM yang kami tinggal dimasuki pencuri.
Alhamdulillah kami semua selamat, Alhamdulillah kami tidak melihat muka si pencuri itu, Alhamdulillah tidak banyak kerugian yang dialami. Pencuri tu masuk dalam pukul 2 lebih nak ke pukul 3 pagi...kami tahu ni sebab Aryan terjaga dan Cik mok dia buat susu then cik Mok dengar orang buka-buka almari macam cari sesuatu. Waktu tu Cik Mok ingat Nah yang cari barang, but bila pagi Nah cakap dia tak bangun langsung pun semalam.
Walaupun tak nampak muka pencuri tu, Cik Mok agak trauma sekarang ni. Kesian dia selalu mimpi macam-macam pasal pencuri tu. Betullah kata wardina..."mereka rompak perasaan selamat saya". Kami masih dalam keadaan ketakutan terutamanya Cik Mok. Mukanya tak seceria dulu, pastu nak kemana-mana kena teman.
Kesian adik aku Siti Khatijah, dia dah siap-siap beg untuk balik kampung pagi Jumaat tu tapi begnya dicuri sekali dengan tiket-tiket nak balik Teluk Intan. Laptob dan duit dia dicuri. Pencuri tu juga ambil duit we (banyaklah juga dalam 700++), laptob, kamera dan jam tangan Bonia hantaran Nah dan We juga lesap. Nah pula kehilangan purse dan beg yang dia letak segala jenis kad dan buku bank. Walaupun duit tak banyak dalam purse dia tu tetapi kad-kad dan buku bank penat juga la nak pergi buat lain.
Apapun semua ni ujian. Ada hikmah disetiap sesuatu yang terjadi tu. Bersyukur sangat sebab tak der apa-apa yang terjadi kepada kami. Alhamdulillah.
~Pencuri masuk dari sliding door ni lah~
~Pastu masuk bilik curi beg Tijah...~
~Rumah kami tingkat 2, dia panjat dari sinilah~
Amalkan ayat ini, InsyaAllah kita akan selamat
Dengan nama Allah, yang dengan namaNya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui.
7 comments:
tak selamat walaupun di rumah sndri. hmm..
dah buat repot polis? semoga Nah sekeluarga tetap sabar dan kuatkan semangat..
ish2 takutnya...kat kuarters pun pencuri leh masuk. nauzubillah
Umah sewa aku dulu pun hampir dipecahkan org seb baik Aliff nangis mintak susu time tuh..Mizi nmpk bayang2 org lari kt luar umah tp x syak ape2..sok pagi tgk padlock dah kene pecah..So pasni kalo baby nangis mlm2 n rasa x sdp ati kene check satu rumah...moga kejadian ini tdk berulang kpd kita dan insan2 yg kita kenali dan sayangi..
tido cik mok pun mesti x selena dulu kan..huhu . :P
bahaya la... seram, nasib baik x de yang cedera ..
Intan: Dimana2 pun tak selamat sekarang ni..
Muna: Thanks...report semua dibuat di hari kejadian..
Ucu: Tu la pasal..penjahat skrg makin berani
Mimi: Betul tu..baby alarm paling bagus kot.
Ck embun:Sekarang dh lena blk..:p, cuma kunci pintu bilik n dia sorok purse bagai...hehehe.
Mazly:Tu la Alhamdulillah kami ok.
Post a Comment