Tuesday, January 24, 2012

Rumah kami dimasuki pencuri...

Setelah membaca TRAUMA tulisan Wardina Safiyyah mengenai kejadian pecah masuk rumahnya perasaan aku sangat sedih dan empati terhadap diri dan keluarganya. Dan pada 19 Januari 2012, rumah Nah iaitu kuarters UM yang kami tinggal dimasuki pencuri.

Alhamdulillah kami semua selamat, Alhamdulillah kami tidak melihat muka si pencuri itu, Alhamdulillah tidak banyak kerugian yang dialami. Pencuri tu masuk dalam pukul 2 lebih nak ke pukul 3 pagi...kami tahu ni sebab Aryan terjaga dan Cik mok dia buat susu then cik Mok dengar orang buka-buka almari macam cari sesuatu. Waktu tu Cik Mok ingat Nah yang cari barang, but bila pagi Nah cakap dia tak bangun langsung pun semalam.

Walaupun tak nampak muka pencuri tu, Cik Mok agak trauma sekarang ni. Kesian dia selalu mimpi macam-macam pasal pencuri tu. Betullah kata wardina..."mereka rompak perasaan selamat saya". Kami masih dalam keadaan ketakutan terutamanya Cik Mok. Mukanya tak seceria dulu, pastu nak kemana-mana kena teman.

Kesian adik aku Siti Khatijah, dia dah siap-siap beg untuk balik kampung pagi Jumaat tu tapi begnya dicuri sekali dengan tiket-tiket nak balik Teluk Intan. Laptob dan duit dia dicuri. Pencuri tu juga ambil duit we (banyaklah juga dalam 700++), laptob, kamera dan jam tangan Bonia hantaran Nah dan We juga lesap. Nah pula kehilangan purse dan beg yang dia letak segala jenis kad dan buku bank. Walaupun duit tak banyak dalam purse dia tu tetapi kad-kad dan buku bank penat juga la nak pergi buat lain.

Apapun semua ni ujian. Ada hikmah disetiap sesuatu yang terjadi tu. Bersyukur sangat sebab tak der apa-apa yang terjadi kepada kami. Alhamdulillah.

~Pencuri masuk dari sliding door ni lah~


~Pastu masuk bilik curi beg Tijah...~


~Rumah kami tingkat 2, dia panjat dari sinilah~


Amalkan ayat ini, InsyaAllah kita akan selamat

Dengan nama Allah, yang dengan namaNya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui.

Sunday, January 1, 2012

1st entry for 2012...antara MIMPI dan REALITI

This is my first entry for this year....Tiada matlamat or azam yang ditanam kerana sudah tertanam pada Muharram yang lepas. Semoga istiqamah melakukan apa yang aku nak lakukan. Sepanjang tahun 2011 banyak pengalaman yang dilalui yang sebelum ini tidak pernah terfikir aku akan lalui..Pastilah pengalaman merasai gegaran kuat gempa bumi Tohoku mac 2011 tidak akan aku lupakan sepanjang hayat. Semua yang berlaku adalah ketentuanNya...yang menambahkan kematangan diriku..colours of my life.. End of year 2011 adalah detik-detik ujian hebat untuk diriku. Antara MIMPI dan REALITI. Terima Kasih REALITI kerana hadirnya tepat pada masa. REALITI membangunkan aku dari MIMPI. Ya MIMPI yang aku lalui memang sangat indah tetapi tetap hanyalah sekadar MIMPI. Yang indahnya tidak berpanjangan. Syukur Ya Allah kerana menganugerahkan aku akal untuk mengikut HATI dan bukannya NAFSU!