Sunday, June 26, 2011

Mimpi arwah tok

Semalam mimpi arwah tok. Tapi bila ingat-ingat balik bukan muka tok yang aku nampak. Cuma bila bangun aku teringat tok. Rasa sedih pulak...dan mulalah rasa terkilan kembali menjelma sebab tak dapat tengok tok untuk kali terakhir masa tok dikafankan...Aku bangun dan baca yasin untuk arwah.

Tapi mimpi tu jadi lebih dasyat lagi bila aku nampak mayat wanita bertubuh besar yang ingin dikafankan oleh sekumpulan wanita yang tidak tahu cara-cara pengurusan jenazah. Mereka melakukan dengan cara yang agak kasar terhadap jenazah itu. Aku yang tahu hanya melihat dan kasihan di dalam hati kerana aku takut untuk memegang jenazah itu (dalam mimpi tu la). Kemudian bila aku bangun aku fikir sendiri ...aku berani atau tidak nak menguruskan jenazah. Aku pun tak tahu sebab tak pernah lagi. Tapi aku harap aku diberi kekuatan untuk menguruskan jenazah. Masa di UKM dulu aku ada belajar pasal pengurusan jenazah. Ilmu tu alhamdulillah aku masih ingat lagi. Terbayang lagi latihan amali yang kami lakukan. Menguruskan jenazah ni fardhu kifayah bagi orang islam. Aku terfikir...kebiasaannya orang tua-tua yang menguruskan jenazah ini. Apa akan jadi bila mana orang tua-tua yang arif dalam menguruskan jenazah ini meninggal dunia. Semoga ramai generasi muda boleh mengambil alih tugas ini.



Al-fatihah untuk arwah tok...Maimunah binti Ibrahim.

Sunday, June 19, 2011

Yokohama

18 Jun 2011 - Hari ini kami sempat berjalan-jalan ke Yokohama. Yokohama adalah bandar kedua terbesar di Jepun dengan populasi lebih dari 3 juta orang. Yokohama terletak lebih kurang 30 minit dari Tokyo. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati disini. Tapi disebabkan kami tiba agak lewat di Yokohama dan hujan sekejap-sekejap, tak banyak tempat yang sempat kami jelajah. Semua pakat tertarik pada Cosmo World amusement park sebab nak naik roller coaster tak termasuk aku la. Aku memang penakut tahap tak boleh paksa naik..fobia..huhuhu. So deme berempat jer la yang naik. Nak masuk Cosmo World ni free cuma kalau nak main apa2 kat dalam tu kena la bayar. Aku hanya naik Ferris wheel dan masuk rumah hantu. Serius cakap rumah hantunyer tak takut langsung. Memang la bunyi dah canggih tapi cara hantu tu keluar sangat la cool. Rumah hantu kat Melaka tu lebih mencabar la. Masuk rumah hantu kena bayar 500yen dan naik Ferris wheel tu 700yen.


Ni kat station Sakuragicho...satu stesen selepas stesen Yokohama

Cosmo World

Dalam Ferris wheel...antara yang terbesar di dunia

Gambar ni diambil masa kami di dalam Ferris wheel tu

Kat Red Brick Warehouses...dulu warehouses masa ada pelabuhan kat sini tapi sekarang jadi kedai-kedai dan restoran. Kami tak sempat nak jenguk2 kat sini cuma ambil gambar sambil-sambil tunggu bas 100 yen.

Tak banyak souvenir yang boleh dibeli. Beli jugak la tanda ingatan...

Gambar pun tak banyak aku ambil sebab hujan. Kamera aku ni anti gelap sikit. Kalau ada masa nak pergi lagi. Lagi best kalau dapat bermalam di sini. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang perlu diterokai...:)


Thursday, June 16, 2011

Sos tiram melambung ke udara!!!

Kari daging kambing dah siap...
*
*
Kuah spageti and spageti pun dah tersedia....
*
*
Sekarang tinggal nak goreng sayur..kejap je ni...dah boleh kemas dah...
Aku pun tumis bawang and then pegi amik sos tiram..
Sengih2 sambil buka sos tiram..

Tiba-tiba..................................Gedebushhhhhhhhh....
Sos tiram meletup!!!

Hua...hua...hua.....nak nangesssssss..

Habis la syiling, lantai, tudung aku, baju teep sikit, delvin sikit...Tim jer terselamat...
Kan satu keje nak kena cuci sos tiram..huhuhu

Bukan sengaja... dah dia nak meletup nak wat cam mana kan...Mana aku tau...:(
Sepatutnya boleh makan lebih awal tapi terpaksa la makan lewat sikit. Serius terkejut masa aku buka sos tiram tu and then sos tiram menlonjak keluar. Rasa macam bom pulak. Ingat dah habis satu dapur tu dipenuhi dengan sos tiram. Sib baik la ada kawan2 yang tolong cucikan...:)

Sayur lebih enak dengan sos tiram...jom makan sekarang!!!

Saturday, June 11, 2011

Jalan-jalan ke Asakusa

Selepas kami membeli belah kain-kain di TOMATO, Nippori kami meneruskan perjalanan ke Asakusa sebab nak beli souvenir. Sebenarnya ini pun bukan kami pertama kami ke Asakusa. 1st time pergi masa time winter. Sangat berbeza lah pergi sekarang sebab panas dan niat nak membeli belah pun berkurang. Pakai amik je apa yang berkenan and then jalan-jalan tangkap gambo balik. Lagipun dah penat jalan and bawa barang pun banyak.

Nak pergi ke Asakusa ni sangat senang sebab dari Tsukuba Center hanya perlu naik Tsukuba Express ke Asakusa. Tak perlu tukar-tukar train. Tapi sebab kami dari Nippori hari tu so kami terpaksa ke Ueno dahulu menggunakan JR Yamanote and then from Ueno ke Asakusa naik Tokyo Metro (Ginza Line). So dari Nippori ke Asakusa lebih kurang 30 minit. Sampai jer di Asakusa, alamak ramainya manusia...

Asakusa ni memang tempat terkenal di Tokyo untuk pelancong-pelancong. Banyak souvenir boleh didapati di sini. Berderet kedai2 so kena pandai pilih kedai jugak sebab ada yang murah dan mahal. Kat Jepun ni tak der tawar menawar apa harga yang tertera tu la yang kita kena bayar walaupun ambil banyak sekali pun. Senang juga tak der la kena tipu kita hanya kena pandai survey kedai yang murah sikit la.

Di Asakusa ni terdapat Sensoji Temple iaitu temple paling famous dan antara temple tertua kat Jepun ni (sumber: http://www.japan-guide.com/e/e3004.html) . Disepanjang jalan nak ke Temple ni la deretan kedai-kedai menjual souvenir.

Link
~start membelek-belek dan membeli t-shirt, kipas, magnet bar, and macam-macam lagi..
kedai ni agak murah berbanding dengan kedai-kedai lain~

~Antara barang-barang yang aku beli...tak banyak sangat pun sebab duit dah habis beli kain-kain masa kat TOMATO, Nippori~

~Masuk dalam kawasan Sensoji temple...~

~Tak lupa picture masa first time datang dengan Bai, Teep, Tim dan Adjie~

~1st time datang awal pagi and musim sejuk...rasa best la sikit nak jalan-jalan and membelek souviner~



Sunday, June 5, 2011

TOMATO @ Nippori

Akhirnya sampai juga hajat nak pergi membeli kain di TOMATO. TOMATO ni nama kedai kain di NIPPORI. NIPPORI dikenali sebagai "Nippori Textile Town". Memang bersesuaian dengan nama bandar ni sebab banyak kedai-kedai kain disepanjang jalan. TOMATO adalah salah satu kedai yang paling femes kat sini. Harganya murah dan berpatutan.

Pagi Sabtu 4 Jun 2011, TEEP, TIM, DELVIN dan AKU memulakan perjalanan dari TBIC ke Tsukuba Center naik bas free JICA kemudian naik train Tsukuba Express ke Kitasenju. Dari Kitasenju ambil JR Joban Line ke Nippori. Keluar stesen Nippori cari EXIT North lepas jumpa EXIT North cari EXIT East. Lepas turun escalator tu nampakla "Nippori Textile Town 200m" Yeay dah sampai!! Lepas pegi Nippori kami jalan-jalan cari souvenir kat Asakusa.

Sebenarnya kami dah pernah datang Nippori ni tapi sedihnya TOMATO tutup pada hari tu sebab cuti umum. TOMATO dibuka setiap hari Isnin-Sabtu jam 10.00pagi hingga 6.00petang dan tutup pada hari Ahad serta cuti umum. Boleh juga beli online di SINI ya. Semalam masa kami pegi memang ramai giler orang berpeluh-peluh nak pilih kain. Ramai sangat orang sampai mood nak beli pun berkurang. Tapi dapatla juga aku beli beberapa pasang kain cotton dan kain jenis lembut tak tahu nama apa. Sekarang tengoklah gambar-gambar yang diambil...


~Gambar ni diambil 1st time datang pada 05May2011~


~2nd time datang...dalam kedai ni tak leh ambik gambar..curi2 juga ambik sekeping dua..~

~Lepas shopping kain makan dulu...Kedai ni hanya jual seafood..
no niku( daging)..sebelah stesen jer~

~Inilah hasil yang ku beli pada hari ini. Bolehlah buat baju raya adik-adikku yang poyor itu...hehehe~

Nota kaki: sib baik 1st time datang tutup sebab masa tu tak bawa bodyguard...berat oooo kain2 ni..:P

Thursday, June 2, 2011

SHE IStanbul

Dua hari terasa ketiadaan Cigdem...sunyi sikit la. Cigdem kawan kami dari Ankara, Turkey. Anak kedua dari dua beradik. Abangnya handsom dan bekerja sebagai doktor tapi sudah berkahwin dan mempunyai anak...cerita apakah yang ingin kusampaikan..hehehe..intro jer tu.

Main point is kitaorang yang selalu makan, naik bas, bersembang dan jalan-jalan dengan Cigdem amat terasa ketiadaan Cigdem tambah2 lagi Atifah. Cigdem pergi mana? Start 1 Jun 2011 kami semua kena start individual study secara serius demi memastikan Master in Disaster Management Policy dapat kami genggam. So beberapa orang dari course kami akan ke Universiti tertentu untuk menyiapakan master tesis. Termasuklah bestfriend kami Cigdem. Cigdem kena pegi Tokyo. Cigdem sangat amik berat pasal kawan2 dia. Selalu selesaikan masalah kawan2nyer. Tapi kadang2 kuat juga bebel...hehehe. We miss you Cigdem Tetik...

Patutnya aku pun kena buat master tesis kat Tohoku University. Tapi sebab gempa bumi besar hari tu aku kena stay kat BRI. Sebabnya office supervisor tak jadi aku terjejas juga dan tak der tempat nak buat kerja. Alhamdulillah aku bersyukur sebab kalau pergi sana, aku yang memang jenis homesick ni kena la amik masa untuk menyesuaikan diri.

So sekarang ni busy belek buku sana, belek buku sini, run simulation, kacau Bai kat Library, kacau Teep kat bilik Seismo, kacau Delvin kat bilik EE, sembang dengan Tim kat bilik Tsunami dan lain-lain yang bersesuaian.

Tinggal kurang 4 bulan lagi aku akan pulang...semoga sisa masa di sini dapat diisi dengan baik dan dapat menyiapakan tesis dengan baik juga. Semoga dipermudahkan...amin



~K.A.M.I~

~with cigdem~

~send off party_@IISEE_30Mei2011~