Thursday, March 17, 2011

Gempa Bumi Pacific coast of Tohoku, Japan

Jumaat-11Mac 2011

Hari ni ada kelas "Crust and Upper Mantle Structure" oleh Takaya Iwasaki sensei. Alhamdulillah hari ni tak mengantuk tapi lepas rehat jer dah mula boring. Tapi try juga concentrate kat kelas. Dalam pukul 2.46 ptg(waktu jepun) rasa gegar..owh earthquake. Then sensei teruskan bagi penerangan. Gegaran tadi makin lama makin kuat so masing2 berpandangan dan mula masuk bawah meja. Barang2 kat tepi dinding dah mula jatuh. Gegaran makin kuat dan seperti tak nak berenti..Masa ni aku mengucap jer..Dah rasa macam siling nk jatuh...Alhamdulillah , gegaran tadi berhenti juga. Aku tak ingat berapa lama kami duduk bawah meja tu.

Kemudian masing2 keluar dari bangunan sebab ada asap takut ada kebakaran. Memang biasa selepas gempa bumi kebakaran boleh terjadi. Aku cakap kat Tim, eq ni mesti besar, mesti lebih dari M7.. Tim cakap tak kot dalam M5. Sebab tu dia boleh sengih lagi...hehe....Kemudian sensei check web JMA. Terkejut la kami sebab gempa tadi magnitudnya 8.8 dan pusat gempa di dalam laut dengan kedalaman yang cetek dimana tsunami akan berlaku. Tidak kurang 10 minit ombak tunami sampai ke Sendai.

Sensei panggil participants dari Tsunami Course (aku la) untuk tengok TV sebab tsunami dah start. Serius... sedih tengok..Tengok kereta2 semua kena bawa dengan tsunami. Sampai sekarang aku terfikir nasib orang yang kat atas lori tu. Aku tgk tsunami sedang menghampiri dia..:(

Tiba2 rasa goyang lagi..Kuat juga so semua lari keluar dari bangunan tu. Kami merasa beberapa kali gegaran yang kuat aftershocks (gempa susulan) lebih dari M6.

Maklumat Gempa Bumi sumber USGS

Tarikh: 11 Mac 2011
Masa: 2.46petang 05:46:23 UTC
Lokasi:38.322°N, 142.369°E
Kedalaman: 32Km
Kawasan: Berhampiran Pantai Timur Honshu, Japan

Video ni diambil oleh coursemate dari Peru, Shiela...



++ photo selepas kejadian ++


selepas gegaran kami semua keluar dari bangunan

Library IISEE

Bilik seismology

Bahagian bangunan yang terjejas


Akibat dari gempa bumi kuat tu kami diberi kelepasan untuk pulang ke TBIC lebih awal dari biasa. Tapi kami sampai di TBIC agak lewat disebabkan jem yang teruk. 1st time la kat Tsukuba aku tgk jem teruk macam tu. Sampai je TBIC tgk semua participants kat luar bangunan. Kami diminta berkumpul di lobby sebab banyak gegaran susulan. Dinner malam ni kami makan makanan kecemasan memang sudah disediakan oleh kerajaan Jepun untuk menghadapi bencana. Aku mmg puji dgn org Jepun masa ni. Staf-staf tetap tenang melayan kami. Sanggup tak balik rumah berkumpul sama2 kami. Terharu dengan keprihatinan diorang.

Lepas dinner tengok TV sambil online dan sangat teruja buka web JMA dan USGS sambil membalas komen2 di FB. Terima Kasih kawan2, saudara mara adik beradik yang doakan keselamatan kami dan ambil berat ttg kami..

Kami yang berada lebih kurang 330Km dari pusat gempa masih merasa terkejut dengan kejadian ini apatah lagi mereka yang berada berhampiran pusat gempa.


3 comments:

yatie chomeyl said...

ucu copy entry ni ye, nak kumpul pengalamn rakyat msia yg hdapi gempa

mazni_azis said...

ok

Muna Zaen said...

stay strong..mengikuti perkembangan hari2 n teringatkan korang hari2..
update lah situasi korang sekarang di tokyo jika ada kelapangan