3 januari 2017 kami start hantar Wafi ke sekolah. Umur Wafi tahun ni 4 tahun. 1st day hantar ok, Wafi gembira siap suruh ummi balik lagi. Hari kedua pun OK. Masuk hari ke 3 Wafi dah tak nak sekolah. Rindu auntie moon katanya. Auntie moon ni babysitter lama Wafi. Wafi mengamuk hari ke 3 tu sampai ummi terpaksa EL. Mulalah episod kesiankan anak dan macam rasa Wafi tu kecik lagi untuk ke sekolah. Next weeknya kami buat plan supaya wafi suka ke sekolah dan ummi pun tak stress. Abi akan tunggu di sekolah pagi2 dan petang abi akan amik Wafi dulu bawa jalan2 naik motor sementara menunggu ummi balik kerja pukul 4.30 petang. Tidaklah Wafi bosan duduk di sekolah. Plan kami berjaya. Seminggu sahaja Wafi dah OK nak ke sekolah.... Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment