Alhamdulillah... Akhirnya pada 30 November 2016 aku terpilih menjadi tetamu Allah. Sudah lama tertanam hasrat untuk menunaikan umrah ni tetapi terdapat kekangan. 30 November - 12 Disember 2016 bersama HZ dan ibu mertua aku diberi peluang ke mekah dan madinah. Travel agent yang dipilih adalah Kopetro Travel. Aku pilih travel agent ni sebab sepupu keje situ. Senang kalau ada apa-apa urusan.
Bermula sebelum nak pergi tu hati memang dah berdebar-debar. Macam-macam fikir... Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dari mula sampai lah sekembalinya ke tanah air.
Ketika mengerjakan umrah Hadif Rizqin berumur setahun 4 bulan dan masih menyusu. Aku tak bawa Hadif sebab memikirkan perubahan cuaca yang mungkin akan menyebabkan Hadif demam. Hadif duduk di kampung, Perak dengan baik tak meragam pun.
1 comment:
waa.. story lagi maz.. nak taw apa pengalaman kat sana.. teringin nye pergii huhu
Post a Comment