Sunday, June 5, 2011

TOMATO @ Nippori

Akhirnya sampai juga hajat nak pergi membeli kain di TOMATO. TOMATO ni nama kedai kain di NIPPORI. NIPPORI dikenali sebagai "Nippori Textile Town". Memang bersesuaian dengan nama bandar ni sebab banyak kedai-kedai kain disepanjang jalan. TOMATO adalah salah satu kedai yang paling femes kat sini. Harganya murah dan berpatutan.

Pagi Sabtu 4 Jun 2011, TEEP, TIM, DELVIN dan AKU memulakan perjalanan dari TBIC ke Tsukuba Center naik bas free JICA kemudian naik train Tsukuba Express ke Kitasenju. Dari Kitasenju ambil JR Joban Line ke Nippori. Keluar stesen Nippori cari EXIT North lepas jumpa EXIT North cari EXIT East. Lepas turun escalator tu nampakla "Nippori Textile Town 200m" Yeay dah sampai!! Lepas pegi Nippori kami jalan-jalan cari souvenir kat Asakusa.

Sebenarnya kami dah pernah datang Nippori ni tapi sedihnya TOMATO tutup pada hari tu sebab cuti umum. TOMATO dibuka setiap hari Isnin-Sabtu jam 10.00pagi hingga 6.00petang dan tutup pada hari Ahad serta cuti umum. Boleh juga beli online di SINI ya. Semalam masa kami pegi memang ramai giler orang berpeluh-peluh nak pilih kain. Ramai sangat orang sampai mood nak beli pun berkurang. Tapi dapatla juga aku beli beberapa pasang kain cotton dan kain jenis lembut tak tahu nama apa. Sekarang tengoklah gambar-gambar yang diambil...


~Gambar ni diambil 1st time datang pada 05May2011~


~2nd time datang...dalam kedai ni tak leh ambik gambar..curi2 juga ambik sekeping dua..~

~Lepas shopping kain makan dulu...Kedai ni hanya jual seafood..
no niku( daging)..sebelah stesen jer~

~Inilah hasil yang ku beli pada hari ini. Bolehlah buat baju raya adik-adikku yang poyor itu...hehehe~

Nota kaki: sib baik 1st time datang tutup sebab masa tu tak bawa bodyguard...berat oooo kain2 ni..:P

9 comments:

IDA JALAL said...

mazni, brp harganya kalau convert RM? japanese cotton ke, kalau kat sini rasanya dlm 100++ gitu

Muna Zaen said...

sugoi ne..! ikuradesuka... :)

yatie chomeyl said...

bnykny abeli angah...lenkali kalau nak p habaq kat ucu na...nak kirim jugak hehe

zerNn AziS said...

cepat2 pos eh..hehehe,,,

zerNn AziS said...

i nak yg warna oren tu..kotak tiga kebawah dari kiri..ok..:p
ajad poyor: nak warna meron pink2 kotak kedua kanan
tjah: nk pink bawah ajad..ok!
weols cop dulu eh...sekian

mazni_azis said...

kak zaridah:lebih krg 64 rgt malaysia.
Muna:macam2 harga ada..
ucu:mai la turun nippori...hehehe..ramai giler org..huhuhu
zern:kain yg kamu pilih tu keras sikit sesuai bt skirt kot..3 kotak yg atas dh berpunya yer..kiter dh pos smlm by air.

zerNn AziS said...

sapa punya..huhuhu,,,skirt2 pon skirt la,,,buat skirt pon lawa jugak kn...beli ape je lg.....hehehe

cik embun said...

hoho....
i nk yg kotak first kiri tu ...haha .ade sesiape cop da ke? ataupun yg dkt pkataan mazni tu ...hahaaaa ...

mazni_azis said...

c.e:kotak atas tu kanan sekali jer available yg lain dh sold out ok. yg dekat nama tu ok leh booking..:)