Dari mula aku sampai Jepun aku sudah tahu orang-orang Jepun ni suka bekerja, berdisiplin, menepati masa, baik hati dan lain-lain lagi. Selepas kejadian bencana ini memang terbukti sikap-sikap mereka itu berterusan di waktu sukar juga. Ini antara babak2 yang aku ingat:
1. Sampai je kat TBIC, officer training kami , Yuasa san sambut kami dengan senyuman dan tanya khabar...Dah la hensem+cute+shinsetsu. Nasib baik dah kahwin kalau tak dah lama Tim ngorat.
2. Tukang2 masak kat TBIC lagi peramah dari biasa. Tanya khabar kami..mungkin jelas tergambar kerisauan di muka kami..
3. Pekerja2 yang buat mantainance toilet kat lobby still datang keje hari ahad 13 mac 2011 walaupun air tak der. sanggup diaorang angkut air dari kolam renang kat belakang tu untuk buat kerja2. Mmg respect la.
4. Hari isnin, 14 Mac 2011- 3 hari selepas kejadian, aku ni memang dah tak dak mood nak buat apa2. nak study and buat homework jangan kata la..mmg tak boleh concentrate.. ye la dok berayun ja. tapi orang jepun tetap datang kerja. ketuk bilik aku sebab nak kemas dan ambik sampah..sungguh2 terharu.
5. Sensei merangkap advisor aku, Shibazaki sensei baru call tadi tanya khabar dan tak lupa cakap minggu depan ada lecturer..lepas tu siap tanya dah dapat nota ker.. semalam orang JICA hantar nota2 to Tsunami Course untuk self study.. Ingat boleh dok saja..banyak homework and lecturer notes yg nk kena review ni..
dan banyak lagi la contoh2...
p/s: Nanti I upload pic Yuasa san yer..;)
4 comments:
hehe..nasib baik ada distraction (officer training tuh)..sila study, distraction juga tu.. :)
good...blh la kita amik wat cth kan...=)
bagusnya diorg kan angah.
mmg bagus..
Post a Comment