11 April 2011 - Selepas sebulan gempa kuat dan tsunami Pasific-Tohoku, aku entah ke berapa kali merasa lagi gegaran yang agak kuat. Masa 11 April ni pengalaman rasa gegaran dalam dapur kat TBIC pulak. Keadaan dan situasi yang berbeza. Kali ni dengan Tim jer.Tgh2 masak start bunyi & rasa. Kali ni rasa yg gegar kuat tu cepat so aku off dapur and masuk bawah meja. Tim cam biasa aku kena panggil suruh dok bawah meja. Debar jugak dengan bunyi periuk2.. Selesai jer boleh nk sambung lagi masak. Tapi kami tgk2 kat luar semua tukang masak TBIC yg sdg sibuk memasak jugak dah ada kat luar. Apa lagi lari keluar jugak la. Kat luar lama jugak. Staf TBIC check dulu takut2 ada kerosakan ker crack ker atau kebocoran gas ker. Bila semua selesai kami pun sambung masak balik. Maklumat gempa yang berkekuatan M7.1 ni yang warna MERAH dalam jadual kat bawah.
Rentetan gempa kuat ni banyak la gegar2 kecil yang aku rasa. Rasa balik la macam sebulan yang lepas..Pukul 8.42 malam rasa lagi gegar kuat. Masa ni Teep ada dalam bilik aku. Dalam takut2 tu lawak jugak la sebab aku ngan Teep dua2 masuk bawah meja. Gempa ni magnitud dia sederhana iaitu M5.9 tapi berlaku kat Ibaraki..memang prefecture kami dah.. Maklumat gempa ni warna MERAH SUSU dalam jadual kat bawah.
12 April 2011 - On da way g kelas dalam bas masa ni. Bas terenjut2. Tengok kat luar pokok2 dh bergoyang. Sekali lagi rasa gegar kuat. kali ni 1st time dalam bas. Nasib baik kejap jer. Gempa dengan kekuatan M6.3 berlaku kat Chiba. Dekat dah tu ngan kami..Maklumat gempa warna HIJAU dalam jadual kat bawah.
Sampai kelas cam biasa "selfishstudy". Bulan ni kami banyak selfstudy sebab kebanyakan sensei sibuk dengan gempa dan tsunami yang lepas dan gempa yang baru. Dalam kelas rasa la beberapa kali gegar lagi. Yang paling kuat pada 2.06petang magnitud M6.3. Masa ni kepala dah pening tak boleh tahan lagi. So lupakan selfstudy aku tido jer..maka tercetuslah status di Facebook "Pening la macam ni". Maklumat gempa warna BIRU dalam jadual bawah ni.

"Allah bagi musim bunga untuk aku tersenyum disamping dugaanNya...Indahnya ciptaan Allah tiada siapa boleh melawan...Subahanallah... Allah bagi aku rasa takut agar selalu mengingatiNya. Ya Rahman, Ya Rahim...Semoga kami menjadi hambaMu yang diredhai dunia dan akhirat."
Tarikh | Masa (JST) | Kawasan Gempa | Magnitud |
11 Apr 2011 | 17:16 | Fukushima-ken Hamadori | M7.1 |
11 Apr 2011 | 20:42 | Ibaraki-ken Hokubu | M5.9 |
12 Apr 2011 | 08:08 | Chiba-ken Toho-oki | M6.3 |
12 Apr 2011 | 14:07 | Fukushima-ken Hamadori | M6.3 |
2 comments:
mazni...i rasa, panjangla karangan ko utk Buletin Meteorologi....
tabahla mengahadapai ujian ini...
Post a Comment