Saturday, February 25, 2012

Resah hati terjawab...

Rabu, 22 Februari 2012- Sejak malam fikiran mengarut fikir yang bukan-bukan..hati terasa ada sesuatu..sedih..tertekan..berat. Tapi tak tahu puncanya..tak dapat dikesan...mungkinkah PMS..Ada tanda-tanda nak menangis. Aku berdoa dalam hati semoga tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku terhadap insan-insan yang aku sayang. Aku call rumah cakap dengan mak dan dapat tahu Hafiz demam...agak teruk..mungkin jugak sebab ini hati rasa sesuatu...

Pagi 23 Februari 2012 terbaca kisah adik Faris, entah mengapa perasaan simpati dan empati menusuk-nusuk ke hati. Satu demi satu artikel yang ditulis oleh Mazidul Akmal Sidek aku baca. Lepas tu kongsikan di FB. Rupanya ada sedara aku yang kenal keluarga ni. Beberapa jam aku post kat FB aku dapat berita adik Faris sudah tiada. Walaupun baru kenal itu pun melalui blog terasa sangat sayangkan dia..terasa seperti dekat. Mendengar berita dia sudah pergi untuk selama-lamanya membuatkan airmata laju je turun ke pipi. Semoga ayah, ibu dan keluarga adik Faris terus diberi ketabahan dan kekuatan menerima perpisahan ini...Al-Fatihah.. InsyaAllah mereka akan bertemu lagi disana.

Dan semalam sekali lagi airmata ku mengalir bila mendapat tahu ayah sahabatku Dyana Hani telah kembali ke rahmatullah. Salam takziah kepada Ann sekeluarga. Aku doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang mendapat keberkatan...Al- fatihah untuk arwah.

Tuesday, February 21, 2012

Muharram kembali...

After 2 months and 1 week, Muharram boleh diambil. Still puncanya tak dapat dikesan. Suspect shock circuit but punca shock circuit tu tak tahu. Habis terbakar wire dalam tu..Penyakit pelik betul si Muharram ni... dah lama tak bawa dia rasa lain sangat-sangat. Tak berapa nak best drive dah. Tapi still best lagi menekan minyak..:). Sebenarnya ada sedikit rasa fobia nak bawa Muharram ni lepas kes dia dulu. Apakah maksudnyer...Perlukah aku mencari Muharram junior?? lambat sangat pula.. Ker cari Robiulawal pulak..huhuhu. Tapi kena buat budget dulu la sebab ada benda yang lebih penting perlu didahulukan. Lepas ni macam serik dah nak beli proton. Kos repair Muharram Alhamdulillah hanya RM 1,604.35. Aku budget dan dari cerita-cerita orang selalunya dalam 3-5k juga la kos dia.

Detailnyer adalah...

DESCRIPTION QUANTITY AMOUNT
Harness Chassis Fr 1.000 EA 533.64
Harness Body Main 1.000 EA 821.11
Bulb, Headlamp (H4) 1.000 EA 13.21
Bulb, Tail Lamp 1.000 EA 9.02
Total Labour 214.5
Government Tax 6% 12.87
TOTAL 1604.35

Friday, February 17, 2012

Entry suka suki

Sebulan lagi... lepas sebulan tu dua bulan lagi...apakah motif entry kali ini. Motifnyer terperasan yang dah tiga minggu blog tak berupdated. Macam busy sesangat padahal tak der la buat apa sangat...tapi agak busy la juga.
Hujan sekarang ni dibeberapa tempat di Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Kedah, Perak dan Johor. Sarawak pun hujan termasuk la beberapa tempat di Miri, Bintulu, Mukah dan Sibu. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga awal malam 17 Februari 2012.
Cepatlah ahad menjelma...rindu dekat hari ahad boleh tak...:)

Tuesday, January 24, 2012

Rumah kami dimasuki pencuri...

Setelah membaca TRAUMA tulisan Wardina Safiyyah mengenai kejadian pecah masuk rumahnya perasaan aku sangat sedih dan empati terhadap diri dan keluarganya. Dan pada 19 Januari 2012, rumah Nah iaitu kuarters UM yang kami tinggal dimasuki pencuri.

Alhamdulillah kami semua selamat, Alhamdulillah kami tidak melihat muka si pencuri itu, Alhamdulillah tidak banyak kerugian yang dialami. Pencuri tu masuk dalam pukul 2 lebih nak ke pukul 3 pagi...kami tahu ni sebab Aryan terjaga dan Cik mok dia buat susu then cik Mok dengar orang buka-buka almari macam cari sesuatu. Waktu tu Cik Mok ingat Nah yang cari barang, but bila pagi Nah cakap dia tak bangun langsung pun semalam.

Walaupun tak nampak muka pencuri tu, Cik Mok agak trauma sekarang ni. Kesian dia selalu mimpi macam-macam pasal pencuri tu. Betullah kata wardina..."mereka rompak perasaan selamat saya". Kami masih dalam keadaan ketakutan terutamanya Cik Mok. Mukanya tak seceria dulu, pastu nak kemana-mana kena teman.

Kesian adik aku Siti Khatijah, dia dah siap-siap beg untuk balik kampung pagi Jumaat tu tapi begnya dicuri sekali dengan tiket-tiket nak balik Teluk Intan. Laptob dan duit dia dicuri. Pencuri tu juga ambil duit we (banyaklah juga dalam 700++), laptob, kamera dan jam tangan Bonia hantaran Nah dan We juga lesap. Nah pula kehilangan purse dan beg yang dia letak segala jenis kad dan buku bank. Walaupun duit tak banyak dalam purse dia tu tetapi kad-kad dan buku bank penat juga la nak pergi buat lain.

Apapun semua ni ujian. Ada hikmah disetiap sesuatu yang terjadi tu. Bersyukur sangat sebab tak der apa-apa yang terjadi kepada kami. Alhamdulillah.

~Pencuri masuk dari sliding door ni lah~


~Pastu masuk bilik curi beg Tijah...~


~Rumah kami tingkat 2, dia panjat dari sinilah~


Amalkan ayat ini, InsyaAllah kita akan selamat

Dengan nama Allah, yang dengan namaNya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui.

Sunday, January 1, 2012

1st entry for 2012...antara MIMPI dan REALITI

This is my first entry for this year....Tiada matlamat or azam yang ditanam kerana sudah tertanam pada Muharram yang lepas. Semoga istiqamah melakukan apa yang aku nak lakukan. Sepanjang tahun 2011 banyak pengalaman yang dilalui yang sebelum ini tidak pernah terfikir aku akan lalui..Pastilah pengalaman merasai gegaran kuat gempa bumi Tohoku mac 2011 tidak akan aku lupakan sepanjang hayat. Semua yang berlaku adalah ketentuanNya...yang menambahkan kematangan diriku..colours of my life.. End of year 2011 adalah detik-detik ujian hebat untuk diriku. Antara MIMPI dan REALITI. Terima Kasih REALITI kerana hadirnya tepat pada masa. REALITI membangunkan aku dari MIMPI. Ya MIMPI yang aku lalui memang sangat indah tetapi tetap hanyalah sekadar MIMPI. Yang indahnya tidak berpanjangan. Syukur Ya Allah kerana menganugerahkan aku akal untuk mengikut HATI dan bukannya NAFSU!