"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya setitis air mata."
Sunday, November 1, 2009
Dua bulan di GFT
Berbalik kepada tajuk...sekarang genap 2 bulan aku kat GFT.....dah biasa dengan bunyi aspenserver, seismonet dan juga pakcik mat saleh Seiscomp...Oklah tak la cuak macam mula2...
Sunday, September 13, 2009
Selamat Tinggal Gong Kedak
sedih masa nak tingal jiran aku, kak yah dan famili yg memang baik ngan aku...selalu ajak makan n hantar makanan kat kami (aku & tim)...sedih jugak bila kenangkan kenangan2 kami kat sana.
Tapi biasalah keje macam aku ni kena redha la dgn pertukaran ke apa ker...minggu pertama masuk bahagian baru yang memang lain dari keje aku selama ini, rasa agak payah..walaupun aku membekalkan motivasi yang agak tinggi kepada diri aku sendiri tapi aku kalah jugak...rasa cam nak menangis jer mula2 dok kl...dengan keje dengan jalan jem dengan perangai sesetengah orang...aku sangat serabut..tapi untungnya aku mempunyai adik seorang kaunselor ada lah tempat nak luah rasa...Aku percaya Allah dah tentukan yang terbaik kepada aku...Mazni Azis, Think positive...caiyok2...:)
Friday, August 14, 2009
Yatie chomeyl's giveaway - kisses of Love ♥♥♥♥♥♥
So inilah gambar yang aku pertaruhkan untuk memasuki giveaway yatie chomeyl ni..:)
*
*
*
Gambar ni diambil pada 06hb Ogos tahun lepas semasa adik aku, MAZNAH AZIS konvo. Dua orang kanak2 tu adalah anak sepupu aku. HAIRUL HUDA RAHMAH dan MUHAMMAD IRYAD HELMI...Kiss tu sebagai hadiah kejayaan Mak Lang nyer dah habis belajo...Lepas ni bertambahlah duit rayer mereka...hikhikhik..
Aku suker sangat-sangat gambar ni sebab keikhlasan budak comel duaorang ni mencium mak lang nyer walaupun dah busuk masam tu....(nampak tak keikhlasan mereka...kalau tak nampak tu dah tak lama ler...hehehe)
Rasanya semua syarat dah dipatuhi...saper2 rasa nak joint bolehlah melawat ke blog Yatie Chomeyl ni yer.
P/s: Harap Incik juri menyukai gambar ini...dapatlah hadiah dari japang...hehehe
Thursday, May 7, 2009
T-Shirt Percuma Dari MyMuslimart
(Ni kakak dia yang baik hati cuba la tengok kacak tak kalau dia pakai T-shirt ni...hehehe)
P/s: Saper2 yang nak masuk pertandingan MEMBLOG T-SHIRT LELAKI PERCUMA ni silalah ke link ni : http://www.mymuslimart.com ...Tarikh tutupnya 15 Mei 2009..Selamat Mencuba!!Saturday, May 2, 2009
TAG : PHOTOFUNIA
(gambar Mimin yang di photofunia kan oleh kakaknya)
3. When was the last time you ate pizza?
Friday, May 1, 2009
ZooM in Kuching, Sarawak
Hari pertama (11hb April) kami sampai je terus disambut oleh sepupu aku..Ecah n kwn2 nya yang menuntut di UNIMAS..pastu Yan, Art n Payed(suami art). . 1st day sampai dah pegi shoping kat Serikin..sempat la kami beli kain nak buat baju raya, kain batik, kain pelekat, telekung dan macam2 lagilah. Harganya murah juga tu yang best nak membeli. Disebabkan pulun shoping tak sempat la nak amik gambar.
Hari kedua (12April) -G water front jalan2 sambil posing2 sampailah tengahhari..lepas solat zohor kami pegi santubong pula..cantik pantainnya..Kami pegi pantai damai & pantai puteri..tak mandi pun just tengok2 orang n amik gambar..dah petang sikit balik ke bandar kuching makan malam n balik kolej sepupu aku tido sana.
Hari Ketiga (13 April) - Pagi2 dah keluar pegi pasar satok beli ikan terubuk..banyak juga la kami beli. Harganya lebih murah kalau nak banding ngan kat Bintulu. Lepas tu g water front beli kek lapis n beberapa barang lagi. Lepas tu g airport...kembali ke Semenanjung...sekejap sangat rasa..tak puas berjalan pun..maybe next time boleh pegi lagi...
tengah-tengah panas posing kat sini..
Thursday, April 2, 2009
World Meteorologi Day!!
Pengarah Pejabat Meteorologi Gong Kedak merasmikan majlis dan memberi sedikit ucapan kepada tetamu-tetamu yang hadir.
Antara tetamu yang hadir pada sesi pagi.
Cik Fatimah bersungguh2 menjawab setiap pertanyaan dari pelajar2 sekolah....
....sementara Cik Mazni mencari makanan untuk mengisi perut yang kekosongan...makaroni bakar...bestttt
DJ2 yang kepanasan tetap tersenyum menjalankan tugas...:)
Cik Fatimah di dalam dewan tetap bersemangat menjawab setiap soalan dari pelajar-pelajar dan guru..
Semua pakat leka melihat solarimeter..kebetulan cuaca memang panas hari tu so kesannya dapat dilihat dengan jelas.
Petugas-petugas tetap sabar menahan terik matahari untuk menerangkan fungsi-fungsi alat kajicuaca.
macam ni yer adik2 nak sukat hujan...ni alat untuk menyukat hujan yang konvensional..
alat ni special tak semua stesen ada...so mari kita tengok beramai2.
Penerangan tentang belon udara atas..
Giliran Cik Mazni pulak menjawab soalan2..
Soalan yang Cik Mazni tak dapat lupakan ialah:
JMM mempunyai alat yang canggih dan menggunakan teknologi masa kini yang hebat, jadi bolehkah JMM meramal bencana dalam 2-3 bulan akan datang ini??
Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang2 yang berjaya menjawab soalan kuiz.
DJ terpaksa setelah DJ sebenar lari...mungkin tak tahan ngan kepanasan di mana suhu lebih kurang 33oC
Habis dah...Jom Balik..
Terima kasih kepada semua yang terlibat...
Friday, March 6, 2009
Mimpi Ibuku...
Wednesday, February 25, 2009
Mataku ketumbit...huhuhu
Mata aku hampir 2 minggu ketumbit...ni pun still ada lagi aku harap cepat sembuh..Ketumbit ujian Allah sikit ni pun untuk aku dah buat aku lemah..Aku hilang keyakinan ngan orang...Bila aku fikirkan orang yg dekat palestin tu lagi la cedera teruk tapi semangat diorang sgt kuat... Penyakit jugak penghapus dosa..Ini mengingatkan aku yang gatal tangan cuba mengsearch foto EL&^*&*^^* kat Youtube yang heboh baru2 ni..So aku insaf...sakit ini ada hikmahnya...(tapi aku tak berjaya nk tgk gambar tu yer)...
Aduss tak der idea nk mengarang lagi..Cukup la setakat nk update blog yang dah berabuk n bersawang ni juga tatapan siti rahimah yang tak sabar2 nk baca entry baru aku..:P