Tuesday, November 6, 2012

Emos mak buyung

Akhirnya keputusan pertukaran guru untuk sesi 2013 dapat disemak pada 3 November 2012 pada jam 8.30malam. Aku keje day pada tarikh ini. So sampai-sampai je rumah terus check. Keputusan yang menyedihkan, permohonan HZ tidak berjaya. Tak nangis pun mula-mula control macho lagi la depan labtop tu kan sebab ramai orang kat rumah. Pastu call HZ start la hujan. Sedihnya waktu itu terus tak makan malam walaupun perut terasa lapar. Emos perempuan mengandung kan lain macam sikit, selalu nak terlebih-lebih sudahnya pening kepala+selsema pagi esok. 

Rasa macam semua angan-anganku musnah bila dapat tahu HZ tak dapat pindah. Tengok perut lagi sedih, kesian nanti nak bersalin takut HZ tak sempat balik teman. Sape nak azankan & iqamahkan anak kami. Memanglah orang lain boleh tapi sebolehnya aku mahu HZ. Bila aku dah sarat so tak boleh nak fly to Miri lagi so HZ je kena balik. Kalau dia balik sekejap sangat masa yang ada bersama. Jumaat malam balik, ahad pagi-pagi dah nak kena balik Miri. Dah balik sini kena nomad pula. Jenuhlah sebahagian diri yang positif melawan elemen-elemen negatif dalam diri..Hei Mazni Azis berapa ramai lagi orang yang minta tukar bertahun-tahun pun masih tak dapat.. Tengok abang aku sekarang anak-anak dah besar tetap kena berjauhan sebab nak cari rezeki. Ingat mereka yang belum Allah temukan jodoh at least aku ada suami walaupun duduk jauh-jauh. Ingat mak dulu-dulu abah keje askar balik jarang-jarang at least aku  ada henset nak berhubung & selalu juga jumpa walaupun berjauhan. Kalau Allah tentukan HZ ada bersama aku ketika nak bersalin nanti dia kat Miri ke dia kat Semenanjung ke still ada kan. Lagipun aku tak keseorangan disini, hampir semua adik-beradik aku ada kat sini. Bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan.  

Perasaan sehingga sekarang masih on off tapi sudah banyak kemenangan di sudut POSITIF. Aku tak boleh ikut perasaan sangat nanti efek kepada kesihatan (Prof Muhaya yang cakap). Bila kesihatan tak baik kesian kat baby dalam perut ni, keje pun tak boleh buat. So tak yah fikir lebih-lebih, nanti try buat rayuan, kalau tak dapat maknanya kami masih diberi nikmat berjauhan...  

**Tak sabar menanti hari bahagia my BFF...semoga semua urusannya dipermudahkan dan majlisnya berjalan dengan lancar.
***Fikiran juga perlu ditumpukan kepada hala tuju pelajaran mysister setelah permohonannya ke UiTM & POLITEKNIK tidak berjaya. 
****Juga mengharapkan keputusan exam Cik Embun masih meletup seperti semester-semester sebelumnya.


3 comments:

yatie chomeyl said...

angah dtg ke wedding tim nanti? dtg yg kat tganu ke kat kelate punya?

siti said...

terima kasih bff ku..Jangan bersedih,setiap ujian itu ade kekuatan yang Allah beri pada kite utk hadapinye..Keluarga dan kawan2 sentiasa ada menyokong anda.. :)

Cik Yatie chomeyl jemput ke rumah sy ye.. :)

mazni_azis said...

ucu:InsyaAllah angah datang untuk kedua2 majlis...:)
tim:ko kan nk teman aku bersalin...:)