Riben merah mama adalah sebuah drama lakonan Eja dan pelakon lelakinya aku tak ingat. Drama ini mengisahkan Eja yang mengambil anak angkat yang positif HIV. Suaminya melarang keras perbuatan Eja kerana takut virus HIV itu akan merebak kepada mereka. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Eja mengandung dan melahirkan anak. Suaminya khuatir anak mereka akan terkena virus itu juga. Mereka kemudian berpisah. Kemudian suaminya didapati positif HIV kerana sahabat suaminya adalah HIV positif dan suaminya telah menggunakan pencukur yang sama semasa mereka masih muda beberapa tahun yang lalu. Mungkin jangkitan melalui darah.
Moral dari kisah ini adalah, walaupun kita sebagai manusia cuba elak dan berhati2 tapi kuasa Allah tiada siapa dapat menyangkal. Tapi jangan pula tidak mengambil langkah berjaga2 dan hanya menunggu kerana Allah benci orang yang malas dan tiada daya usaha. Selepas segala usaha dan ikhtiar kita harus berdoa dan bertawakal kepada Allah.
Beberapa hari yang lepas adalah hari2 yang agak tertekan bagiku untuk membuat keputusan. Semua sedia maklum selepas sahaja bencana gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Pacific coast of Tohoku, Japan, timbul pula masalah kebocoran loji nuklear di Fukushima di mana 4 reaktornya telah meletup. Khabar2 angin di media massa sangat cepat tersebar. Ramai kawan2 dan family mula risaukan keadaan kami disini dan minta kami segera pulang. Jika aku di Malaysia aku pun akan buat benda yang sama. Aku akui aku pun risau dan fikir bukan2 juga masa tu. Melalui pembacaan yang lebih teliti, sokongan dari family dan kawan2, doa yang tak putus aku buat keputusan untuk teruskan perjuangan aku disini.
Keprihatinan pihak JICA dan IISEE menguatkan lagi semangat aku kat sini. Tambahan pula mak cakap walaupun aku kecik tapi aku kuat semangat..:). Mak tak tau aku dah makin tembam..hehehe. Sehingga hari ini usaha2 untuk menyejukkan reaktor2 tu masih berjalan. Mereka bekerja siang dan malam bergilir2 dengan risiko yang tinggi demi memastikan keselamatan yang lain. Sungguh terharu dengan pengorbanan mereka. Marilah kita sama2 berdoa agar masalah ini dapat diselesaikan segera. Boleh dapatkan maklumat tentang radiation di web IAEA , di blog yatiechomeyl, disini dan banyak lagi.
"Ya Allah! Sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah! Jika Kamu mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika Kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu".
Kehidupan kami kat Tokyo sperti biasa cuma kami mengambil langkah berhati2 dengan tidak menjalankan aktiviti luar dengan kerap..Minggu depan kelas juga berjalan seperti biasa tapi masih lagi di Tokyo International Center(TIC) . Now layan gambar2 kehidupan normal disini.
*
*
*
Nak keluar pakai mask-langkah berjaga2
P/s: Tahap radiation di Tokyo masih berada dalam lingkungan purata normal iaitu 0.028microsieverts/hour-0.079microsieverts/hour
3 comments:
Alhamdulillah mendengarkan khabarnya
chaiyuk chaiyuk Mazni, Tim, Teep n Bai!
xpenah tgk pon cite reben merah tue...hehehe.....ya..life must go on kan...chayok2
The Dreamer:Thanks
zen:kamu tdo kot masa citer tu..:p
Post a Comment