Sehari selepas kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Tohoku, Japan.
Rasa seperti duduk dalam buaian kerana gempa susulan yang banyak. Perasaan takut tu haruslah ada tapi cuba tenangkan diri. Ingat semuanya dugaan dari Allah. Aku dan 4 org kawan lain sempat lagi keluar untuk meninjau keadaan sekeliling. Makanan di dua buah mini stop hampir kehabisan stok sejurus gempa bumi itu. Lihat gambar-gambar ini yang diambil di Ministop berhampiran dengan JICA Tsukuba tempat kami menginap..
Menerusi aktiviti dengan menonton televisyen perkembangan terkini mangsa bencana. Kematian kian meningkat. Mangsa di beberapa tempat evacuation shelter mengalami masalah kesejukan kerana salji turun dan masalah heater. Sunguh kasihan melihat mereka...Gegaran tetap menyusul..kuat dengan tidak jer. Aku mula risau akan berlakunya gempa bumi yang lebih kuat dari semalam...Seperti hilang kawalan seketika... Ditambah pula bekalan air terpaksa di catu kerana masalah paip di Ibaraki Prefecture. Makanan disediakan seperti biasa cuma menggunakan pinggan kertas akibat bekalan air yang terhad..
2 comments:
so, kome mkn cm mana...cukup x..
Ni mknn sampingan jer. Makanan kami tetap macam biasa kat JICA. siap ada buah strawberry lagi.
Post a Comment