Tuesday, April 19, 2011

Big Buddha

Hari sabtu yang lepas (16 April 2011) kami berlima (group nakal+comel+perasan+tapi bijak) meneruskan jelajah mencari bunga sempena musim bunga di Jepun ni. Disebabkan tiga orang ahli nakal+comel+perasan+tapi bijak ni malas nak mengayuh basikal maka kami pun sebulat suara memilih menaiki bas untuk ke Ushiku Daibutsu. Senang je dari TBIC ke Ushiku 15 minit naik bas warna biru susu tu no 47 and then kat Ushiku tukar bas no 1, dalam 20-30 minit sampai la ke Ushiku Daibutsu.

Ushiku Daibutsu adalah patung Buddha Besar yang terletak di Ushiku, Ibaraki, Jepun. Memang besar giler la. Siap dibina sepenuhnya pada tahun 1993 dan mencatatkan rekod dalam “Guinness Book of World Records” sebagai patung tertinggi kat dunia. Tinggi Big Buddha ni adalah 120m. Patutnya dalam Big Buddha ni ada lif yang boleh bawa kami sehingga ke ketinggian 85m tapi sebab gempa bumi lif tu tak boleh digunakan dan kami hanya boleh naik hingga level 3 jer dimana terdapat 3300 sample patung Buddha emas.

Detail pasal big Buddha ni adalah…
• Weight: 4003 tons
• Length of Left Hand: 18.00 m
• Length of Face: 20.00 m
• Length of Eye: 2.55 m
• Length of Mouth: 4.50 m
• Length of Nose: 1.2 m
• Length of Ear: 10.0 m
• Length of the First Finger: 7.0 m
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Ushiku_Daibutsu

Kebetulan hari ni agak cerah so agak panas la. Terasa macam kat Malaysia pulak bila cuaca cam ni. Sesi bergambar pun diteruskan. Memang cantik sungguh-sungguh bunga-bunga itu…Subbahanallah… Macam bunga tipu yang ditabur-tabur. Bunga warna ungu, kuning, pink, putih, merah, oren dan macam-macam warna lagi. Paling aku suka tengok yang warna pink keunguan tu la sebab ditanam dikawasan ala-ala berbukit dan dikelilingi sakura. Memang cantik,cantik sangat-sangat.

Antara foto-foto yang di tangkap
*
*
*

Tinggi tak Buddha kat belakang tu

Semasa proses pembinaannya

Tengok ibu jari kaki dia lebih tinggi dari aku

Kat Level 3, sample patung buddha...banyak, ada 33oo patung semuanya


Pemandangan paling aku suka kat sini...cantik

Bunga Kuning, putih dan oren

Rasa nak golek-golek atas bunga ni macam dalam filem hindustan tu

~K.A.M.I~


6 comments:

MiMi said...

ngape bai tak ikot?

yatie chomeyl said...

lawa sweater angah ;)

Muna Zaen said...

heh...
tempat ni pun dalam list post to be written...korang pegi ketika musim bunga, sgt cantek..

LilYofDaPond said...

cantik dan mententeramkan jiwa la mazni..best2

zerNn AziS said...

kiranya dlm patung tu boleh masuk eh...

mazni_azis said...

Mimi: Bai g tempat lain
Ucu: tq..tapi sebenarnya utk lelaki..hehe
The Dreamer:pegi musim bila dulu..kitaorg patutnya g Sanriku bulan 5 tapi cancell dah
Zu:mmg cantik..
zern:boleh..besar dalam tu.