Saturday, November 10, 2012

Catatan kehamilanku: Minggu 20-23

Minggu 20-21
Masuk minggu 20 baru ler aku faham kenapa Mimi selalu cakap "kenderaan berat". Dah rasa berat nak jalan & susah nak bangun cepat-cepat. Jalan pun nak kena pegang perut jer. Perut aku pun memang membesar dengan jayanya. Alhamdulillah, this week I've hit the halfway mark in my pregnancy. Minggu ni juga aku pegi scan baby lagi sekali.

Baju banyak dah tak muat. Baju mengandung baru beli sehelai jer. Semangat berkobar-kobar nak cari baju mengandung yang comel, selesa dan longgar dengan harga yang berpatutan. Aku ada baca dalam blog yatiechomeyl pasal time dia 20th weeks jugak. So semangat nak menghiburkan hati dengan shopping baju pregnant sangat lah berkobar-kobar. Aku pun pegilah midvalley dengan Cik Siti Hajar & Cik Siti Zurina...deme ni perunding fesyen la katakan. Kalau yang aku pilih selalu diaorang komen.  

Minggu 22
Ini adalah minggu kejutan dari anakku. Suatu malam ketika baring-baring selepas kerja malam sambil menggosok-gosok perutku (ayat skema jap) tiba-tiba rasa tertolak tangan aku. Si kecik dalam perut ini makin aktif. Sangat teruja! Mula-mula terkejut! Lepas tu dia diam kejap pagi-pagi pulak dalam pukul 5 pagi macam tu, start gerak kuat-kuat lagi sampai boleh nampak. Rasa geli-geli sikit dalam perut. Kadang-kadang dia mengeras, kalau time ni rasa sakit sikit la. Nak alih-alih masa tido kena lebih berhati-hati...dan start minggu ni juga badan mula rasa panas dan senang nak berpeluh-peluh. Dok kat opis yang sejuk dengan aircond tu pun kadang-kadang aku rasa panas, padahal sebelum ni siap dengan glove lagi.

Minggu ni juga aku g checkup pada 1/11/2012. Berat sekarang dah 53.7kg maknanya naik lebih kurang 1.2kg seminggu. Nurse nasihatkan supaya kurangkan makan waktu malam. Kalau naik mendadak lagi makanya kena minum air gula lagi...huhuhu. Alhamdulillah result minum air gula hari tu ok. Kandungan gula dalam darah aku adalah normal means no diabetes. Kandungan HB makin turun..:( sekarang dah 9.3gm%. Stress balik sebab macam turun mendadak kan. So aku kena jumpa Dr dan pegawai zat makanan. Jumpa Dr ok jer dia macam tak bagi pressure sangat.

Minggu 23
Minggu emos kejap sebab HZ tak dapat pindah ke Selangor tahun depan. Maknanya kami kena PJJ lagi. .:( Pastu minggu busy untuk HZ sebab minggu last before cuti sekolah. Program akhir tahun yang menuntut komitmen cikgu sekolah kat situ. Bila dia busy kuranglah bagi perhatian kat mak buyung yang tengah emos ni. Apalagi bertambah nak emos la. Yang geramnya merajuk pun dia tak faham...huhuhu. Tapi lepas aku mengamuk sikit2 dia pun faham la...:). Minggu ni mak datang KL. Mak seseorang yang amat memahami anaknya kan. Apa yang terdetik/rasa kat hati aku ni mak dulu yang cakap. Ye lah mak dulu yang merasai apa yang kita rasa. Lelaki mana faham sangat.
Semalam masa tido kaki aku cramp. 1st time jadi masa mengandung ni. Betul la orang cakap, sakit jugak..Tak tahu nak buat apa. Rasa macam nak panggil Cik Embun tolong urut2 ke tapi takut pulak nanti mak terkejut. So sabar jer lah sambil gerakkan kaki slow2. Rasa macam ni lah kot yang Mimi selalu cakap bila kaki dia cramp.

Selesai lah untuk cerita sehingga minggu 23. Dah nak masuk 6 bulan kandungan aku. Kejap je masa berlalu. Harap dipermudahkan masa bersalin nanti dan HZ ada disisi serta Dr perempuan yang menyambut my baby.

Hati tak sabar menanti kepulangan my HZ tersayang malam ni...:) Semoga perjalanannya dipermudahkan.

2 comments:

Maymel said...

mazni...pakailah stoking sblm tidur ye...dan letak bantal d bawah betis...insyaallah kuranglah cramp kaki,hehehe

mazni_azis said...

Tq Mel..semalam dh start tdo pakai stokin. Walaupun panas tahan juga la sebab takut cramp kan...huhuhu.