Friday, March 25, 2011

Jalan-jalan sekitar TIC jumpa restoran India

Hari ni adalah hari ke 12 kami menginap di Tokyo International Center (TIC). Esok InsyaAllah kami akan pulang ke Tsukuba International Center (TBIC). Gembira rasanya dapat pulang ke Tsukuba..Home Sweet Home..:) Dan tak sabar juga nak ke Building Research Institute (BRI) tempat kami belajar..Tempat kami rasa gempa bumi besar pada 11 Mac 2011. Nak jumpa staf2 IISEE yang baik hati dan sensei2 yang ku rindui..

Semalam jalan2 dengan Tim dan Delvin sekitar TIC. Saja...dah boring2 lepas kelas ambil la udara kat luar tu. Lepas tu kami jumpa restoran halal milik warga Pakistan. Apa lagi makan ler jawabnyer..So hari ni bawa Teep dan Cigdem pulak makan2 kat sini. Sampai sekarang still kenyang. Mana tak nya aku memang order macam2 dan banyak pulak tu.. Tak per la bukan senang nak jumpa kan.
Now layan photo2 sekitar TIC dan restoran India. Tak banyak picture yang aku tangkap sebab aku banyak jadi model jer. Tapi dalam kamera Tim...

Aku suka dengan design bangunan ni

Sepanjang jalan ni banyak bangunan cantik yang menarik pandanganku.. disebelah kanan ada masjid yang dibina oleh kerajaan Turkey..

Ambil kesempatan masa traffic light merah kat depan tu..kalau tidak jalan ni sangat busy

Ini dia ahli rombongan pada hari ini..tidak termasuk photographer yer

Ini la restoran India tu...Jom masuk

Masuk2 posing dulu

Mestilah aku pun nak posing jugak kan..

Anak toke restoran..suka sungguh dengan kami..

Fresh salad

Chicken tandori

Sebenarnya banyak lagi makanan yang kami makan. Tapi aku lupa nak ambik gambar. Maklum la teruja sangat nak makan.. tak ingat apa dah.

P/s: Di kesempatan ini nak promote sikit projek my friend untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami kat Jepun. Kita tak dapat tolong banyak tolong sikit pun jadilah.."sikit-sikit lama-lama jadi bukit"...Klik DISINI yer...

Tuesday, March 22, 2011

Apa Yang Aku Mahu

Lepas jer habis tgk TV kat bilik Cidgem ngan Tim & Teep balik bilik rasa sangat sunyi dan seperti merindukan seseorang/sesuatu atau apa2 sahaja yang tak dapat ditangkap oleh otak dan hati.. Tak tahu kenapa terbit rasa sedih dan ingin menangis... Tiba2 jer..APA YANG AKU MAHU.. benci dengan situasi ini aku pun ambil kamera dan snap beberapa photo dalam bilik 551 ni.. Hari sabtu ni dah boleh balik TBIC.. Owh rindunya ngan bilik 335.. Rindunya nak berbasikal dan main badminton kat gym TBIC...

Bilik semasa di TIC

Seminggu ni asyik tengok TV pasal kejadian gempa bumi, Tsunami dan kebocoran loji nuklear di Fukushima... Langsung tak der mood nak study and buat homework yang banyak dan susah tu..

Apa Yang Aku Mahu..Bilik air yang kemas dan tersusun.. Bayangkan mangsa2 kat evacuation area yang tiada kemudahan ini.. sob..sob..sob..

Apa yang aku mahu Katil dan tilam spring yang selesa sudah tersedia..

Meja study la kunun.. tapi malas study...

Apa lagi yg aku mahu..heater pun lengkap..bayangkan sekali lagi mangsa2 tanpa keperluan yg cukup seperti ini.. Alhamdulillah syukur atas nikmatMu tuhan.


Jadi, janganlah bersedih..jom sembahyang Maghrib..

Sunday, March 20, 2011

Riben merah mama...

Riben merah mama adalah sebuah drama lakonan Eja dan pelakon lelakinya aku tak ingat. Drama ini mengisahkan Eja yang mengambil anak angkat yang positif HIV. Suaminya melarang keras perbuatan Eja kerana takut virus HIV itu akan merebak kepada mereka. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Eja mengandung dan melahirkan anak. Suaminya khuatir anak mereka akan terkena virus itu juga. Mereka kemudian berpisah. Kemudian suaminya didapati positif HIV kerana sahabat suaminya adalah HIV positif dan suaminya telah menggunakan pencukur yang sama semasa mereka masih muda beberapa tahun yang lalu. Mungkin jangkitan melalui darah.

Moral dari kisah ini adalah, walaupun kita sebagai manusia cuba elak dan berhati2 tapi kuasa Allah tiada siapa dapat menyangkal. Tapi jangan pula tidak mengambil langkah berjaga2 dan hanya menunggu kerana Allah benci orang yang malas dan tiada daya usaha. Selepas segala usaha dan ikhtiar kita harus berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Beberapa hari yang lepas adalah hari2 yang agak tertekan bagiku untuk membuat keputusan. Semua sedia maklum selepas sahaja bencana gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Pacific coast of Tohoku, Japan, timbul pula masalah kebocoran loji nuklear di Fukushima di mana 4 reaktornya telah meletup. Khabar2 angin di media massa sangat cepat tersebar. Ramai kawan2 dan family mula risaukan keadaan kami disini dan minta kami segera pulang. Jika aku di Malaysia aku pun akan buat benda yang sama. Aku akui aku pun risau dan fikir bukan2 juga masa tu. Melalui pembacaan yang lebih teliti, sokongan dari family dan kawan2, doa yang tak putus aku buat keputusan untuk teruskan perjuangan aku disini.

Keprihatinan pihak JICA dan IISEE menguatkan lagi semangat aku kat sini. Tambahan pula mak cakap walaupun aku kecik tapi aku kuat semangat..:). Mak tak tau aku dah makin tembam..hehehe. Sehingga hari ini usaha2 untuk menyejukkan reaktor2 tu masih berjalan. Mereka bekerja siang dan malam bergilir2 dengan risiko yang tinggi demi memastikan keselamatan yang lain. Sungguh terharu dengan pengorbanan mereka. Marilah kita sama2 berdoa agar masalah ini dapat diselesaikan segera. Boleh dapatkan maklumat tentang radiation di web IAEA , di blog yatiechomeyl, disini dan banyak lagi.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah! Jika Kamu mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika Kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu".


Kehidupan kami kat Tokyo sperti biasa cuma kami mengambil langkah berhati2 dengan tidak menjalankan aktiviti luar dengan kerap..Minggu depan kelas juga berjalan seperti biasa tapi masih lagi di Tokyo International Center(TIC) . Now layan gambar2 kehidupan normal disini.
*
*
*
Nak keluar pakai mask-langkah berjaga2

Orang Jepun steady jer jalan tanpa pakai mask

Aktiviti berjalan seperti biasa..

Berhampiran Hatagaya Stesen

Boleh jer kuar dating..:P

Veteren pun nak dating gak..:)

Semuanya normal seperti biasa..

P/s: Tahap radiation di Tokyo masih berada dalam lingkungan purata normal iaitu 0.028microsieverts/hour-0.079microsieverts/hour

Friday, March 18, 2011

Terima Kasih semua...

Terima kasih kepada semua family dan kawan-kawan yang mendoakan keselamatan kami disini. Teruskan berdoa untuk kami dan yang lain-lain. Semoga masalah kebocoran nuklear itu dapat ditangani segera. Sungguh waktu2 begini sy mengharapkan doa dan sokongan dari semua...

Alhamdulillah...sy bersyukur mempunyai keluarga dan rakan2 yang mengambil berat dan risau akan situasi di sini. Tapi jangan terlalu panic ok..InsyaAllah semua akan kembali normal. Jadi di entry kali ni sy print screen post kawan2 dan family supaya terus menjadi penguat semangat. Ada juga yang chat, hantar mesej dan call tanya khabar. Yang ni tak leh nak print screen tapi akan ku ingat sampai bila2..Terima kasih semua!!


Sebelum tu ni adalah post di FB sebelum berlakunya gempa bumi dan tsunami
Jumaat 11 Mac 2011

From My sister...Siti Zurina Azis

From my sister lagi...Siti Khatijah Azis

From My Friend..Surina @ MMD


From my friend in secondary school..Suhaida

From my ex-student...Saad @ Maahad Taahfiz At-Tijarah

From my friend...Heernani @ MMD


From my friend...Muna@ MMD

From my friend...Mummy @ Kolej Matrikulasi Melaka

From my friend..."Mimi poyor" @MMD

From my friend...Ju @ Kolej Matrikulasi Melaka

From my friend...Ida @ UKM

From my friend...Az @ MMD

sekali lagi From my friend...Az @ MMD


From my cousin...Aisyah

From my friend...Ad @ Kolej Matrikulasi Melaka

From my friend...adik @ Kolej Matrikulasi Melaka

From my brother


Thursday, March 17, 2011

Sikap terpuji orang-orang Jepun

Dari mula aku sampai Jepun aku sudah tahu orang-orang Jepun ni suka bekerja, berdisiplin, menepati masa, baik hati dan lain-lain lagi. Selepas kejadian bencana ini memang terbukti sikap-sikap mereka itu berterusan di waktu sukar juga. Ini antara babak2 yang aku ingat:

1. Sampai je kat TBIC, officer training kami , Yuasa san sambut kami dengan senyuman dan tanya khabar...Dah la hensem+cute+shinsetsu. Nasib baik dah kahwin kalau tak dah lama Tim ngorat.

2. Tukang2 masak kat TBIC lagi peramah dari biasa. Tanya khabar kami..mungkin jelas tergambar kerisauan di muka kami..

3. Pekerja2 yang buat mantainance toilet kat lobby still datang keje hari ahad 13 mac 2011 walaupun air tak der. sanggup diaorang angkut air dari kolam renang kat belakang tu untuk buat kerja2. Mmg respect la.

4. Hari isnin, 14 Mac 2011- 3 hari selepas kejadian, aku ni memang dah tak dak mood nak buat apa2. nak study and buat homework jangan kata la..mmg tak boleh concentrate.. ye la dok berayun ja. tapi orang jepun tetap datang kerja. ketuk bilik aku sebab nak kemas dan ambik sampah..sungguh2 terharu.

5. Sensei merangkap advisor aku, Shibazaki sensei baru call tadi tanya khabar dan tak lupa cakap minggu depan ada lecturer..lepas tu siap tanya dah dapat nota ker.. semalam orang JICA hantar nota2 to Tsunami Course untuk self study.. Ingat boleh dok saja..banyak homework and lecturer notes yg nk kena review ni..


dan banyak lagi la contoh2...

p/s: Nanti I upload pic Yuasa san yer..;)


Gempa Bumi Pacific coast of Tohoku, Japan-sambungan lagi

Ahad - 13 Mac 2011

Hari ni aktiviti aku seharian adalah tengok TV, tidur dan makan. Ini kesan terlalu risau ditambah pula dengan masalah nuklear plant di Fukushima. Jarak Fukushima ke Tsukuba hanya lebih kurang 190 KM. Jadi kami boleh terdedah kepada bahaya itu. Kasihannya pada mereka2 di Tohoku region. Lagi satu bencana mereka terpaksa hadapi..:(

Gegaran jangan risaulah tetap menyusul..Kadang2 terpaksa lari duduk bawah meja..Rasa penat dengan situasi ni. Perasaan berbaur2..Tak tau nak cakap macam mana. Ingat family jer masa ni..kadang2 menangis jugak..hehehe..lembik. Lepas tu teringat satu email yang akan positifkan aku. Aku cari email tu dan baca.. Alhamdulillah kekuatan menjelma kembali.


Ni emailnyer
kadang2 kita ingat, kadang kita lupa,sbb itu diciptanya manusia ini ramai2, yg ingat akan mgingati yg lupa
JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Gempa Bumi Pacific coast of Tohoku, Japan-sambungan

Sabtu-12 Mac 2011

Sehari selepas kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Tohoku, Japan.

Rasa seperti duduk dalam buaian kerana gempa susulan yang banyak. Perasaan takut tu haruslah ada tapi cuba tenangkan diri. Ingat semuanya dugaan dari Allah. Aku dan 4 org kawan lain sempat lagi keluar untuk meninjau keadaan sekeliling. Makanan di dua buah mini stop hampir kehabisan stok sejurus gempa bumi itu. Lihat gambar-gambar ini yang diambil di Ministop berhampiran dengan JICA Tsukuba tempat kami menginap..




Menerusi aktiviti dengan menonton televisyen perkembangan terkini mangsa bencana. Kematian kian meningkat. Mangsa di beberapa tempat evacuation shelter mengalami masalah kesejukan kerana salji turun dan masalah heater. Sunguh kasihan melihat mereka...Gegaran tetap menyusul..kuat dengan tidak jer. Aku mula risau akan berlakunya gempa bumi yang lebih kuat dari semalam...Seperti hilang kawalan seketika... Ditambah pula bekalan air terpaksa di catu kerana masalah paip di Ibaraki Prefecture. Makanan disediakan seperti biasa cuma menggunakan pinggan kertas akibat bekalan air yang terhad..

Gempa Bumi Pacific coast of Tohoku, Japan

Jumaat-11Mac 2011

Hari ni ada kelas "Crust and Upper Mantle Structure" oleh Takaya Iwasaki sensei. Alhamdulillah hari ni tak mengantuk tapi lepas rehat jer dah mula boring. Tapi try juga concentrate kat kelas. Dalam pukul 2.46 ptg(waktu jepun) rasa gegar..owh earthquake. Then sensei teruskan bagi penerangan. Gegaran tadi makin lama makin kuat so masing2 berpandangan dan mula masuk bawah meja. Barang2 kat tepi dinding dah mula jatuh. Gegaran makin kuat dan seperti tak nak berenti..Masa ni aku mengucap jer..Dah rasa macam siling nk jatuh...Alhamdulillah , gegaran tadi berhenti juga. Aku tak ingat berapa lama kami duduk bawah meja tu.

Kemudian masing2 keluar dari bangunan sebab ada asap takut ada kebakaran. Memang biasa selepas gempa bumi kebakaran boleh terjadi. Aku cakap kat Tim, eq ni mesti besar, mesti lebih dari M7.. Tim cakap tak kot dalam M5. Sebab tu dia boleh sengih lagi...hehe....Kemudian sensei check web JMA. Terkejut la kami sebab gempa tadi magnitudnya 8.8 dan pusat gempa di dalam laut dengan kedalaman yang cetek dimana tsunami akan berlaku. Tidak kurang 10 minit ombak tunami sampai ke Sendai.

Sensei panggil participants dari Tsunami Course (aku la) untuk tengok TV sebab tsunami dah start. Serius... sedih tengok..Tengok kereta2 semua kena bawa dengan tsunami. Sampai sekarang aku terfikir nasib orang yang kat atas lori tu. Aku tgk tsunami sedang menghampiri dia..:(

Tiba2 rasa goyang lagi..Kuat juga so semua lari keluar dari bangunan tu. Kami merasa beberapa kali gegaran yang kuat aftershocks (gempa susulan) lebih dari M6.

Maklumat Gempa Bumi sumber USGS

Tarikh: 11 Mac 2011
Masa: 2.46petang 05:46:23 UTC
Lokasi:38.322°N, 142.369°E
Kedalaman: 32Km
Kawasan: Berhampiran Pantai Timur Honshu, Japan

Video ni diambil oleh coursemate dari Peru, Shiela...



++ photo selepas kejadian ++


selepas gegaran kami semua keluar dari bangunan

Library IISEE

Bilik seismology

Bahagian bangunan yang terjejas


Akibat dari gempa bumi kuat tu kami diberi kelepasan untuk pulang ke TBIC lebih awal dari biasa. Tapi kami sampai di TBIC agak lewat disebabkan jem yang teruk. 1st time la kat Tsukuba aku tgk jem teruk macam tu. Sampai je TBIC tgk semua participants kat luar bangunan. Kami diminta berkumpul di lobby sebab banyak gegaran susulan. Dinner malam ni kami makan makanan kecemasan memang sudah disediakan oleh kerajaan Jepun untuk menghadapi bencana. Aku mmg puji dgn org Jepun masa ni. Staf-staf tetap tenang melayan kami. Sanggup tak balik rumah berkumpul sama2 kami. Terharu dengan keprihatinan diorang.

Lepas dinner tengok TV sambil online dan sangat teruja buka web JMA dan USGS sambil membalas komen2 di FB. Terima Kasih kawan2, saudara mara adik beradik yang doakan keselamatan kami dan ambil berat ttg kami..

Kami yang berada lebih kurang 330Km dari pusat gempa masih merasa terkejut dengan kejadian ini apatah lagi mereka yang berada berhampiran pusat gempa.


Monday, March 7, 2011

Perasaan tak baik

Bila rasa begini aku teringatla kat blog aku ni..tempat meluahkan perasaan..Mmg menyesal aku tya ####..satu hr sakit hati tak hlg lg....tak boleh ke cakap baik2. Isk la time aku positif aku sengih la.. Tp klu dh byk2 kali rasa sedih la jgk..kalau tak tau kena la tya..pk positif lg, mmg stail dia mcm tu..salah aku la tya jgk..padan muka..tapi tak kira aku nk sedih jugak....
Dh la smlm si krg ajr itu menyamakan makanan aku dgn Bab 1. Yg ni mmg tak blh dimaafkan...Geramnya...ahhhhhhhhhhh..


P/s:PMS time..