Friday, April 29, 2011

Bersenang-malasan di Hotel Grand Shinonome

Bermula semalam 28 April 2011 hinggalah 09 Mei 2011 aku dan rakan2 JICA TSUKUBA akan menginap di Hotel Grand Shinonome disebabkan penyelenggaraan elektrik di JICA TSUKUBA. So merasalah aku dok kat hotel ni. Tiap-tiap hari nampak jer masa pegi dan balik dari BRI. Best dok bilik 335 lagi. Bilik ni bau rokok..huhuhu..dah rasa kering tekak and macam nk demam jer.. Tilam dia dah la sgt sedap rasa macam malas nk bgn pagi td.

Bermula hari ni sehinggalah 5 May dinamakan "Golden Week" di Jepun sebab banyak national holiday during this period. kebanyakan office tutup lebih kurang seminggu. Masa ni la orang-orang Jepun gi bercuti. Aku pulak tak la boleh cuti deret sebab Isnin dan Jumaat ni ada kelas tapi still banyak jugak cuti. Hari ni plan nak siapkan report dari Hara sensei dan bolehlah jalan2 cari bunga tulip ker, souvinier ke dan macam-macam lagi lah. Sambil tu harap bolehlah study jugak. Aku ni dah la jenis malas baca buku, bila environment kat hotel macam ni lagi lah rasa mls...:(

Inilah bilik saya selama 11 hari ni..
.
Harap boleh study jangan usha orang jer kat luar tu

Bilik air..banyak2 hotel kat Jepun ni, bilik air hotel ni paling besar.

Tengok TV pun best gak kan..

Tilam empuk ni la buat aku malas nak bangun...huhuhu

Bilik ni mengadap matahari..so pagi2 memang panas ler

~Mencari cahaya~

Dah start usha orang...zoom out kat kawan2 aku yg start jalan2

Ni dh tengahari....

Golden Week - Japanese Holiday

· April 29: Showa-no-hi (Showa Day)

· May 3 : Kenpou-kinen-bi (Constitution Memorial Day)

· May 4 : Midori-no-hi (Greenery Day)

· May 5 : Kodomo-no-hi (Children's Day)

Friday, April 22, 2011

Gempa Bumi dengan magnitud 6.1

Petang-petang ni mata terasa berat la pulak. Dari pagi tadi dok run tsunami simulation di kawasan Sabah. So rehat jap jenguk ke blog. Nak cerita pasal gempa semalam. Semalam dok run simulasi tsunami juga, tiba-tiba rasa gegar. Boleh agak dah mesti epicenter dekat jer sebab beza p-wave dengan s-waves tak lama.

Tapi kali ni tak kuat sangat, aku cuma buka pintu dan sambung keje sambil dok goyang2 tu. Kalau rasa gegar kena buka pintu sebab mungkin kalau gegarannya berterusan nanti pintu dah tak boleh buka dan dalam keadaan kecemasan nak keluar tak boleh. Sebab tu paling penting kalau 1st rasa gegar tu buka pintu dulu, and then lari dok bawah meja ok.

Maklumat gempa bumi ni dari USGS

Earthquake Details
  • This event has been reviewed by a seismologist.
Magnitude6.1
Date-Time
Location35.617°N, 140.452°E
Depth42.9 km (26.7 miles)
RegionNEAR THE EAST COAST OF HONSHU, JAPAN
Distances
64 km (39 miles) E of TOKYO, Japan
76 km (47 miles) ENE of Yokohama, Honshu, Japan
82 km (50 miles) S of Mito, Honshu, Japan
115 km (71 miles) SSE of Utsunomiya, Honshu, Japan
Location Uncertaintyhorizontal +/- 14.8 km (9.2 miles); depth +/- 2.9 km (1.8 miles)
Parameters
NST=378, Nph=378, Dmin=227.1 km, Rmss=1.28 sec, Gp= 50°,
M-type=regional moment magnitude (Mw), Version=8
Source
  • USGS NEIC (WDCS-D)
Event IDusc0002w98


Earthquake Location

Sambil-sambil tu nak tunjuk sikit jumlah gempa bumi susulan yg banyak akibat gempa pada 11 Mac 2011. Picture sebelah kiri tu gempa bumi yg berlaku dari tahun 1990 hinggalah 21 April 2011 manakala picture sebelah kanan gempa bumi yang berlaku dalam tahun 2011. Jelas menunjukkan seismicity sangat aktif sebelum dan terutamanya selepas gempa besar tersebut di kawasan timur laut Jepun.



Major Tectonic Boundaries: Subduction Zones -purple, Ridges -red and Transform Faults -green

Sumber: http://neic.usgs.gov/neis/bulletin/neic_c0002w98_h.html




Tuesday, April 19, 2011

Big Buddha

Hari sabtu yang lepas (16 April 2011) kami berlima (group nakal+comel+perasan+tapi bijak) meneruskan jelajah mencari bunga sempena musim bunga di Jepun ni. Disebabkan tiga orang ahli nakal+comel+perasan+tapi bijak ni malas nak mengayuh basikal maka kami pun sebulat suara memilih menaiki bas untuk ke Ushiku Daibutsu. Senang je dari TBIC ke Ushiku 15 minit naik bas warna biru susu tu no 47 and then kat Ushiku tukar bas no 1, dalam 20-30 minit sampai la ke Ushiku Daibutsu.

Ushiku Daibutsu adalah patung Buddha Besar yang terletak di Ushiku, Ibaraki, Jepun. Memang besar giler la. Siap dibina sepenuhnya pada tahun 1993 dan mencatatkan rekod dalam “Guinness Book of World Records” sebagai patung tertinggi kat dunia. Tinggi Big Buddha ni adalah 120m. Patutnya dalam Big Buddha ni ada lif yang boleh bawa kami sehingga ke ketinggian 85m tapi sebab gempa bumi lif tu tak boleh digunakan dan kami hanya boleh naik hingga level 3 jer dimana terdapat 3300 sample patung Buddha emas.

Detail pasal big Buddha ni adalah…
• Weight: 4003 tons
• Length of Left Hand: 18.00 m
• Length of Face: 20.00 m
• Length of Eye: 2.55 m
• Length of Mouth: 4.50 m
• Length of Nose: 1.2 m
• Length of Ear: 10.0 m
• Length of the First Finger: 7.0 m
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Ushiku_Daibutsu

Kebetulan hari ni agak cerah so agak panas la. Terasa macam kat Malaysia pulak bila cuaca cam ni. Sesi bergambar pun diteruskan. Memang cantik sungguh-sungguh bunga-bunga itu…Subbahanallah… Macam bunga tipu yang ditabur-tabur. Bunga warna ungu, kuning, pink, putih, merah, oren dan macam-macam warna lagi. Paling aku suka tengok yang warna pink keunguan tu la sebab ditanam dikawasan ala-ala berbukit dan dikelilingi sakura. Memang cantik,cantik sangat-sangat.

Antara foto-foto yang di tangkap
*
*
*

Tinggi tak Buddha kat belakang tu

Semasa proses pembinaannya

Tengok ibu jari kaki dia lebih tinggi dari aku

Kat Level 3, sample patung buddha...banyak, ada 33oo patung semuanya


Pemandangan paling aku suka kat sini...cantik

Bunga Kuning, putih dan oren

Rasa nak golek-golek atas bunga ni macam dalam filem hindustan tu

~K.A.M.I~


Monday, April 11, 2011

Gempa kuat lagi

11 April 2011 - Selepas sebulan gempa kuat dan tsunami Pasific-Tohoku, aku entah ke berapa kali merasa lagi gegaran yang agak kuat. Masa 11 April ni pengalaman rasa gegaran dalam dapur kat TBIC pulak. Keadaan dan situasi yang berbeza. Kali ni dengan Tim jer.Tgh2 masak start bunyi & rasa. Kali ni rasa yg gegar kuat tu cepat so aku off dapur and masuk bawah meja. Tim cam biasa aku kena panggil suruh dok bawah meja. Debar jugak dengan bunyi periuk2.. Selesai jer boleh nk sambung lagi masak. Tapi kami tgk2 kat luar semua tukang masak TBIC yg sdg sibuk memasak jugak dah ada kat luar. Apa lagi lari keluar jugak la. Kat luar lama jugak. Staf TBIC check dulu takut2 ada kerosakan ker crack ker atau kebocoran gas ker. Bila semua selesai kami pun sambung masak balik. Maklumat gempa yang berkekuatan M7.1 ni yang warna MERAH dalam jadual kat bawah.

Rentetan gempa kuat ni banyak la gegar2 kecil yang aku rasa. Rasa balik la macam sebulan yang lepas..Pukul 8.42 malam rasa lagi gegar kuat. Masa ni Teep ada dalam bilik aku. Dalam takut2 tu lawak jugak la sebab aku ngan Teep dua2 masuk bawah meja. Gempa ni magnitud dia sederhana iaitu M5.9 tapi berlaku kat Ibaraki..memang prefecture kami dah.. Maklumat gempa ni warna MERAH SUSU dalam jadual kat bawah.

12 April 2011 - On da way g kelas dalam bas masa ni. Bas terenjut2. Tengok kat luar pokok2 dh bergoyang. Sekali lagi rasa gegar kuat. kali ni 1st time dalam bas. Nasib baik kejap jer. Gempa dengan kekuatan M6.3 berlaku kat Chiba. Dekat dah tu ngan kami..Maklumat gempa warna HIJAU dalam jadual kat bawah.

Sampai kelas cam biasa "selfishstudy". Bulan ni kami banyak selfstudy sebab kebanyakan sensei sibuk dengan gempa dan tsunami yang lepas dan gempa yang baru. Dalam kelas rasa la beberapa kali gegar lagi. Yang paling kuat pada 2.06petang magnitud M6.3. Masa ni kepala dah pening tak boleh tahan lagi. So lupakan selfstudy aku tido jer..maka tercetuslah status di Facebook "Pening la macam ni". Maklumat gempa warna BIRU dalam jadual bawah ni.


"Allah bagi musim bunga untuk aku tersenyum disamping dugaanNya...Indahnya ciptaan Allah tiada siapa boleh melawan...Subahanallah... Allah bagi aku rasa takut agar selalu mengingatiNya. Ya Rahman, Ya Rahim...Semoga kami menjadi hambaMu yang diredhai dunia dan akhirat."


Tarikh

Masa (JST)

Kawasan Gempa

Magnitud

11 Apr 2011

17:16

Fukushima-ken Hamadori

M7.1

11 Apr 2011

20:42

Ibaraki-ken Hokubu

M5.9

12 Apr 2011

08:08

Chiba-ken Toho-oki

M6.3

12 Apr 2011

14:07

Fukushima-ken Hamadori

M6.3












Sumber : http://www.jma.go.jp/en/quake/quake_singendo_index.html

Sunday, April 10, 2011

Tsukuba Center

Misi untuk mengadakan sesi fotografi tak berjaya semalam sebab cuaca mendung+hujan renyai2...So untuk tidak menghampakan perasaan aku yg nk keluar jalan2 ni..kami berempat (Teep, Tim, Cidgem dan aku) pun pegi la jalan2 ke Tsukuba Center..so hasilnya banyak lah yen yang keluar..shoping3x

Preliminary Sakura


Shopping time

Shopping time

Inilah hasilnya...
*
*
*
*
*
...harap hari ni cuaca baik...sekarang masih mendung..tapi tak semendung semalam..

Saturday, April 9, 2011

Tenkiu Cik Embun & Cik Zen

Tenkiu Cik Embun & Cik Zen kerana telah mencantikkan blog saya. Ceritanya saya tengok blog Cik Embun..Macam2 dia letak..Saya pun order la. Saya malas nak godek2 sendiri. Tapi saya tetap nak konsep warna hijau tu. Tapi lepas Cik Embun tambah itu dan ini dah hilang On'na Noko saya. Tak tahu g mana...huhuhu.

Yang bestnya dalam proses Cik Embun mengedit blog saya, saya pun buka jugak. Mula2 terkejut sebab Cik Embun telah mencacatkan blog saya. Pastu bila tya Cik Embun, Cik Embun cakap tunggu dulu jangan buka lagi sehingga Cik Embun cakap siap. Tapi saya buka2 juga. Tak sabo..ngeee

Malam nyer Cik Zen pulak rajin tambah2. Ada la Cik Zen tambah kartun..comot jer.. saya pun remove...hehehe..sorang tambah sorang delete. lawak jer.. Tapi semalam memang best layan blog jer. Nak tambah apa2 saya order kat Cik Embun & Cik Zen jer..:)

Hmm..sekian cerita untuk edit blog. Cerita hari ni pulak...Hari ni ingat nak menjalankan sesi photografi sempena sakura yang sedang memekar di sekitar Tsukuba. Subhanallah cantik sangat sakura ni...K lah nanti update pasal sesi photografi tu kalau jadi..
*
*
*
Gambo Cik Embun & Cik Zen
*
Sape lebih tembam...:P

Orang jogging diorang bergambo jer @ Taman Jaya, PJ, SELANGOR

Kat Pesta Buku 2010, PWTC, KL

Gambar lama..Giant, Manjung. PERAK


P/s: Aah, diorang memang "poyor"


Friday, April 8, 2011

Gegaran Susulan yang Kuat

Semalam sebab rasa letih dan penat aku pun mengambil keputusan untuk tidur lebih awal (padahal tiap2 malam pun tdo awal..:p)..lepas tu rasa goyang..pastu pk jap..mimpi ke ni..mimpi ke betul??..kepala tengah weng2..and then dgr suara org bising2 kat luar..ni bukan mimpi..aku pun bangun la buka pintu..jumpa pulak Tim..tak dok bawah meja la menyembang kejap..masa tu dh krg sikit gegarnya..check web JMA magnitud 7.4 kat Miyagi..patutlah rasa kuat jugak.

Sebab apa aku ingat mimpi...lepas je eq besar hari tu aku selalu mimpi eq. Boleh dikatakan tiap2 malam. Tapi kadang2 ada yang betul pun aku ingat mimpi..Selalu mimpi yang bangunan runtuh la..tapi setakat ni tak mimpi tsunami lagi..apa2 pun harap selamat semuanya..amin..

Info gempa bumi setelah di revised (sumber USGS)

Magnitude7.1
Date-Time
Location38.253°N, 141.640°E
Depth49 km (30.4 miles)
RegionNEAR THE EAST COAST OF HONSHU, JAPAN
Distances66 km (41 miles) E of Sendai, Honshu, Japan
114 km (70 miles) E of Yamagata, Honshu, Japan
116 km (72 miles) ENE of Fukushima, Honshu, Japan
330 km (205 miles) NNE of TOKYO, Japan
Location Uncertaintyhorizontal +/- 13.1 km (8.1 miles); depth +/- 7.2 km (4.5 miles)
ParametersNST=426, Nph=427, Dmin=358.4 km, Rmss=0.75 sec, Gp= 32°,
M-type=regional moment magnitude (Mw), Version=B
Source
  • USGS NEIC (WDCS-D)
Event IDusc0002ksa

Untuk makluman kematian untuk gempa besar Tohoku-Pasific 11/3/2011 setakat hari khamis 7/4/2011 adalah 12690 orang dan 14736 still missing. Yang still missing tu kebanyakan kat area Fukushima (tempat kebocoran loji nuklear) sebab susah/ tak boleh nak search and rescue kat area tu.

Kat bawah ni link yang diemail oleh Dr. Shoichi Ando, pengarah IISEE . Video2 ni pasal tsunami hari tu.