Wednesday, May 23, 2012

Kau Tercipta Untukku

Dengan dua kali lafaz sahlah Mazni Azis menjadi isteri kepada Hadi Zainal pada malam 18 Mei 2012 bertempat di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Sungai Jejawi. Majlis walimatulurus pula pada 19 Mei 2012. Perasaan pada waktu itu antara percaya dengan tidak jer saya ni dah bertukar status. Alhamdulillah syukur sangat. Semoga rumahtangga kami dilimpahkan Rahmat dan Berkat daripada Allah SWT. Perkenalan kami boleh dikatakan sangat singkat. Tapi berpandukan fatwa hati, saya sangat yakin untuk menerima dia menjadi teman hidup saya. Hadi Zainal lah pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul..:) 

 ~Selepas batal air sembahyang...masing-masing malu lagi...still sekarang pun i masih sangat malu dengan dia..hehehe~

~Semasa majlis Walimatulurus. Pengantin perempuan yang kurang ayu...hehehe~

Terima Kasih tidak terhingga kepada Abah, Mak, abang, kakak, adik-adik, mak-mak saudara, ayah-ayah saudara, sepupu-sepupu, anak-anak saudara, anak-anak saudara sepupu, sahabat-sabahat, jiran-jiran, orang-orang kampung, orang-orang bandar dan semua yang terlibat dalam majlis perkahwinan saya dan my lovely husband, Hadi Zainal. Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Tidak lupa terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir dan yang mendoakan kebahagiaan kami. Majlis ini ramai yang bermurah hati sponser itu dan ini, benarlah nak bina masjid ni rezeki murah dan selepas berumahtangga nanti bertambah-tambahlah rezeki hendaknya...amin.



6 comments:

yatie chomeyl said...

semoga bahgia hingga ke syurga buat angah & suami :)

Maymel said...

tahniah mazni...
semoga kekal hingga ke akhir hayat!!

Muna Zaen said...

hehe..kenapa lak tak ayunya...lagi ayu dari Ayu Raudhah..
Semoga berbahagia ke akhir hayat dan dilimpahi rahmat dan barakah..

Mazly said...

Tahniah MAzni.. minta maaf x dpt pegi... wife tengah exam... selamat menempuh alam perkahwinan.. isteri yang baik ialah isteri yang menjaga kehormatan suaminya.. :)p

gadiselatan said...

tahniah pn mazni dan suami...
akhirnya hatimu kini telah dimiliki...hehehe...tahniah gak la kat en hadi zainal sebab telah berjaya menawan hati kwn aku yg sorang nih...cayalah...hwahahah...
maaf tak dpt hadir kenduri ko sbb aku out station minggu tuh..

mazni_azis said...

terima kasih semua