Monday, June 12, 2017

Haura Aileen Dalam Ingatan


2 Mei 2017, tiada apa yang pelik hari ini. Ummi macam biasa keje. Sehingga petang ambil double H dan pulang ke rumah.  Sampai di rumah dah rasa phone vibrate beberapa kali. Tengok anjang call dan cakap pegi tengok ibu,  Haura tak bernafas katanya.  Ya Allah ketar bila mendengarnya.  Terus check wasap... Nampak ada chit chat dalam group. Ibu dah voice sms nangis-nangis cakap pengasuh Haura call cakap Haura tak bernafas.  Ya Allah rasa nafas ummi pun terhenti seketika. 

Ummi terus call ibu.  Suruh ibu buat CPR kat Haura jika betul dah tak der nafas (Peringatan: CPR hanya boleh buat jika nafas dah tak der!). Air mata dah laju mengalir masa ni sambil doa semoga tak der apa-apa berlaku dekat Haura.  Solat asar then ajak abi Wafi pegi tengok.  lbu dan ayah dah bawa Haura ke PPUM. Sampai di kecemasan kanak-kanak PPUM, ummi cari dalam bilik-bilik takde so terus tanya dekat kuanter.  Nurse buka pintu dan tunjuk dimana.  Nampak ibu pangku Haura.  Terus tanya macam  mana.
.
.
.
.
.
"Haura dah tak der" ibu cakap.
.
.
.
.
.

Ya Allah terus air mata mengalir tak boleh disekat lagi.  Ummi menangis semahu-mahunya sambil cakap "Haura...bangunlah! ". Ummi ambil Haura. Haura macam tengah tido.  Ibu ayah Haura dah tak menangis ummi tengok. Tabahnya mereka.  Dugaan yang hebat ayah cakap.

Doktor cakap banyak susu dalam paru-paru tapi kena xtray nak memastikan...dan kena buat post moterm untuk mengetahui punca kematian.  Sape yang sanggup tubuh kecil itu dibuat post moterm.  Ayah Haura cakap takkan izinkan sebilah pisau pun kena kat Haura.
Lama juga ummi menangis.  Seakan tidak dapat menerima berita ini.  Hanya 75 hari usia Haura.  Then anjang pulak sampai...sambung lagi menangis. Ya Allah beratnya dugaan.

Jenazah Haura tak boleh bawa balik lagi malam tu sebab Dr. dan polis tak lepaskan seban ibu ayah tak nak buat post moterm. So tunggu esok pagi. Pagi esok dengan izinNya selepas beberapa usaha dilakukan jenazah Haura boleh diambil. Mandi dan dikafankan di PPUM.

Ummi menyaksikan jenazah Haura dimandikan dan berpeluang untuk turut sama mandikan. Part ni ummi rasa paling sayu. Sampai sekarang ummi masih terbayang-bayang. Ummi tengok ibu ayah begitu kuat...redha dengan pemergian Haura. Tenang mereka memandikan Haura. Sedangkan ummi, anjang, ateh dan kawan2 ibu masa tu masing-masing dah bercucuran air mata. Masa mandikan Haura dalam hati rasa nak menjerit "Haura jangan tinggalkan kami"...tapi mak-mak sedara Haura kena kuat duoaya ibu ayah pun terus kuat. Kemudian Haura dikafankan. Cantik sungguh wajah Haura...serentak ummi dab anjang cakap...cantiknya....Ayah sendiri menjadi imam solat jenazah untuk Haura. Ummi pun solat sekali. Time ayah membacakan doa sekali lagi rasa sebak. Masih terbayang semuanya. Masih segar sayang ketika ummi menulis ini.

Haura dibawa ke tanah perkuburan. Diiringi hujan rintik-rintik sehingga selesai jenazah Haura dikembumikan baru la hujan turun lebat. Allah telah mudahkan segalanya untuk Haura.

Haura sayang, hadirmu hanya seketika. Hanya 75 hari Allah pinjamkan. Semoga kita bertemu di syurga. Semoga Allah sentiasa memberi ketabahan dan kekuatan kepada ibu ayah Haura. Mereka sangat bertuah insan yang dipilih Allah.

Anak Syurga Haura Aileen binti Nor Azuwan
💕17 Februari 2017 - 2 Mei 2017💕
Al-Fatihah

Tuesday, January 31, 2017

Hasbi Wafi Ke Sekolah

3 januari 2017 kami start hantar Wafi ke sekolah.  Umur Wafi tahun ni 4 tahun.  1st day hantar ok,  Wafi gembira siap suruh ummi balik lagi.  Hari kedua pun OK.  Masuk hari ke 3 Wafi dah tak nak sekolah.  Rindu auntie moon katanya.  Auntie moon ni babysitter lama Wafi.  Wafi mengamuk hari ke 3 tu sampai ummi terpaksa EL.  Mulalah episod kesiankan anak dan macam rasa Wafi tu kecik lagi untuk ke sekolah.  Next weeknya kami buat plan supaya wafi suka ke sekolah dan ummi pun tak stress.  Abi akan tunggu di sekolah pagi2 dan petang abi akan amik Wafi dulu bawa jalan2 naik motor sementara menunggu ummi balik kerja pukul 4.30 petang.  Tidaklah Wafi bosan duduk di sekolah.  Plan kami berjaya. Seminggu sahaja Wafi dah OK nak ke sekolah.... Alhamdulillah.

Monday, January 23, 2017

Tetamu Allah

Alhamdulillah... Akhirnya pada 30 November 2016 aku terpilih menjadi tetamu Allah.  Sudah lama tertanam hasrat untuk menunaikan umrah ni tetapi terdapat kekangan.  30 November - 12 Disember 2016 bersama HZ dan ibu mertua aku diberi peluang ke mekah dan madinah.  Travel agent yang dipilih adalah Kopetro Travel.  Aku pilih travel agent ni sebab sepupu keje situ.  Senang kalau ada apa-apa urusan.

Bermula sebelum nak pergi tu hati memang dah berdebar-debar.  Macam-macam fikir... Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dari mula sampai lah sekembalinya ke tanah air.

Ketika mengerjakan umrah Hadif Rizqin berumur setahun 4 bulan dan masih menyusu. Aku tak bawa Hadif sebab memikirkan perubahan cuaca yang mungkin akan menyebabkan Hadif demam.  Hadif duduk di kampung,  Perak dengan baik tak meragam pun.